Thursday 27 September 2012

Nirvana - Live At The Paramount Dvd (1991)

Dvd ni telah di riliskan pada tahun lepas,dan konsert ni telah di rakamkan pada Ogos 1991 di Paramount Theater,Seattle Washington (tempat di mana lahirnya muzik grunge atau juga di panggil 'Alternative music') ia juga sempena ulang tahun ke 20 album Nirvana 'Nevermind'.album yang paling laris jualannya dalam sejarah muzik dunia..
Versi ni sebenarnya ialah versi lanun,nampak macam original je packaging dia kan?aku baru je dapat dvd ni beberapa hari yang lalu.walaupun aku tak berapa minat sangat dengan Nirvana ni,tetapi lagu2 dalam konsert ni kebanyakkan nya lagu dari album 'Nevermind' mereka yang terkenal tu..
Band Nirvana ni jugak lah yang telah mengubah persada muzik dunia pada masa tu.sebelum wujudnya Nirvana,persada muzik dunia ketika itu di pelopori oleh muzik heavy metal.glam rock dan rap.pada tahun 1991,apabila album 'Nevermind' ni menjadi hit di seluruh dunia,telah wujud satu muzik baru yang di gelarkan 'Grunge' muzik yang seakan2 muzik punk,dengan hanya permainan gitar yang simple dan lagu yang tak sampai 5 minit,telah berjaya menarik pecinta muzik untuk layan muzik ni pulak.pada awal 90an ni jugak la berakhirnya era 'Thrash Metal' dan era 'Glam Rock' yang bertahun2 menguasai persada muzik di  US dan UK.kalau tak kerana Nirvana ni,takkan wujudlah band2 alternative muzik yang lain.jikalau heavy metal ada 'The Big Four' band heavy metal terbaik sepanjang zaman seperti Anthrax,Megadeth,Slayer dan Metallica,genre Grunge ni pun ada 'The Big Four' jugak.mereka ialah Nirvana,Soundgarden,Pearl Jam dan Alice In Chains.wabak ni telah merebak hingga ke Asia termasuklah Malaysia.
Nirvana hanyalah '3 piece band' yang di anggotai oleh Kurt Cobain (gitar,vokal) Krist Novoselic (bass) dan Dave Grohl (kini terkenal bersama Foo Fighters)pemain drum.
                  senarai lagu2 dalam dvd konsert ni

Ketika nama Nirvana ni berada ni kemuncak persada muzik dunia,dan ketika dunia mula menggilai muzik jenis ni,Kurt Cobain telah mati membunuh diri.setelah kematian beliau,album2 Nirvana semakin laris jualannya berjuta2 unit di seluruh dunia.ini menjadikan Kurt Cobain sebagai seorang selebriti paling berpengaruh dan menjadi idola kepada pemuzik Grunge di seluruh dunia selepas John Lennon(The Beatles)
Apa pun,dvd ni memang terbaik lah,non stop Nirvana memainkan lagu2 hit mereka.Cobain pun takda nak bebual2 dengan penonton,hanya berhenti tukar gitarnya dan meneruskan lagu2 dari album klasik mereka 'Nevermind'.
Bebudak yang lahir pada awal tahun 90an,memang jadi peminat tegar Nirvana lah kan?Lagu paling hit Nirvana yang kira 'anthem' kepada muzik jenis ni sudah tentunya 'Smell Like Teen Spirit".

2 comments:

  1. Nice! Kalo terasa nak jual dvd ni kat aku,sound ajer bro haha

    ReplyDelete
  2. bro adi herman,baru je dapat ni..tapi versi sedut ada kot..hehe..btw,tq sebab singgah

    ReplyDelete