Monday 17 September 2012

Resident Evil : Retribution (2012)

Filem yang di adaptasikan dari siri permainan video yang paling popular di Playstation,Playstation2 dan Playstation 3(PS3).dulu memang aku suka permainan video ni sejak dari Playstation 1 dan 2.game dan cerita ni asalnya dari Jepun.di Jepun game ni di namakan 'Biohazard' selain dari permainan video dan filemnya,Resident Evil juga ada di terbitkan dalam bentuk komik.bagi francais filemnya pula,filem Resident Evil mula2 sekali di tayangkan pada tahun 2002.secara ringkasnya kronologi filem Resident Evil :
Resident Evil (2002)
Resident Evil : Apocalypse (2004)
Resident Evil : Extinction (2007)
Resident Evil : Afterlife (2010)
Aku memang tak pernah ketinggallan walau satu daripada siri filem Resident Evil tersebut walaupun sekarang ni aku dah tak jadi pemain game tegar lagi..hehe..kerana sebelum francais filem Resident Evil ni di tayangkan pun,memang aku dah main game dia sejak tahun 2000 lagi di pelantar Playstation.
Sambungan daripada RE : Afterlife pada tahun 2010,mengisahkan Alice telah berjaya menemui Arcadia(sebuah kapal yang menempatkan orang2 yang bebas dari T-Virus (sejenis virus merbahaya yang boleh menukarkan manusia menjadi zombie)tetapi malangnya kapal tersebut telah di serang oleh Jill Valentine (member baik Alice yang telah di 'brainwash' oleh Umbrella Corporation sebuah organisasi jahat yang bertanggungjawab menyebarkan T-Virus)Alice telah di tangkap dan di kurung di markas Umbrella Corporation.Alice telah bertemu dengan Ada Wong,bekas pekerja Umbrella yang dah tak bekerja lagi untuk organisasi tersebut.Ada Wong dan Simon Wesker (musuh Alice dalam RE:Afterlife) cuba membantu Alice untuk melepaskan diri dari markas tersebut.tetapi agak sukar untuk mereka melepaskan diri kerana markas tersebut telah di pantau oleh 'Red Queen',sejenis supercomputer yang telah memantau setiap pergerakkan Alice.
Alice yang pada mulanya tidak mempercayai Simon Wesker dan Ada Wong,tetapi yakin kerana Wesker telah menghantar pasukan penyelamat untuk menyelamatkan beliau.pasukan tersebut di ketuai oleh Leon Kennedy yang telah pergi untuk meyelamatkan Alice dan Ada Wong.lebih memeranjatkan Alice,terdapat juga beratus2 klon  beliau yang telah di hasilkan di markas Umbrella tersebut..kalau nak tau apa kesudahan dia,boleh gi tengok wayang nanti..hehe..
Walaupun movie yang ke 5 ni biasa2 je.sesapa yang pernah tengok Resident Evil sebelum ni,boleh tengok sekuelnya yang ni.

3 bintang untuk movie ni..boleh layan..
                                 Resident Evil : Retribution (trailer)

2 comments:

  1. Replies
    1. Hehe..betul tu abg ben dialog dia hampeh lebih pada action je..btw,tima kasih sudi bertandang kat sini abg ben

      Delete