Sunday 2 September 2012

Iron Maiden - Powerslave LP (1984)

Powerslave ialah album studio ke 5 Iron Maiden yang telah di riliskan pada tahun 1984.album ni aku ada dalam versi piring hitam dan cd.antara album terbaik Maiden di awal 80an dulu,dan juga menjadi 'rujukan' kepada band2 rock kapak kat Malaysia ni pada tahun itu.seiring dengan album ni,mereka juga sukses dengan konsert "World Slavery Tour" mereka yang mana Iron Maiden telah menjadi kegilaan di serata dunia dan antara band heavy metal Bristish selepas Motorhead dan Judas Priest yang berjaya menakluki muzik metal di Amerika.
                   Piring hitam Powerslave.depan,belakang dan isi dalamnya.

Lagu2 dalam album ni juga memang dah menjadi lagu 'evergreen' bagi peminat tegar iron maiden.antara lagu yang kerap mereka mainkan sewaktu konsert seperti '2 Minutes to Midnight',dan 'Aces High'.dan lagu yang paling aku suka dalam ni ialah lagu 'Rime Of The Ancient Mariner' lagu yang berinspirasikan daripada puisi/sajak Samuel Taylor Coleridges.beliau merupakan penyair terkenal inggeris di kurun ke 18.pengasas Iron Maiden iaitu Steve Harris memang suka pada bahasa2 puitis dan juga novel klasik.sebab tu lah kebanyakkan lirik lagu dalam album iron maiden era 80an dulu liriknya sungguh puitis.walaupun band ni memainkan muzik hevy metal.
Album ni bertemakan zaman mesir kuno atau pun zaman firaun.(setiap album iron maiden memang ada pelbagai tema)tengok je cover dalam tu band member siap bergamba dengan keranda firaun lagi.lagi satu,baju rock pertama aku masa aku darjah 6 dulu,tu lah gambar cover depan album Powerslave ni..

Treklist dalam album ni :
1.Aces High
2.2 Minutes to Midnight
3.Losfer Words(Big Orra) (ni lagu instrumental)
4.Flash Of The Blades (lagu ni pun best)
5.The Duellists
6.Back In The Village
7.Powerslave
8.Rime Of The Ancient Mariner(lagu paling panjang dalam album ni,13 minit)

Ada antara lagu ni yang berentak ala2 lagu padang pasir,macam lagu arab.dah tema album pun zaman mesir kuno kan..album ni di terbitkan oleh Martin Birch,orang yang bertanggunjawab menaikkan nama Iron Maiden dan juga artwork dari Derek Riggs,beliau ni memang banyak melukis artwork untuk album2 Iron Maiden dan juga maskot band ni iaitu 'Eddie'.salah satu sebab Iron Maiden terkenal dengan artwork Derek ni jugaklah..aku memang suka artwork Derek ni.lukisan 'Eddie" yang di jelmakan dalam pelbagai rupa memang cantik dan menarik.memang complete package lah.lagu sedap2 dengan artwork album yang cantik.
Lagu Powerslave mengisahkan tentang Firaun yang kononnya menganggap dirinya tuhan dan akan hidup abadi selamanya.seperti lirik dalam lagu ni :

" Tell me why I had to be a power slave
I don't want to die, I'm a god, why can't I live on?
When the Life Giver dies, all around is laid to waste.
And in my last hour,
I'm a slave to the power of death"


                             Iron Maiden - Powerslave live(Flight 666)





No comments:

Post a Comment