Tuesday 11 September 2012

Perempuan

Perempuan atau wanita ialah salah satu daripada dua jantina bagi manusia; iaitu lelaki dan perempuan. penggunaan perkataan "perempuan" dalam bahasa Melayu adalah khusus untuk manusia; bagi haiwan, jantinanya dirujuk sebagai betina.perkataan lain yang membawa erti perempuan adalah wanita, gadis,dan  dara, 

 Di dalam banyak budaya prasejarah, perempuan memainkan peranan kebudayaan yang khusus. secara amnya, di dalam masyarakat pemburu-pengumpul, perempuan mengumpulkan makanan tumbuhan, sedangkan lelaki memburu untuk daging. disebabkan pengetahuan tumbuhan yang mendalam, kebanyakan ahli antropologi memperdebatkan bahawa perempuan adalah yang mengetuai Revolusi Neolitik dan merupakan perintis pertanian yang pertama dalam sejarah.
Dalam sejarah yang lebih terkini, peranan perempuan telah bertukar secara pesat. Peranan jantina yang tradisional bagi perempuan kelas menengah biasanya meliputi tugas-tugas rumah tangga yang menekankan penjagaan anak, dan tidak melibatkan pekerjaan bergaji. Bagi perempuan yang lebih miskin, khususnya mereka daripada kelas buruh, tugas-tugas rumah tangga merupakan impian mereka kerana keperluan ekonomi memaksa mereka mencari pekerjaan di luar rumah. bagaimanapun, pekerjaan yang dibuka untuk perempuan kelas buruh mempunyai prestij dan gaji yang lebih rendah berbanding pekerjaan yang dibuka kepada lelaki. Akhirnya, penyekatan perempuan daripada pekerjaan-pekerjaan bergaji merupakan tanda kekayaan dan prestij, sedangkan perempuan yang keluar daripada rumah untuk bekerja merupakan tanda kelas yang lebih bawah.
Gerakan wanita merupakan sebahagian daripada perjuangan untuk mencapai kesamarataan peluang dengan lelaki, dan untuk mencapai kesamarataan hak tanpa mengira jantina, walaupun hubungan dan syarat-syarat yang khas diterima secara sukarela dalam perkahwinan. Kesulitan untuk mendapat pengakuan disebabkan oleh faktor-faktor sejarah yang bergabung dengan tabiat dan adat resam yang dihasilkan oleh sejarah. Melalui gabungan pengubahan-pengubahan ekonomi dan usaha-usaha gerakan kewanitaan dalam dekad-dekad kebelakangan ini, perempuan di kebanyakan masyarakat kini dapat memperolehi kerja-kerja selain daripada kerja suri rumah tradisional. Walaupun demikian, wanita moden di masyarakat Barat masih menghadapi cabaran di tempat kerja, serta dengan persoalan seperti pendidikan, keganasan, penjagaan kesihatan, dan keibuan. Perubahan-perubahan dan perjuangan-perjuangan ini merupakan sebahagian daripada tumpuan penyelidikan wanita dalam bidang akademik.

Tu antara fakta yang aku jumpa kat intenet.sememangnya sehingga sekarang,masih ada lagi sebahagian umat manusia yang melabelkan perempuan ni seperti di atas,sebagai contoh di negara2 mengamalkan adat resam sejak dari zaman tok nenek moyang diorang dulu,macam india,negara2 timur tengah yang sebahagian lelakinya melabelkan perempuan ni hanya layak menjadi surirumah,jaga anak,memasak dan sebagainya..tetapi di bahagian lain di dunia ni,ramai yang mengagumi perempuan.berapa banyak lagu,filem,puisi,sajak,dan novel memuji perempuan?banyak.sebagai contoh gitaris lagenda dunia Carlos Santana dengan lagunya yang menjadi klasik sepanjang zaman 'Black Magic Woman' dan penyanyi raggae terkenal dari dunia ketiga iaitu Bob Marley dengan lagu nya 'No Women No Cry'.filem2 barat juga seperti 'Anna'(aku suka movie ni)'10 Things About Mary' dan filem klasik dari Indon seperti 'Suzana' banyak lagi yang aku nak senaraikan sampai esok pagi mesti tak abes punya..hehe..dan lagi madah pujangga juga ada mengatakan,'tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia' tangan tu pun,tangan perempuankan?

Apa pun kesimpulannya di sini,aku tetap menghormati perempuan atau wanita ni,kerana perempuan,aku lahir ke dunia ni,kerana air susu ibu yang juga bernama perempuan,aku membesar hinggalah hampir ke tua ni..haha..kerana makhluk indah ciptaan tuhan ni jugak la yang kadang kala membuat jiwa aku resah gelisah,jantung aku bedebar dan hati aku riang girang dan memahami aku seadanya.
Dan entri ni aku tujukan kepada mereka yang bernama perempuan...
                                Def Leppard - Women

No comments:

Post a Comment