Thursday 13 September 2012

Crows Zero 2 (2009)

Secara peribadi,kalau filem bercorak samseng,gengster atau seangkatan dengannya,aku lebih suka terbitan dari Jepun.ternyata filem bercorak begini dari negara matahari terbit tu memang menepati citarasa aku.salah satu dari filem Jepun yang aku tonton tanpa jemu ialah filem Crows Zero ni.
Ni adalah sambungan dari sekuel yang pertama,ternyata yang part 2 ni lagi best dari filem yang pertama.dan filem ni juga menggambarkan bagaimana sikap remaja2 Jepun ni yang sebenarnya.ada sesetengah orang cakap budaya jepun dan orang2 Jepun ni baik dan peramah,tetapi jika anda dah menonton filem ni,mungkin persepsi anda terhadap orang jepun akan berubah..haha.
Filem ni mengisahkan Takiya Kenji,anak sorang yakuza jepun yang baru je pindah sekolah di Suzuran All Boys High School.beliau telah menubuhkan kelab samsengnya sendiri yang di gelar GPS dan telah menewaskan geng2 Tamao Serizawa dari 'Serizawa Faction'.Takiya Kenji telah mencetuskan konfontrasi dengan sekolah 'Housen Academy' kerana telah menumbuk salah seorang dari pelajar sekolah tersebut.Housen Academy yang mana pelajar mereka ramai yang berkepala botak,sebenarnya telah lama 'berperang dingin' dengan Suzuran High School ni,dan mereka telah menggunakan peluang ini untuk membalas dendam kesumat yang terpendam sekian lama akibat kematian ketua mereka sebelum ni yang telah di bunuh oleh pelajar dari Suzuran High School.akhirnya berlaku pergaduhan besar antara kedua sekolah tersebut dan siapa yang menang,di anggap sekolah terbaik di kawasan mereka.
Filem ni juga menunjukkan semangat setiakawan antara pelajar2 Suzuran High School ni.walaupun antara mereka ni ada yang musuh,tetapi mereka telah bergabung demi sekolah mereka..

2 bintang untuk filem ni..
p/s : kalau ada sesiapa pernah ingat dulu ada satu drama jepun pernah di tayangkan kat tv dulu yang tajuk dia Great Teacher Onizuka,pelakon utama untuk drama tu ialah Shun Oguri,iaitu pelakon yang sama dalam watak utama movie Crows Zero 2 ni.
                                  Crows Zero 2 pergaduhan terakhir

No comments:

Post a Comment