Saturday 8 September 2012

The Invisible Man Season 1 (2000)

Salah satu drama bersiri yang pernah popular yang di tayangkan kat tv3 sekitar tahun 2000 - 2001 dulu.antara drama yang tak pernah aku ketinggalan untuk mengikuti setiap episodnya.drama ni hanya di terbitkan selama dua musim (season) je.season 1 dan 2.bertemakan sains fiksyen,ada juga di selitkan unsur2 komedi di dalam drama ni.
Ada 5 dvd kesemuanya dan melengkapkan keseluruhan musim pertama siri ini.drama ni mengisahkan Darien Fawkes,telah di jatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana merompak.ketika di dalam penjara,beliau telah di tawarkan oleh abangnya Kevin untuk mejalani satu ujian yang akan di jalankan ke atasnya untuk menjadi manusia halimunan,dan jika Darien ni menerima tawaran itu beliau akan di bebaskan dari penjara.uji kaji tersebut telah berjaya dan Darien telah menjadi manusia halimunan dan boleh menghilangkan dirinya bila2 masa.keadaan menjadi bertambah rumit apabila rakan saintis Kevin iaitu Arnaud telah mencuri formula manusia halimunan yang di panggil 'Quicksilver' dan membunuh kesemua saintis dalam projek tersebut termasuk lah Kevin.Darien berjaya melarikan diri dalam insiden tersebut dan ingin membalas dendam ke atas abangnya.
Keadaan menjadi semakin rumit apabila formula 'Quicksilver' yang telah di uji ke atas Darien mempunyai kesan sampingan yang menyebabkan Darien tidak boleh mengawal dirinya dan akan membunuh sesiapa sahaja yang beliau temui.keadaan itu boleh di ubati dengan sejenis formula ataupun penawar yang di gelarkan 'Counteragent".beliau telah di selamatkan oleh "The Agency" satu badan risikan rahsia Amerika yang sebenarnya membangunkan projek Quicksilver tersebut.mereka telah menawarkan Darien menjadi agen perisik bagi pihak mereka dan berjanji akan menangkap Arnaud dan geng terroristnya dan sekaligus akan mencipta penawar 'Counteragent' bagi penawar kesan sampingan yang menjangkiti ke atas Darien yang di panggil 'Quicksilver madness'.
Memang best drama ni,selain terdapat aksi dan sedikit thriller,ada juga elemen komedi di selitkan dalam setiap episod dalam drama ni.
Sapa yang pernah layan drama ni dulu mesti setuju dengan pendapat aku kan?..hehe..

*** untuk drama ni..
                               The Invisible Man drama theme (2000)


1 comment: