Friday, 29 November 2013
Dajjal.Mengapa Kita Perlu Berlindung Sedangkan Tidak Pernah Bersemuka?
Surah Kahfi elok dibaca hari Jumaat kerana manfaatnya besar.
Sabda Nabi : 'Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat dari awal surah Kahfi maka dia dilindungi dari Dajjal.' Riwayat Muslim.
”Sesungguhnya siapa yang membaca surat al Kahfi pada hari jumaat maka dirinya akan diterangi oleh cahaya diantara dua jum’at.” (Al Mustadrak 2/368) yang Disahihkan Albani (Sahih al Jami’ As-Shoghir/hadith 6346)
SOALANNYA, adakah kita pernah bertemu Dajjal?
Mengapa Rasul amalkan perkara ini walhal Dajjal tidak muncul di zaman Rasul, sahabat bahkan dizaman ini pun kita tak pernah bersemuka dengannya?
Bagi saya, hikmahnya begini. Jika ditelusuri sifat2 Dajjal, ia adalah bentuk gangguan yang melekakan kita dari Allah. Ia adalah perkara buruk tapi dilihat baik, sementara perkara baik dilihat kurang 'best'.
Jika begitulah definisi gangguannya, sekarang kita sedar, banyak 'dajjal berkeliaran' disekeliling bukan?
- Bagi mereka yang asyik berfesbuk sampai lupa baca AlQuran, FB itulah 'dajjalnya'.
- Bagi mereka yang sibuk memancing hingga tinggal solat, joran itulah 'dajjal'nya.
- bagi mereka yang taksubkan bolasepak hingga sanggup terlepas solat maghrib, bola itu 'dajjal'nya.
- bagi mereka yang hobinya tonton 'drama korea' hingga masa terbuang begitu saja, itulah 'dajjalnya'.
Pendek kata, apa saja yang menyebabkan masa kita dibazirkan & ingatan dilupakan dari mengingati Tuhan, ia termasuk dalam FITNAH DAJJAL.
Jika saya, facebook kadang2 boleh jadi malaikat, kadang2 ia boleh jadi dajjal. So be careful. Pastikan kita yg mengawalnya bukan kita yg dikawal.
-https://www.facebook.com/UstazAsraff
Thursday, 28 November 2013
Komik Lama
Pada penghujung tahun 70an dan awal 80an,industri komik Malaysia di ketika itu memang meriah,boleh di katakan setiap kedai mamak memang ada jual komik pelbagai genre,ada komik aksi,komik cinta,seram dan lawak jenaka.pelbagai genre komik setiap minggu,hinggakan pada suatu ketika dulu,stor rumah aku di Segamat,Johor penuh dengan komik2 ni semua..
Sesiapa yang membesar sezaman dengan aku pasti tahu dan ingat komik2 ni,dan beberapa majalah yang agak popular seperti Gila-Gila,Gelihati (artwork klasik bro Gayour banyak kat sini)Batu Api,majalah Kancil,Bambino,Bujal dan majalah Fantasi (dengar cerita majalah ni akan di terbitkan semula)
Dan salah satu komik klasik yang berjaya di miliki ialah komik Sumpah Ratu Syaitan ni..komik ini hasil pelukis bernama D.Yusoff.hasil lukisan beliau memang menarik,cantik dan kemas..
Ok la setakat untuk bacaan semata2 mengimbau kenangan lama masa aku budak2 dulu..heheh..komik ni di terbitkan oleh Penerbitan MediaSeni,harga pada ketika itu pun cuma 70sen je.cerita dalam komik ni mengisahkan seorang pengembara bernama Abdul Khalid yang suka mengembara,yang akhirnya ingin kembali ke tanah kelahirannya iaitu negeri Khoraja.
Tetapi negeri kelahiran Abdul Khalid ni telah di ambil alih kuasa pemerintahnya oleh sorang ahli sihir yang bernama Ratna,ahli sihir ni sangat kejam dan sesiapa yang menentangnya akan di sumpah menjadi batu dengan menggunakan kuasa sihir yang ada pada mata ketiga beliau..
Abdul Khalid akhirnya berjaya berdepan dengan si ahli sihir Ratna dan cuba untuk menumpaskan ahli sihir keparat itu (dah terikut2 dialog dalam komik pulak..heheh)
Ratna mati kena mata pedang Abdul Khalid yang telah membelah dahi beliau untuk membutakan mata ketiga Ratna tu..
Scene komik Malaysia mula merudum pada penghujung 80an,di sebabkan tiada sambutan dan juga terdapat komik2 saduran dari Hong Kong yang mula memasuki pasaran pada waktu tersebut,majalah2 seperti yang aku sebutkan di atas sudah tiada lagi di pasaran (kecuali majalah Gila Gila yang masih bertahan)
Pada yang tak tau,komik stail begini memang begitu popular,kalau beli komik ni dulu aku mesti coklat Ding Dang sekali..heheh..
Monday, 25 November 2013
Seloka Pak Sako
Bapak rugged, anak groovy,
Sedang membiak di sana sini,
Di pantai memakai bikini,
Di kubur memakai mini.
Orang-orang kampung menghadap Kiblat,
Mereka membawa komik-komik Barat,
Bermain karate, ganti bersilat,
Makan anggur, menggantikan langsat,
Gasing dibuang, dimajukan bowling,
Berasmara mereka kata necking,
Bercumbu-cumbu mereka kata pecking,
Buang Mak Inang, menggantikan dansing,
Tetapi, bila bergula dalam kencing,
Barulah teringat nak makan jering,
Terkenang kepada petai dan kerdas,
Barulah nak belajar mandi hadas.
Melayu bukan, Malaysian pun bukan,
Cina bukan, Indian pun bukan,
Inikah akar-akar yang mangaku rotan?
Atau kaca kaca yang mengaku intan?
*Pak Sako (Ishak Haji Muhammad) 14 November 1909 - 7 November 1991
Pak Sako adalah salah seorang lagenda dalam bidang kesusasteraan melayu.banyak hasil tulisan beliau menjadi rujukan pelajar2 sekolah dan juga penulis2 novel masa kini.
Al Fatihah buat Allahyarham Pak Sako..
http://ms.wikipedia.org/wiki/Ishak_Haji_Muhammad

Saturday, 23 November 2013
Hours (2013)
Filem ni belum lagi di tayangkan kat US,tapi aku dah dapat dvd nya..(dvd jack sparrow la..)
Pada mulanya tengok pada tajuk aku fikirkan movie B grade,tapi bila tengok pelakonnya ialah Paul Walker pelakon yang terkenal dengan francais filem The Fast And The Furious,aku layankan jugak..
Berbeza dengan filem lakonan beliau dalam filem Vehicle 19 sebelum ni yang agak hampeh,ternyata bila dah tonton filem ni takda la aku kecewa buat kali kedua..
Ceritanya mengisahkan tentang Nolan Hayes(Paul Walker) yang berada di hospital New Orleans untuk menemani isterinya yang nak bersalin anak pertama mereka,pada ketika taufan Katrina sedang melanda negeri tersebut.dalam keadaan kelam kabut kat hospital tu,isteri Nolan meninggal dunia ketika melahirkan anak pertama mereka.walaupun sedih,tapi Nolan gembira dengan kelahiran anak pertama mereka.keadaan menjadi semakin rumit apabila pihak hospital terpaksa memindahkan semua pesakit dan pekerja ke tempat yang lebih selamat,Nolan yang terpaksa tinggal di hospital bersama anaknya hanya menunggu bantuan yang di janjikan tak kunjung tiba..(takmau spoiler..kena tengok sendiri..heheh)
Pada sesiapa yang dah biasa dan suka dengan filem yang bergenre 'survival thriller' seperti 127 Hours,Buried,Cast Away,dan Life Of Pi filem ini memang untuk anda..walaupun jalan cerita dia nampak biasa2,tapi mesej yang di sampaikan cukup berkesan..bagaimana kasih seorang bapak yang sanggup berkorban demi anak kesayangan.
3/5 *
Thursday, 21 November 2013
Buku Seram Paling Legend
Bercakap Dengan Jin Jilid 1
Sebelum ni aku pernah cerita pasal Tamar Jalis Kat Sini.tengah hari tadi saja masuk kedai buku MPH kat Jusco Wangsa Maju untuk menghilangkan kebosanan,aku saja pusing2 dalam MPH tu dan ternampak pulak buku ni.memandangkan ia adalah jilid pertama (siri pertama SBDJ yang di buku kan) tanpa fikir panjang aku terus beli..
Buku seram yang paling popular pada era 80an dulu,walaupun dah lama,tapi aku masih ingat lagi kisah dalam siri pertama ini.apa yang menarik,siri SBDJ yang pada awalnya hanya di siarkan dalam majalah Variasari,salah sebuah majalah yang agak popular pada era 80an dulu.majalah Variasari ni bagus,ada satu page tu yang memberikan banyak petua2 yang berguna.siri SBDJ ni telah di siarkan dalam majalah Variasari bermula pada tahun 1983 dan siri ini bertahan selama 23 tahun lamanya!
antara kandungan cerita dalam buku ini |
Tamar Jalis begitu bijak memainkan gaya bahasa dan penceritaan yang unik,beliau membawa kita berimaginasi dengan dunia seram,dapat mengikat emosi kita dengan dialog2 yang menarik terasa macam 'real' seperti menonton filem seram.
Apa lagi yang nak di ceritakan lagi pasal buku ni.sememangnya Tamar Jalis memang layak duduk sama level dengan Stephen King,penulis novel seram terkenal Amerika tu.karya sastera mistik Tamar Jalis memang dah boleh di angkat menjadi lagenda seram paling terbaik di Malaysia.
Pada anda yang meminati novel seram tapi tak pernah membaca karya Tamar Jalis ni,memang patut baca dan pastikan waktu nak baca tu di malam hari,baru ada 'feel' dan boleh mengukur sejauh mana tahap keseraman anda..adakah tidur dengan tak off lampu bilik?heheh..
Tuesday, 19 November 2013
Melissa 30 Tahun
Kalau Melissa ni wujud,maknanya dah jadi mak budak dah..
Mercyful Fate - Melissa (1983)
1.Evil
2.Curse of the Pharaohs
3.Into the Coven
4.At the Sound of the Demon Bell
5.Black Funeral
6.Satan's Fall
7.Melissa
Sempena 30 tahun ni juga gitaris lagenda Hank Shermann dan Michael Denner bergabung kembali memainkan kembali riff riff klasik dari album Melissa.memang legend 2 orang pakcik ni..

Monday, 18 November 2013
Jatuh Bangun Rock
Hari sabtu itu hari 16/11/2013 aku ada baca surat khabar Utusan Malaysia artikel pasal rock yang pernah popular pada era 80an dulu..
Dulu muzik ni selalu di pandang remeh dan di kaitkan dengan gejala negatif walaupun bukan semua band2 rock yang terlibat dengan gejala terbabit.so sabtu lepas Utusan Malaysia siarkan 2 muka surat penuh artikel pasal rock 80an ni,interview dengan otai2 rock,dan kisah band2 yang dah jadi lagenda sekarang ni..
Kalau nak baca artikel tu klik je kat gambar tu..
Interview dengan Ali Bakar.dia ni memang legend la,kalau tak kerana dia ni,memang tak meriah dan takkan wujud muzik yang di panggil 'rock kapak' ni.Ali Bakar adalah orang yang bertanggungjawab menaikkan scene rock dan pernah menjadi pengurus band2 rock terkenal satu ketika dulu.kira beliau ni 'Rod Smallwood' versi melayu la.cerita beliau memang menarik,bagaimana mula2 nak naik kan scene rock ni dulu,dengan ego band2 rock dulu tanak nyanyi dalam bahasa melayu kononnya tak up to date,tapi beliau berjaya meyakinkan band2 rock ni semua sehinggalah dengan rilisnya album kompilasi 'Battle Of The Bands' yang menampilkan antara band2 rock yang dah jadi legend sekarang ni seperti Lefthanded,Ella And The Boys,SYJ,Bloodshed dan Rahim Maarof & Whitesteel.Ali Bakar cerita,ramai yang tak tau sebenarnya album Battle Of The Bands ni penerbitnya adalah Allahyarham M.Sharif The Zurah II (kumpulan pop yeh yeh yang popular di era 60an dulu)ceritanya lagi,Allahyarham M.Sharif sebenarnya memang rockers sejati yang hebat yang di akui sendiri oleh Ali Bakar.
Isu rambut panjang pada masa tu hinggakan sampai di bawa ke parlimen.cerita Amy Search pasal muzik rock yang dah sampai ke penghujung.era 90an memang dah banyak band rock leleh yang main lagu semua jiwang tak ingat punya..(era 90an memang aku dah start jadi mat thrash kental..memang tak dengar lagu meleweh ni..heheh)
Interview dan cerita pasal band lagenda dari Perak.SYJ/Sofea memang antara band yang muziknya 'menentang arus' pada ketika itu dengan lagu paling heavy mereka pada era 80an seperti 'Hati Syaitan' Orang Timur' dan 'Mata Sepet'.patutnya reporter tu tulis la tajuk dia 'imej nakal' bukan imej ganas.sebab pada aku SYJ bukan lah bawa imej ganas sebaliknya imej 'bad boys' ala Motley Crue dan Poison.memang tak boleh di sangkal lagi SYJ ialah band lagenda terbaik.
Cerita pasal rock,mesti mau ada legend papa rock Ramli Sarip ni,beliau menceritakan pasal rockers dulu dan sekarang..mat rock dulu walaupun rambut panjang dan selekeh,tetap berbudi bahasa,sopan tutur kata dan menghargai peminat dan semangat setiakawan antara band members.papa rock ni baru saja mendapat gelaran dato Ramli Sarip.greatest legend of all time..
Cerita pasal rock dulu dulu memang tak sah kalau tak di ceritakan pasal kasut yang boleh di katakan legend juga ni.iaitu kasut Aliph.Ali Bakar cerita,dulu Aliph ni pernah jadi penaja untuk Search,tapi Search tanak pakai kasut ni pasal masa tu barangan buatan Malaysia sapa yang nak pakai.tapi tanpa di sangka,lepas je Search pakai kasut ni,serta merta jadi ikutan dan trend.kasut Aliph ni sebenarnya keluaran company kasut Bata.kalau sekarang tengok kat mudah.my, harga dia dah mencecah sampai rm 1000 sebab dah jadi rare..
Semuanya yang tinggal hanya lah kenangan dan menjadi lipatan sejarah dalam arena muzik rock di Malaysia.rock jalan terusss...
Err..out of topic jap nak tunjuk gambar lagi satu ni..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Awek gua cakap dia dah bosan berambut panjang,gua tak bagi potong pun dia nak potong jugak..heheh..

gambar band rock dulu dulu |

Saturday, 16 November 2013
Queensryche - Operation Mindcrime (1988)
Antara album progresif rock/metal terbaik terbitan tahun 1988,dan juga antara konsep album (cerita dalam lagu) yang terbaik sama best dengan Iron Maiden - 7th Son Of a 7th Son,album2 King Diamond (Them,Abigail dan Conspiracy) dan juga Dream Theater Metropolis Part 2.
EMI Manhattan New York |
geoff tate (vokal) chris degarmo (gitar)michael wilton (gitar) eddie jackson (bass) scott rockenfield (drum) |
Semua lagu dalam ni memang best,bila layan album ni,satu lagu pun aku tak skip.untuk sapa2 yang baru nak melayan album ni memang kena layan dari mula sampai habis la,kalau tak memang tak faham jalan cerita Mindcrime ni.lagu paling epik dan best ialah lagu Suite Sister Mary lagu yang berdurasi selama 10 minit lama nya,dengan penyanyi undangan dan juga pelakon yang menjadi watak Mary dalam cerita ini iaitu Pamela Moore.suara dia memang mantap dan powerful gitu.
Secara ringkasnya cerita dalam album ni mengisahkan Nikki,seorang penagih dadah yang telah di 'mindcrime' oleh Doctor X,untuk membunuh ahli2 politik dan juga ketua2 agama di amerika,supaya cita2 revolusi dan legasi Doctor X tercapai.Doc X juga telah mengupah Mary seorang pelacur yang telah menjadi paderi wanita untuk membantu Nikki.nak di jadikan cerita,Nikki dan Mary dah di lamun cinta,yang menyebabkan Doctor X bengang dan telah mindcrime Nikki untuk bunuh Mary pulak..
setlist.15 lagu dalam album ni yang memang best giler |
Album yang juga menjadi sumber inspirasi bagi Dream Theater,memang the best rock album sepanjang zaman,kalau album ni berada dalam kategori filem,aku rasa memang dah comfirm menang filem terbaik bagi Academy Awards.sebab tak terlintas kat fikiran pun yang akan ada band buat concept album sebegini.so,bagi peminat progresif metal/rock kat luar sana yang tak tau apa itu concept album,boleh dengar album ini,muziknya tak berapa berat dan mudah di hadam dengan sedikit tempias glam rock (tahun 88 memang zaman kegemilangan glam rock juga) yang tak lah ketara sangat.kompem korang mesti suka punya..
10/10 *
Thursday, 14 November 2013
Tuesday, 12 November 2013
Iron Maiden - Piece Of Mind LP Japanese Press (1983)
Japanese pressing tahun 1983..memang takda sticker obi atau pun sticker tu hilang taktau lah..maklumlah benda seken..
Nak cerita panjang pasal album ni ramai yang dah tau..kitabako layan gambar je lah..
Lagu yang betul2 'evergreen' dan klasik hinggakan budak2 Kpop pun suka dah tentunya "The Trooper"
Yang ni sebelah belakang bila di terbalikkan..semua tulisan jepun..satu apa pun tak paham..heheh..
Lirik2 dalam bahasa jepun..nyanyi The Trooper dalam bahasa jepun boleh gitu?..heheh
At the beginning of the sixth track, "Still Life", the band included a hidden message which could only be understood by playing the album backwards. This was a joke and an intended swing back at the critics who had accused Iron Maiden of being Satanic. The backwards-message features McBrain mimicking Idi Amin (or rather mimicking John Bird mimicking Idi Amin) uttering the following phrase "What ho said the t'ing with the three 'bonce', do not meddle with things you don't understand...", followed by a belch. The phrase itself is taken from the satirical album The Collected Broadcasts of Idi Amin by Bird and Alan Coren. "What ho" and "What ho said the t'ing" are phrases that also crop up regularly on McBrain's "Listen With Nicko!" tracks from The First Ten Years collection.
According to McBrain, "We were sick and tired of being labelled as Devil worshippers and all this bollocks by these fucking morons in the States, so we thought, 'Right, you want to take the piss? We'll show you how to take the bleeding piss, my son!' And one of the boys taped me in the middle of this Idi Amin routine I used to do when I'd had a few drinks. I remember it distinctly ended with the words, 'Don't meddle wid t'ings yo don't understand.' We thought, if people were going to be stupid about this sort of thing, we might as well give them something to be really stupid about, you know?"
Lagu feveret,To Tame a Land,Where Eagles Dare,Flight Of Icarus,The Trooper (walau dah jemu dengar) Die With Your Boots On dan Still Life.
Lagu The Trooper pernah di cover oleh Coheed And Cambria,Iced Earth,oleh 2 band death metal Vital Remains dan Sentenced,juga pernah di cover oleh band christian rock Stryper.lagu To Tame a Land pernah di cover oleh Dream Theater,Where Eagles Dare pernah di cover oleh band Fozzy (band Chris Jericho wwe wrestler)Die With Your Boots On pernah di cover oleh Sonata Artica.
Apa yang nak di ceritakan lagi pasal album ni?dah tentunya antara album IM terbaik era 80an.semua lagu dalam album ni memang best..
"Nightmares...coming all the time
Nightmares...will give me piece of mind"
Nak cerita panjang pasal album ni ramai yang dah tau..kita
Lagu yang betul2 'evergreen' dan klasik hinggakan budak2 Kpop pun suka dah tentunya "The Trooper"
EMI japan |
lirik (english section) |
band members.Steve Harris ada iras2 abang Mustaine eh |
Yang ni sebelah belakang bila di terbalikkan..semua tulisan jepun..satu apa pun tak paham..heheh..
Lirik2 dalam bahasa jepun..nyanyi The Trooper dalam bahasa jepun boleh gitu?..heheh
At the beginning of the sixth track, "Still Life", the band included a hidden message which could only be understood by playing the album backwards. This was a joke and an intended swing back at the critics who had accused Iron Maiden of being Satanic. The backwards-message features McBrain mimicking Idi Amin (or rather mimicking John Bird mimicking Idi Amin) uttering the following phrase "What ho said the t'ing with the three 'bonce', do not meddle with things you don't understand...", followed by a belch. The phrase itself is taken from the satirical album The Collected Broadcasts of Idi Amin by Bird and Alan Coren. "What ho" and "What ho said the t'ing" are phrases that also crop up regularly on McBrain's "Listen With Nicko!" tracks from The First Ten Years collection.
According to McBrain, "We were sick and tired of being labelled as Devil worshippers and all this bollocks by these fucking morons in the States, so we thought, 'Right, you want to take the piss? We'll show you how to take the bleeding piss, my son!' And one of the boys taped me in the middle of this Idi Amin routine I used to do when I'd had a few drinks. I remember it distinctly ended with the words, 'Don't meddle wid t'ings yo don't understand.' We thought, if people were going to be stupid about this sort of thing, we might as well give them something to be really stupid about, you know?"
piring hitam legam |
side one |
side two.di cetak oleh Toshiba japan |
Lagu The Trooper pernah di cover oleh Coheed And Cambria,Iced Earth,oleh 2 band death metal Vital Remains dan Sentenced,juga pernah di cover oleh band christian rock Stryper.lagu To Tame a Land pernah di cover oleh Dream Theater,Where Eagles Dare pernah di cover oleh band Fozzy (band Chris Jericho wwe wrestler)Die With Your Boots On pernah di cover oleh Sonata Artica.
Apa yang nak di ceritakan lagi pasal album ni?dah tentunya antara album IM terbaik era 80an.semua lagu dalam album ni memang best..
"Nightmares...coming all the time
Nightmares...will give me piece of mind"
Sunday, 10 November 2013
Ikan Pekasam
Antara makanan kegemaran aku sejak dah pekena dia punya rasa sebelum ni..
Ikan pekasam memang amat popular di negeri bahagian utara semenanjung.dan mungkin juga ikon makanan tradisional bagi negeri Perak,ikan pekasam ini adalah makanan peram tradisi dan yang paling tahan lama.(boleh bertahan sehingga 1 tahun lamanya)
Menurut Wikipedia,ikan pekasam turut di sebut oleh Sir Richard Olof Winstedt dalam buku karangan beliau The Circumstances Of Malay Life.The Kampong.The House.Furniture.Dress And Food terbitan tahun 1909.
Walaupun proses membuat ikan ni macam senang,dengan menggunakan garam kasar,asam keping dan beras yang di goreng,tapi cara atau skill nak membuatnya tu kena buat dengan hati2..ini kerana untuk menjaga kualiti isi ikan agar tak cepat rosak atau busuk.
Aku kalau makan nasi cuma berlauk kan ikan pekasam ni pun memang dah berselera sangat dah..heheh..di goreng bersama dengan potongan bawang putih dan merah..perghh..memang sedap!
Ada beberapa jenis ikan yang di gunakan untuk buat ikan pekasam ni,biasanya menggunakan ikan air tawar.antaranya seperti ikan belida,lampam,talapia,loma,haruan dan ikan sepat.tapi pilihan aku yang aku rasa paling best ialah ikan loma,lampam,belida dan sepat,kalau goreng lebihkan bawang,lagi bertambah selera makannya..heheh
Pada sesiapa yang tak pernah lagi penangan ikan pekasam,boleh try,sekali rasa mesti nak lagi macam aku..kalau tak percaya boleh tanya kat bro Wanberuas dan juga duktur Bentara heheh..
terbaikkk..
Ikan pekasam memang amat popular di negeri bahagian utara semenanjung.dan mungkin juga ikon makanan tradisional bagi negeri Perak,ikan pekasam ini adalah makanan peram tradisi dan yang paling tahan lama.(boleh bertahan sehingga 1 tahun lamanya)
Menurut Wikipedia,ikan pekasam turut di sebut oleh Sir Richard Olof Winstedt dalam buku karangan beliau The Circumstances Of Malay Life.The Kampong.The House.Furniture.Dress And Food terbitan tahun 1909.
Walaupun proses membuat ikan ni macam senang,dengan menggunakan garam kasar,asam keping dan beras yang di goreng,tapi cara atau skill nak membuatnya tu kena buat dengan hati2..ini kerana untuk menjaga kualiti isi ikan agar tak cepat rosak atau busuk.
Aku kalau makan nasi cuma berlauk kan ikan pekasam ni pun memang dah berselera sangat dah..heheh..di goreng bersama dengan potongan bawang putih dan merah..perghh..memang sedap!
ikan pekasam yang dah siap di goreng |
Pada sesiapa yang tak pernah lagi penangan ikan pekasam,boleh try,sekali rasa mesti nak lagi macam aku..kalau tak percaya boleh tanya kat bro Wanberuas dan juga duktur Bentara heheh..
terbaikkk..
Friday, 8 November 2013
Gangster Squad (2013)
Banyak antara movie yang bagus dan best yang selalu aku terlepas pandang di sebabkan movie2 yang bertaraf box office yang menguasai hiburan arus perdana kebelakangan ni.salah satu movie yang best di layan ialah Gangster Squad..
Berdasarkan dari kisah benar,filem yang berlatar belakang pada era 40an bergenre crime drama ni mengisahkan tentang detektif John'o Mara (lakonan Josh Brolin) yang di geruni oleh sebahagian penjenayah di sekitar Los Angeles.kerana kesungguhan beliau yang ingin membenteras jenayah telah menemukan beliau dengan Mickey Cohen (Sean Penn) seorang ketua gangster paling berpengaruh di L.A yang kebal dari undang2.kerana semua hakim dan penguatkuasa di Los Angeles berada di bawah kuasa beliau.
Oleh kerana pengaruh Mickey Cohen terlalu kuat,John dan Sergeant Jerry Wooters (Ryan Gosling) telah menubuhkan 'Gangster Squad Crime Unit' unit rahsia yang hanya di anggotai oleh beberapa pegawai polis yang memiliki kepakaran yang tersendiri.antaranya yang cekap bermain senjata,perisik yang cekap,dan pakar penembak tepat.
Secara keseluruhan jalan cerita memang best.lakonan Sean Penn yang jadi ketua gangster memang terbaik.turut berlakon dalam filem ni ialah awek hot Emma Stone,Robert Patrick,Anthony Mackie dan Michael Pena.lakonan Ryan Gosling sebagai playboy pun boleh tahan hebat juga.
Gangster Squad mendapat review positif juga dari Rotten Tomatoes dan IMDB yang bagi 6.7 bintang kat movie ni..Pada peminat filem bergenre mafia dan gangster dari Hollywood,memang kena layan movie ni..memang best.
Wednesday, 6 November 2013
Paradoks
Paradoks (english Paradoxs) adalah satu perkataan yang selalu kita dengar tapi tak tahu apa maksud di sebalik perkataan tu..so,aku yang suka sangat mengkaji..(ceh..kaji konon..heheh..)mula la gatal tangan ni nak bertanya encik gogel..hasil pencarian dan siasatan aku,apa jawapan yang aku dapat adalah..
Menurut Kamus Dewan Edisi ke 4 keluaran Dewan Bahasa Dan Pustaka,Paradoks adalah sesuatu yang bertentangan dengan pendapat yang di terima umum.
Kamus Puisi juga terbitan DBP mengatakan,paradoks adalah gaya bahasa yang hampir sama dengan ironi,bahasa yang di gunakan bertentangan walaupun maknanya betul.
-Sesuatu yang asing iaitu kurang menyakinkan walaupun betul pengertiannya.
Ok lah,untuk memudahkan pemahaman lebih kurang macam ni lah makna dia : benda yang tak logik,tapi betul.contohnya lebih kurang macam ni :
-Benci tapi rindu (lagu Diana Nasution)
-Masa kita kecik2 dulu,mak atau ayah kita selalu marah kalau kita duduk atas bantalkan,nanti dia kata kena bisul kat bontot,tapi yang sebenarnya bantal tu kan alas kepala kita untuk tidur,memang tak elok jika kita duduk atas bantal tu
- Lagu 'Trust' dari Megadeth ada salah satu lirik dalam lagu tu abang Mus cakap "i lied when i say 'trust me' "
-Seorang cucu ni mengatakan beliau pernah kembali ke masa lampau untuk bunuh nenek beliau.kalau mengikut logik akal,kalau dia dah bunuh nenek dia,takkan la dia boleh hidup lagi pada zaman sekarang.
Itu je lah yang aku tau serba sedikit makna tentang paradoks ni.kalau ada salah dan silap tentang fakta di atas tu mintak maaf banyak2..apa pun layan lagu Paradoks dari band Strangers (band projek Mus May) ni pun best jugak..
"dewi yang melenggang,tari gemahalai
sehingga aku pun terpijak..oh wayar gitar kromium ku"

Monday, 4 November 2013
Metallica - And Justice For All (1988)
Tahun 1988,memang tahun yang bersejarah bagi peminat muzik rock kangkang,glam rock dan juga peminat thrash metal pada era tersebut..salah satunya yang terbest pada era 88 ialah dengan rilisnya album ni..
Walaupun poser,aku ada memiliki album And Justice For All versi US pressing ni..heheh..seperti peminat Metallica yang lama,ramai beranggapan ini adalah album thrash terakhir dari Metallica sebelum mereka sellout dan komersil dengan album 'Black'nya..
Seperti yang di ceritakan dalam buku Metallica : Enter Night Jason Newsted (pengganti Cliff Burton) telah di sisihkan atau tidak terlibat langsung dalam rakaman album ni,kerana ego Lars dan Hetfield ketika itu yang tak boleh menerima Jason yang baru je join Metallica pada ketika itu..
Ketika hendak merakamkan album ni,Metallica ingin menggunakan khidmat Mike Clink (producer yang menerbitkan album Guns n Roses Appetite For Destruction)Lars dan Hetfield inginkan Mike kerana hasil kerja beliau untuk album Guns n Roses,tetapi segalanya tak menjadi dan mereka akhirnya memanggil semula producer yang pernah menerbitkan album mereka sebelum ni iaitu Flemming Rasmussen.kira Flemming ni memang penyelamat la,,kalau tak tak tau apa jadi dengan album ni agaknya..
Lars cerita ketika nak menghasilkan lagu dan lirik untuk album ni yang bertemakan politik,korup,undang2 berat sebelah dan anti perang,mereka kerap menonton CNN untuk mendapatkan idea dalam penulisan lirik dan lagu.dan hasilnya lagu2 seperti Blackened,And Justice For All,One,The Shortest Straw,Harvester Of Sorrow semuanya mengisahkan tentang korupsi yang berlaku di Amerika pada ketika itu.
Drum engineering untuk lagu Harverster Of Sorrow dan lagu The Shortest Straw tetap di kreditkan pada Mike Clink walaupun beliau tak jadi producer untuk album ni..
Aku suka bunyi bass drum Lars dalam album ni,memang lain dan bunyinya memang sedap.dengan sound gitar yang heavy dengan riff yang laju temponya macam lagu Blackened, solo2 Kirk Hammett yang memang dah jadi trademark beliau,hinggakan Kerry King pun jeles ngan dia..heheh..(pasal peminat muzik metal dah mengangkat Kirk Hammett sebagai gitar hero)lagu paling feveret aku dalam album ni ialah instrumental To Live Is To Die.intro gitar akustik yang ada sedikit elemen blues memang menarik.lagu ni juga ciptaan bersama Cliff Burton sebelum beliau meninggal dunia.
Mungkin ada setengah peminat Metallica yang tak berapa suka album ni,tapi pada aku ini adalah album thrash terakhir Metallica yang harus di miliki oleh peminat yang meminati muzik heavy/thrash metal ni..
"All this i cannot bear to witness any longer,cannot the kingdom of salvation take me home"
-Cliff Lee Burton (10 febuary 1962 - 27 september 1986)
Walaupun poser,aku ada memiliki album And Justice For All versi US pressing ni..heheh..seperti peminat Metallica yang lama,ramai beranggapan ini adalah album thrash terakhir dari Metallica sebelum mereka sellout dan komersil dengan album 'Black'nya..
Seperti yang di ceritakan dalam buku Metallica : Enter Night Jason Newsted (pengganti Cliff Burton) telah di sisihkan atau tidak terlibat langsung dalam rakaman album ni,kerana ego Lars dan Hetfield ketika itu yang tak boleh menerima Jason yang baru je join Metallica pada ketika itu..
Ketika hendak merakamkan album ni,Metallica ingin menggunakan khidmat Mike Clink (producer yang menerbitkan album Guns n Roses Appetite For Destruction)Lars dan Hetfield inginkan Mike kerana hasil kerja beliau untuk album Guns n Roses,tetapi segalanya tak menjadi dan mereka akhirnya memanggil semula producer yang pernah menerbitkan album mereka sebelum ni iaitu Flemming Rasmussen.kira Flemming ni memang penyelamat la,,kalau tak tak tau apa jadi dengan album ni agaknya..
Cd versi Us pressing |
Drum engineering untuk lagu Harverster Of Sorrow dan lagu The Shortest Straw tetap di kreditkan pada Mike Clink walaupun beliau tak jadi producer untuk album ni..
Aku suka bunyi bass drum Lars dalam album ni,memang lain dan bunyinya memang sedap.dengan sound gitar yang heavy dengan riff yang laju temponya macam lagu Blackened, solo2 Kirk Hammett yang memang dah jadi trademark beliau,hinggakan Kerry King pun jeles ngan dia..heheh..(pasal peminat muzik metal dah mengangkat Kirk Hammett sebagai gitar hero)lagu paling feveret aku dalam album ni ialah instrumental To Live Is To Die.intro gitar akustik yang ada sedikit elemen blues memang menarik.lagu ni juga ciptaan bersama Cliff Burton sebelum beliau meninggal dunia.
Mungkin ada setengah peminat Metallica yang tak berapa suka album ni,tapi pada aku ini adalah album thrash terakhir Metallica yang harus di miliki oleh peminat yang meminati muzik heavy/thrash metal ni..
"All this i cannot bear to witness any longer,cannot the kingdom of salvation take me home"
-Cliff Lee Burton (10 febuary 1962 - 27 september 1986)
Friday, 1 November 2013
November
Diam tak diam,pejam celik..pejam celik..kejap je dah masuk bulan november.bermakna dah hampir ke penghujung tahun..kalau budak2 sekolah dah tentu suka lah pasal dah nak hampir ke cuti sekolah penggal terakhir..dan masa tu juga lah mak bapak dah start pening kepala untuk agenda anak2 waktu cuti sekolah ni dan persediaan persekolahan anak2 untuk tahun baru nanti..heheh..
Apa pun untuk bapak2 dan ibu2 kat luar sana jangan lah pening2..relax je..bak kata abang Rose "cause nothin' last forever even cold november rain" heheh..
Apa pun untuk bapak2 dan ibu2 kat luar sana jangan lah pening2..relax je..bak kata abang Rose "cause nothin' last forever even cold november rain" heheh..
Subscribe to:
Posts (Atom)