Thursday, 28 November 2013

Komik Lama


Pada penghujung tahun 70an dan awal 80an,industri komik Malaysia di ketika itu memang meriah,boleh di katakan setiap kedai mamak memang ada jual komik pelbagai genre,ada komik aksi,komik cinta,seram dan lawak jenaka.pelbagai genre komik setiap minggu,hinggakan pada suatu ketika dulu,stor rumah aku di Segamat,Johor penuh dengan komik2 ni semua..
Sesiapa yang membesar sezaman dengan aku pasti tahu dan ingat komik2 ni,dan beberapa majalah yang agak popular seperti Gila-Gila,Gelihati (artwork klasik bro Gayour banyak kat sini)Batu Api,majalah Kancil,Bambino,Bujal dan majalah Fantasi (dengar cerita majalah ni akan di terbitkan semula)
Dan salah satu komik klasik yang berjaya di miliki ialah komik Sumpah Ratu Syaitan ni..komik ini hasil pelukis bernama D.Yusoff.hasil lukisan beliau memang menarik,cantik dan kemas..


Ok la setakat untuk bacaan semata2 mengimbau kenangan lama masa aku budak2 dulu..heheh..komik ni di terbitkan oleh Penerbitan MediaSeni,harga pada ketika itu pun cuma 70sen je.cerita dalam komik ni mengisahkan seorang pengembara bernama Abdul Khalid yang suka mengembara,yang akhirnya ingin kembali ke tanah kelahirannya iaitu negeri Khoraja.


Tetapi negeri kelahiran Abdul Khalid ni telah di ambil alih kuasa pemerintahnya oleh sorang ahli sihir yang bernama Ratna,ahli sihir ni sangat kejam dan sesiapa yang menentangnya akan di sumpah menjadi batu dengan menggunakan kuasa sihir yang ada pada mata ketiga beliau..



Abdul Khalid akhirnya berjaya berdepan dengan si ahli sihir Ratna dan cuba untuk menumpaskan ahli sihir keparat itu (dah terikut2 dialog dalam komik pulak..heheh)


Ratna mati kena mata pedang Abdul Khalid yang telah membelah dahi beliau untuk membutakan mata ketiga Ratna tu..


Scene komik Malaysia mula merudum pada penghujung 80an,di sebabkan tiada sambutan dan juga terdapat komik2 saduran dari Hong Kong yang mula memasuki pasaran pada waktu tersebut,majalah2 seperti yang aku sebutkan di atas sudah tiada lagi di pasaran (kecuali majalah Gila Gila yang masih bertahan)
Pada yang tak tau,komik stail begini memang begitu popular,kalau beli komik ni dulu aku mesti coklat Ding Dang sekali..heheh..

13 comments:

  1. eh? yg hero(in)nya pompuan bkn tajuk ni ke?

    ReplyDelete
  2. Cover depan komik ni memang cantik, menarik, tertarik.....wow haha

    ReplyDelete
  3. kecik2 dulu beli pasal gambar kaver depan yang macam ni la...hahaha...

    ReplyDelete
  4. cover depan memang terbaik...dan terbeliak.hahaha

    ReplyDelete
  5. nanti ada cerita2 nabi...nanti cammana suasana neraka....dulu suka aku baca kecik2.

    ReplyDelete
  6. Kita sezaman. Alhamdulillah komik melayu tu berjaya disimpan hingga ke hari ini. Harganya kini semakin mahal..dah jadi rare. Paling murah Rm50 dan paling mahal ialah Rm80. Dan ia terjual dgn laris...dalam fb grup tertentu ia jadi buruan para kolektor komik..baik generasi baru apatah lagi generasi lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.sekarang harga mmg kapitalis punya harga.gila mahal.btw terima kasih sudi singgah sini

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Ha alaaa cemana aku.leh overlooked entri ni... ha yelaa aku pun baru knal korang hehehe...ni.mmg antara komik yg aku lukis balik skooltime dlu guna buku sekolah... minat punya pasal....komik Yatim ni copycat Conan ke hapa xtaulaa.. menurut penerbit dia- Yamin Daud..mmg pelukis ni trace pakai kertas karbon dan improvise sikit.. malahan kalau nak brag aku dah lepakpun dgn penerbit dia dalam satu majlis geng2 PEKOMIK kat Perpustakaan negara few years back..menahan air liur je bila pakciktu bawk banyak bundles of old skool gems..

    ReplyDelete
  10. Ehh ni bukan Yatim ehh? Wakaka ingat siri Yatim.. biasa hero D Yusoff nama Yatim

    ReplyDelete
  11. ..komik malaysia oleh allahyarham D. Yussuf abang kepada Yamin Daud sperti siri Yatim,siri Aladin dan siri sirinya yg lain, dan komik oleh nik hashim nmy siri santara perkasa mmg benar banyak copycat komik dan lukisan dari komik inggeris sperti Conan. ...dan juga mereka banyak merujuk karya pelukis tersohor Frank Frazetta.
    Nak yg lukisan original...komik karya Pot Jr dan Ibrahim Hamid, Saari AM,karya komik mereka lebih telus..
    Apapun semua komik klasik Malaysia ini...sangat rare dan sangat bernilai, sebab..ia dah pupus. Reprint...tak main. laa...no sentimental value.
    Hanya padangan peribadi saya. TQ

    ReplyDelete