Walaupun poser,aku ada memiliki album And Justice For All versi US pressing ni..heheh..seperti peminat Metallica yang lama,ramai beranggapan ini adalah album thrash terakhir dari Metallica sebelum mereka sellout dan komersil dengan album 'Black'nya..
Seperti yang di ceritakan dalam buku Metallica : Enter Night Jason Newsted (pengganti Cliff Burton) telah di sisihkan atau tidak terlibat langsung dalam rakaman album ni,kerana ego Lars dan Hetfield ketika itu yang tak boleh menerima Jason yang baru je join Metallica pada ketika itu..
Ketika hendak merakamkan album ni,Metallica ingin menggunakan khidmat Mike Clink (producer yang menerbitkan album Guns n Roses Appetite For Destruction)Lars dan Hetfield inginkan Mike kerana hasil kerja beliau untuk album Guns n Roses,tetapi segalanya tak menjadi dan mereka akhirnya memanggil semula producer yang pernah menerbitkan album mereka sebelum ni iaitu Flemming Rasmussen.kira Flemming ni memang penyelamat la,,kalau tak tak tau apa jadi dengan album ni agaknya..
Cd versi Us pressing |
Drum engineering untuk lagu Harverster Of Sorrow dan lagu The Shortest Straw tetap di kreditkan pada Mike Clink walaupun beliau tak jadi producer untuk album ni..
Aku suka bunyi bass drum Lars dalam album ni,memang lain dan bunyinya memang sedap.dengan sound gitar yang heavy dengan riff yang laju temponya macam lagu Blackened, solo2 Kirk Hammett yang memang dah jadi trademark beliau,hinggakan Kerry King pun jeles ngan dia..heheh..(pasal peminat muzik metal dah mengangkat Kirk Hammett sebagai gitar hero)lagu paling feveret aku dalam album ni ialah instrumental To Live Is To Die.intro gitar akustik yang ada sedikit elemen blues memang menarik.lagu ni juga ciptaan bersama Cliff Burton sebelum beliau meninggal dunia.
Mungkin ada setengah peminat Metallica yang tak berapa suka album ni,tapi pada aku ini adalah album thrash terakhir Metallica yang harus di miliki oleh peminat yang meminati muzik heavy/thrash metal ni..
"All this i cannot bear to witness any longer,cannot the kingdom of salvation take me home"
-Cliff Lee Burton (10 febuary 1962 - 27 september 1986)
yeah. orang kata ini album thrash metal last utk metallica..tapi death magnetic ade gak lagu style thrash metal (that was just your life, all nightmare long and my apocalypse) . hehehe. Tapi album ni memang power.
ReplyDeleteaku terbaca perkataan "poser" di situ...
ReplyDeletealbum terawal aku layan masa nak dengar thrash
ReplyDeleteaku suka ni album, pada aku ni album metallica yang "aged very well" untuk aku. Makin lama album ni, makin sedap dan best.
ReplyDeleteCuma kebastardan james dan lars terhadap Jason newstead, aku tak paham.. kalau betul apa ditulis kat buku biographi ahli pantera yang jadi bassist tak silap aku.
ada orang tak suka sound album ni...tapi pada aku ni sound metallica paling best walaupun bass jason tenggelam...bass drum dia kalau dengar pakai set hifi...full volume...memang rasa nak gugur jantung...perghhh!!!!
ReplyDeleteAlbum paling teknikal dan progresif yang pernah dihasilkan oleh Metallica...luahan rasa seorang poser iaitu aku hahaha
ReplyDeletebest album ni walaupun hilang groovy digantikan dengan pedal lars...
ReplyDelete