Wednesday 6 November 2013

Paradoks

Paradoks (english Paradoxs) adalah satu perkataan yang selalu kita dengar tapi tak tahu apa maksud di sebalik perkataan tu..so,aku yang suka sangat mengkaji..(ceh..kaji konon..heheh..)mula la gatal tangan ni nak bertanya encik gogel..hasil pencarian dan siasatan aku,apa jawapan yang aku dapat adalah..

Menurut Kamus Dewan Edisi ke 4 keluaran Dewan Bahasa Dan Pustaka,Paradoks adalah sesuatu yang bertentangan dengan pendapat yang di terima umum.
Kamus Puisi juga terbitan DBP mengatakan,paradoks adalah gaya bahasa yang hampir sama dengan ironi,bahasa yang di gunakan bertentangan walaupun maknanya betul.
-Sesuatu yang asing iaitu kurang menyakinkan walaupun betul pengertiannya.

Ok lah,untuk memudahkan pemahaman lebih kurang macam ni lah makna dia : benda yang tak logik,tapi betul.contohnya lebih kurang macam ni :

-Benci tapi rindu (lagu Diana Nasution)
-Masa kita kecik2 dulu,mak atau ayah kita selalu marah kalau kita duduk atas bantalkan,nanti dia kata kena bisul kat bontot,tapi yang sebenarnya bantal tu kan alas kepala kita untuk tidur,memang tak elok jika kita duduk atas bantal tu
- Lagu 'Trust' dari Megadeth ada salah satu lirik dalam lagu tu abang Mus cakap "i lied when i say 'trust me' "
-Seorang cucu ni mengatakan beliau pernah kembali ke masa lampau untuk bunuh nenek beliau.kalau mengikut logik akal,kalau dia dah bunuh nenek dia,takkan la dia boleh hidup lagi pada zaman sekarang.

Itu je lah yang aku tau serba sedikit makna tentang paradoks ni.kalau ada salah dan silap tentang fakta di atas tu mintak maaf banyak2..apa pun layan lagu Paradoks dari band Strangers (band projek Mus May) ni pun best jugak..

"dewi yang melenggang,tari gemahalai
  sehingga aku pun terpijak..oh wayar gitar kromium ku"



10 comments:

  1. ni kalau anak tanya pun aku takleh nak jawap...heheh...

    ReplyDelete
  2. kalau selalu tgk filem sai-fai kompom blm jawab >:)

    ReplyDelete
  3. Kat geylang serai dulu tetiba muncul tiga cd strangers, tiga keping original pressing zaman 90an dulu. Aku beli dua, satu aku kasi sapa ntah budak blog jugak la, aku cerita kat blog aku, aku gi nak beli lagi sekali, adamorang dah beli dah. Cd tu memang rare dan best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taktau pulak strangers dulu ada versi cd.tak penah terjumpa lagi kat sini..rare tu

      Delete
  4. Paradoks lawannya ialah ortodoks....eh betol ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ntah bro..tak pasti pulak biasa aku dengar kristian ortodoks tu je lah

      Delete
  5. PARADOX band thrash jerman... hehehhe

    ReplyDelete