Friday, 8 November 2013

Gangster Squad (2013)


Banyak antara movie yang bagus dan best yang selalu aku terlepas pandang di sebabkan movie2 yang bertaraf box office yang menguasai hiburan arus perdana kebelakangan ni.salah satu movie yang best di layan ialah Gangster Squad..

Berdasarkan dari kisah benar,filem yang berlatar belakang pada era 40an bergenre crime drama ni mengisahkan tentang detektif  John'o Mara (lakonan Josh Brolin) yang di geruni oleh sebahagian penjenayah di sekitar Los Angeles.kerana kesungguhan beliau yang ingin membenteras jenayah telah menemukan beliau dengan Mickey Cohen (Sean Penn) seorang ketua gangster paling berpengaruh di L.A yang kebal dari undang2.kerana semua hakim dan penguatkuasa di Los Angeles berada di bawah kuasa beliau.
Oleh kerana pengaruh Mickey Cohen terlalu kuat,John dan Sergeant Jerry Wooters (Ryan Gosling) telah menubuhkan 'Gangster Squad Crime Unit' unit rahsia yang hanya di anggotai oleh beberapa pegawai polis yang memiliki kepakaran yang tersendiri.antaranya yang cekap bermain senjata,perisik yang cekap,dan pakar penembak tepat.
Secara keseluruhan jalan cerita memang best.lakonan Sean Penn yang jadi ketua gangster memang terbaik.turut berlakon dalam filem ni ialah awek hot Emma Stone,Robert Patrick,Anthony Mackie dan Michael Pena.lakonan Ryan Gosling sebagai playboy pun boleh tahan hebat juga.

Gangster Squad mendapat review positif juga dari Rotten Tomatoes dan IMDB yang bagi 6.7 bintang kat movie ni..Pada peminat filem bergenre mafia dan gangster dari Hollywood,memang kena layan movie ni..memang best.


6 comments:

  1. Lama dah tak layan filem gangster mcm ni...Sean Penn last sekali berlakon filem gengster yang aku ingat la ialah Carlito's Way bersama Al Pacino....yang itu memang terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Carlito's way memang best tuuu..

      Delete
  2. betul...macam lama dah takder filem gangster/mafia yang bagus...err...ada kot...KL Gangster...hahaha....

    seriusly...citer ni best...aku suka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kl gangster? Serramm..heheh..filem gangster hollywood jugak yang best kan?heheh

      Delete
  3. Waaa ini macam kena cari jugak nihh...

    ReplyDelete
  4. Memang layan movie ni bang..mesti tengok

    ReplyDelete