Wednesday 8 August 2012

Zakat Fitrah 2012

Petang tadi aku baru melaksanakan zakat fitrah aku bagi tahun 2012 ni.oleh kerana aku berkerja dan menetap kat kl,kadar bayaran zakat fitrah untuk wilayah persekutuan/putrajaya ialah rm 7.00.
5 waktu mengeluarkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan :

Wajib : Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

Paling Afdal : Sebelum solat sunat hari raya aidilfitri

Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan

Makruh : Selepas solat sunat hari raya aidilfitri sehingga terbenam matahari pada 1 syawal.

Haram : Selepas terbenam matahari pada 1 syawal,hukumnya berdosa tetapi wajib di tunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia di kira qada'.sekiranya masih di lengahkan,maka bertambahlah dosanya.

Kadar zakat fitrah adalah bersamaan dengan 2.3 kilo beras atau sesuatu yang sama nilai dengannya.
Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Idul Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal.

Kadar zakat fitrah bagi seluruh Malaysia pada tahun 2012/1433 Hijrah.

Ibnu Umar meriwayatkan: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu segantang kurma atau gandum.”

p/s : anda bagaimana?jangan lewat2 kan pembayaran zakat ni.tak elok...selamat berpuasa.

No comments:

Post a Comment