Sunday 5 August 2012

Metal Hammer (August 2010)

Majalah Metal Hammer yang ni dah lama beli sebenarnya.di beli pada tahun 2010 yang lepas,beli kat Singapore.saja nak tampal kat sini.Metal Hammer isu ogos ni sempena pelancaran album Iron Maiden The Final Frontier pada tahun 2010.masa ni mana2 majalah rock semua bercerita pasal album Iron Maiden terbaru Maiden ni yang merupakan album terlaris pada tahun 2010.album ni menduduki tangga no.1 dalam carta album paling laris di seluruh dunia.
Macam biasa,kalau beli Metal Hammer ni mesti dapat free gift.untuk isu yang ni aku dapat mousepad Iron Maiden.
                               free mousepad
                                promosi album the final frontier

Memang dalam bulan pertama album maiden di riliskan.demamnya memang terasa di seluruh dunia.ada spekulasi mengatakan ini adalah album studio terakhir dari Iron Maiden lepas ni kononnya mereka ni semua nak bersara.tah betul tah tidak aku tak tau lah..tapi bayangkan bebudak yang baru kenal Iron Maiden,layan muzik Maiden dan betapa masyuknya Iron Maiden ni,tiba2 je diorang nak bersara?aku rasa tak kot.Aerosmith yang dah bangka tu pun still rockin lagi takkan Maiden ni nak bersara pulak kan..
Dalam majalah ni ada interview dengan Iron Maiden tentang album baru nya,dengan gambar2 sekitar konsert mereka di Amerika sempena promosi album terbaru mereka.mereka memulakan "The Final Frontier US Tour" dengan mempromosikan lagu 'El Dorado' dari album tersebut.
                               iron maiden - San Antonio,Texas Us june 2010
Gambar2 konsert kat US.pertama kali 'Eddie' di tampilkan macam alien/predator sempena mascot album The Final Frontier.Bruce cakap,crowd Maiden kat US berbeza dengan crowd kat Amerika Selatan.macam Mexico,Brazil,ngan Santiago.crowd kat sana betul2 happening.lepas tu bila album The Final Frontier di riliskan,the rest a glorious history.memang album ni paling tinggi jualannya dan single "El Dorado" memang dalam Grammy Awards kategori best metal song.
                                steve harris dengan trademark machine gun nya

Steve Harris jugak pernah cakap yang beliau memang amat2 tak menyukai  muzik punk.dan beliau jugak cakap Iron Maiden sikit pun tak pernah terpengaruh dengan muzik punk sejak dari dulu lagi.ada benarnya.muzik Maiden still sama dari dulu,dan itu lah formula band ni dan berjaya dan terkenal di seluruh pelusuk dunia.walaupun lagu2 mereka ni tak mendapat tempat di stesen2 radio,mereka telah terkenal hingga ke tahap sekarang.
Dan lagi satu berita yang telah menggemparkan dunia muzik heavy metal ialah ni.

The Big Four.buat pertama kalinya dalam sejarah heavy metal,4 gergasi icon heavy metal dunia ni bergabung dalam satu pentas di Soniphere Festival.Metallica,Megadeth,Anthrax dan Slayer bergabung dalam satu konsert khas julung2 kali nya pernah di adakan.sebenarnya diorang memang dah lama rancang konsert ni sejak di akhir tahun 80an lagi.tetapi selalu nya tak menjadi kerana ego masing2.perbalahan antara Metallica dengan Megadeth yang bertahun2 lamanya sampai peminat2 pun bosan.Lars Ulrich(Metallica) dan Dave Mustaine(Megadeth)selalu mengeluarkan kenyataan kutuk mengutuk antara satu sama lain.dan jugak Kerry King(Slayer)mengeluarkan kenyataan kutuk Kirk Hammett(Metallica) yang mengatakan Kirk tak sepatutnya di sanjung seperti gitar hero..hehe..macam2 hal.dan mungkin kerana faktor usia,(diorang ni suma dah masuk 40an dah)diorang ni lupakan kisah lalu dan bergabung dalam satu konsert yang menjadi sejarah dalam dunia muzik heavy metal.skang ni pun Lars dengan Dave dah boleh bertepuk bertampar bergurau senda dah..haha.

The Big Four juga ada di riliskan dalam format dvd.nanti ada masa aku tampal dvd tu dan cerita pasal konsert mereka nanti.
Yang lain2 adalah foto shoot daripada photograper2 majalah Metal Hammer yang menjadi kenangan dan gambar terbaik dari photographer Mick Hutson.
Gambar Ozzy Osbourne,Metallica,Marilyn Manson yang macam pondan,band Kiss,Anthrax dan Steven Tyler dari Aerosmith.beso gile mulut dia tu..haha..
Dan yang lain lain..
Review album Iron Maiden The Final Frontier.berkonsepkan Sci-fi dan sains fiksyen.sebelum ni Iron Maiden pernah tampil dengan konsep yang sama pada tahun 1986 dahulu dengan album "Somewhere In Time"
Dan last sekali,aku dah ada pun.cd dan piring hitam Iron Maiden The Final Frontier..hehe..

No comments:

Post a Comment