Sunday 12 August 2012

Transformers Season 3 & 4

Salah satu kartun yang menjadi kegilaan zaman kanak2 aku dan kanak2 sebaya aku di seluruh dunia pada tahun 80an dulu.kartun Transformers yang ni adalah musim ke 3 dan ke 4 yang di terbitkan pada tahun 1987 dulu.siri ni merupakan kesinambungan selepas Transformers the movie pada tahun 1986 yang menyaksikan ketua Decepticon iaitu Megatron dah di upgrade menjadi Galvatron (boleh transform jadi meriam).secara peribadi,filem Transformers yang telah di terbitkan menjadi live action movie oleh Michael Bay sebenarnya tak menarik perhatian aku kerana jalan ceritanya tak sama dalam siri kartun ni.banyak robot2 dari Autobot dan Decepticon takda dalam movie tu.stail penceritaan dan pengarahan Michael Bay hanya main tangkap muat je (mungkin beliau bukan peminat Transformers dan beliau juga sebelum ni pernah mengatakan Transformers adalah sesuatu yang bodoh).
Aku lebih suka versi asalnya iaitu yang ni.mengimbau kembali nostalgia kanak2 aku..haha..dulu aku ada simpan permainan Transformers ni yang geng jahat Decepticon..
Siri yang ni ada 4 dvd kesemuanya dan mengandungi 33 episod.mengisahkan selepas kematian Optimus Prime(ketua Autobots) yang mati selepas bertarung dengan Megatron dalam Transformers the movie dan Megatron telah di upgrade menjadi Galvatron.Autobots kini mempunyai ketua baru iaitu Rodimus Prime.dalam siri musim ketiga menceritakan bagaimana Rodimus ni menjadi ketua baru Autobots dan menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan dalam menghadapi musuh tradisinya Galvatron dan puak Decepticon yang lain.masih teringat lagi nama2 puak2 dari Autobots seperti Bumblebee,Wreckar,Ultra Magnus,Spike,Blurr,Grimlock,Metroplex,Skylink,dan Perceptor.manakala dari Decepticons yang masih aku ingat ialah Starscream,Firecracker,Predaticons(geng robot binatang yang boleh transform jadi besar.)Soundwave,Devastator,Megatron dan Galvatron.
Siri musim ke 4 yang paling menarik dan  betul2 mengimbau nostalgia,kerana salah satu episod dalam siri ni Optimus Prime telah kembali setelah 'body'nya di selamatkan oleh saintis yang telah menemui body Optimus Prime yang dah mati.episod yang ni terbahagi pada 2 bahagian dan merupakan antara episod terbaik dalam musim Transformers season 4 ni.Optimus telah menerajui kembali puak Autobots setelah Rodimus Prime menyerahkan kembali kuasa 'matrixs'nya kepada Optimus.dan bermulah era baru dalam dunia Transformers..
                               antara episod2 yang terdapat dalam dvd ni.

p/s : zaman aku kecik dulu kartun semua best2.ni adalah salah satu siri kartun yang aku suka dari aku kanak2 riang zaman la zaman dah bangka ni..haha.kartun sekarang?tak best langsung..!
                                   transformers season 4 theme

1 comment:

  1. Aku minat siri transformers yang mana driver dia jadi transform jadi enjin kepada robot tu.
    Dan siri berikutnya driver bertukar menjadi kepala robot. Win..

    ReplyDelete