Tuesday 7 August 2012

Re-Machined : Tribute To Deep Purple Machine Head

Majalah Classic Rock telah mengumumkan akan mengeluarkan edisi khas Deep Purple sempena memperingati pemain keyboard/organ dari band lagenda ni yang telah meninggal dunia penghujung bulan lalu iaitu Jon Lord.majalah special edition ni juga di datangkan dengan album tribute Deep Purple yang pernah di riliskan pada tahun 1972 dahulu iaitu 'Machine Head'.
Album ni yang lagu nya menjadi popular dan juga 'anthem' bagi mat2 rock dulu sebab ada lagu "Smoke On The Water" dengan lagu "Highway Star"(lagu wajib bagi pemuzik2 club)dan aku juga membesar dengan lagu2 Deep Purple jugak dulu sebelum kenal Iron Maiden.sebelum muzik heavy/thrash metal menguasai dunia,band Deep Purple ni lah yang antara band paling 'heavy' pada waktu tu.
pilihan pemuzik dan artis bagi album tribute ni sebahagian besarnya adalah favourite aku.sebabnya paling utama ialah ada Metallica dan Iron Maiden.dan jugak gitar hero seperti Carlos Santana,Steve Vai,Joe Satriani dan Zakk Wylde dari Black Label Society.tak ketinggallan supergroup 'Chickenfoot' band ni di anggotai oleh Sammy Hagar,Micheal Anthony(ex-Van Halen)Joe Satriani(gitar hero)dan Chad Smith(Red Hot Chili Peppers)ternyata pilihan untuk album tribute ni merupakan pemuzik2 hebat.

Track list album :
1.Smoke On The Water – Carlos Santana / Jacoby Shaddix
2.Highway Star – Chickenfoot
3.Maybe I’m A Leo – Glenn Hughes / Chad Smith
4.Pictures of Home – Black Label Society
5.Never Before – Kings of Chaos
6.Smoke On The Water – The Flaming Lips
7.Lazy – Jimmy Barnes with Joe Bonamassa
8.Space Truckin’ – Iron Maiden
9.When A Blind Man Cries – Metallica

Macam mana agaknya Metallica mainkan lagu 'When A Blind Man Cries' eh?kalau versi asalnya lagu ni memang slow.boleh ke James Hetfield(penyanyi/gitar)bawak lagu ni eh.lagi satu yang aku nak dengar lagu Space Truckin dari Iron Maiden.lagu ni sebenarnya dengar cerita dah lama di rakamkan cuma belum di riliskan je.versi asal lagu ni rancak.mesti Iron Maiden bawak lagu ni lagi best.dan yang lain dari Carlos Santana bawak lagu Smoke On The Water.sapa yang tak kenal dengan Santana ni yang popular dengan lagu "Black Magic Woman" nya tu.beliau juga seorang pemain gitar yang hebat dan bertaraf lagenda.
Majalah Classic Rock special edition Deep Purple ni akan berada di pasaran pada 4 september 2012.tak sabar nak tunggu nih..

                               Deep Purple - When a Blind Man Cries

No comments:

Post a Comment