Saturday 18 August 2012

Romper Stomper (1992)

Hanya tinggal sehari je lagi kita akan menyambut hari raya aidilfitri.bagaimana dengan persiapan raya kalian?harap semuanya dah selesai dan berbelanja untuk raya ni biarlah berpada2.nanti lepas raya semua mengeluh,duit habis lah,itu lah,ini lah..apa pun bersyukur dengan apa yang kita ada..ingat tu.

Ok lah.kali ni aku nak cerita pasal movie ni yang aku penah layan dulu,2 hari lepas aku layan balik movie ni.antara movie yang best pada aku.movie yang aku maksudkan ialah Romper Stomper ni..
Filem terbitan tahun 1992 ni adalah lakonan aktor yang dah terkenal kat US iaitu Russel Crowe (pernah menang anugerah dalam filem "Gladiator")dan ni adalah filem lakonan beliau di negara beliau Australia(Russel Crowe memang asal dari Australia).filem ni sebenarnya memang tak sesuai pada mereka yang tak suka kan unsur keganasan dan caci maki dalam filem ni.filem ni juga menjadi kontroversi di Australia kerana megisahkan Neo Nazi Punk atau Skinhead di Australia.pada mereka yang tak tau apa itu Punk dan Skinhead,aku cadangkan boleh tengok movie ni.

Filem ni mengisahkan sekumpulan budak Neo Nazi Skinhead yang di ketuai oleh Hando(Russel Crowe) menjalani hidup mereka di jalanan dengan merosakkan harta benda awam,buat kacau bilau di tempat awam,dan suka bergaduh.kumpulan ni memang anti dengan orang asing.setiap malam mereka berparti di port mereka,iaitu sebuah kilang tinggal.Hando ni terlalu obses dengan Nazi,hinggakan biliknya penuh dengan poster2 Nazi dan Hitler.dia telah berkenalan dengan Gabe,seorang remaja perempuan yang ketagih dadah dan lari dari rumah bapa nya.Gabe telah mencadangkan kepada Hando dan kumpulannya supaya pergi ke rumah bapanya untuk merompak dan mengambil barang2 berharga di rumah bapanya.(Gabe ni memang anak orang kaya)
Selain dari tu mereka ni memang anti dengan pendatang asing,(scene di Australia ketika itu memang ramai pendatang Vietnam/Thailand).mereka telah pergi ke satu restoran Vietnam di tengah bandar dan membuat kacau di situ dengan memukul mereka tanpa belas kasihan.dan ini menyebabkan pergaduhan terbesar berlaku antar kedua belah kumpulan ni yang  menyebabkan ramai yang cedera.dan kumpulan Skinhead ni juga telah menjadi buruan pihak polis Australia.kerana mereka telah merompak,membunuh dan membuat kacau di tempat awam.akhirnya geng ni tumpas setelah Gabe melaporkan kepada polis dan port mereka telah di berkas.
Dan ini menyebabkan perhubungan dua sahabat baik antara Hando dan Davey rengang kerana Davey pun dah jatuh hati kat Gabe.dan di akhir persengketaan mereka Hando telah di tikam oleh Gabe ketika Hando dan Davey bergaduh.

Info Skinhead :
*Skinhead adalah satu budaya yang wujud pada penghujung tahun 60an di England.mereka sebenarnya adalah buruh atau pekerja yang tetindas dari kelas bawahan terutamanya pekerja kapal/pelabuhan di England.pada awalnya mereka bukan lah Neo Nazi,cuma mereka suka memprotes akan ketidak puasan hati mereka dengan pendapatan gaji mereka yang rendah
*Setelah itu wujud muzik yang di panggil "Punk" atau "Oi"( frasa 'oi' ni selalu merujuk kepada cara mereka memanggil kawan2 atau orang2 yang mereka tidak kenali.di England,panggilan 'oi' kepada seseorang merupakan panggilan yang tidak sopan dan kurang ajar)selain dari tu ada juga yang di panggil muzik 'ska'.antara contoh muzik yang boleh di dengar ialah seperti "The Dead Kennedys","Black Flag" dan kumpulan punk lagenda England iaitu "Sex Pistols".
*Skinhead ni semakin berkembang di seluruh Eropah dan Amerika,mereka memperjuangkan apa yang di gelarkan "White Power" dan mereka ni anti dan benci kepada pendatang asing di England.sekitar tahun 60an dan 70an dulu memang ramai imigrant dari asia yang berhijrah dan bekerja di negara2 barat.mereka akan bertindak kasar dengan memeras ugut dan memukul pendatang2 asing ni.
*Skinhead terkenal dengan imej kepala botak,berjaket dengan lambang swastika Nazi,dan berkasut boot kulit,mereka juga sering mencetuskan pergaduhan ketika menonton perlawanan bola sepak.
*Kini Skinhead masih lagi menjadi budaya di seluruh dunia tetapi dengan memperagakan fesyen dan muzik mereka.

Aku tak rekomen movie ni pada mereka yang tak sukakan unsur keganasan dan carut mencarut.cuma sekadar hiburan je.apa pun lakonan Russel Crowe dalam movie ni memang terbaik lah.dan beliau jugak pernah memenangi oskar pelakon terbaik suatu ketika dulu.

dari skala 1-5,boleh bagi movie ni 2 bintang je. ;)

1 comment: