Sunday, 30 December 2012

Instrumental Metal

Dalam minggu ni je kebanyakkan masa aku kalau malam layan music instrumental/gitar hero je.sesekali layan muzik tanpa vokal ni pun best jugak.
Ni antara lagu yang menjadi penyedap halwa telinga aku 2-3 hari ni..heheh..

Iced Earth - Translyvania (Iron Maiden cover)
Ok la,mungkin ada sesetengah dari geng2 blog dah jemu ngan lagu ni,tapi versi dari Iced Earth ni aku suka,bunyi gitar dia lagi heavy dari versi asal,dan bass drum dia memang mantop!aku suka bunyi bass drum dalam lagu ni.hentakkan drum Brent Smedley memang best.

Dream Theater - Stream Of  Conciousness
Dari album DT 'Train Of Thought,lagu yang berdurasi 11 minit.punya la panjang,tapi memang layan abis.apa lagi yang nak di katakan kat instrumental ni.kerja gitar John Petrucci?,drum Mike Portnoy,keyboard Jordan Rudess dan bass line John Myung semuanya terbaik.

Blind Guardian - Beyond The Ice
Pada sesapa yang rindukan sound metal 80an,boleh layan instrumental ni,lagu dari band power metal German yang seangkatan dengan Helloween ni pun memang layan.lagu ni dari album kedua mereka yang terbit pada tahun 1989 "Follow The Blind'.album ni bertemakan ala2 cerita Lord Of The Rings gitu.baru je discover band ni.boleh tengok kat sini


Nightwish - Moondance
Lagu band symphonic metal dari Finland ni pun boleh tahan jugak.dan baru2 ni penyanyi utama Nightwish yang menggantikan Tarja Turunen (penyanyi asal Nightwish) yang bernama Annette Olzon pun dah keluar dari Nightwish jugak.kini Nightwish tengah cari penyanyi baru (kalo Ning Baizura aku rasa kena la kot)heheh..trek ni pun best,tak jemu di dengar.lagu ni dari album mereka yang bertajuk 'Oceanborn' terbitan tahun 1998.

Death - Voice Of The Soul

Tajuk memang ganas,tapi dengarkan lagu dia.petikkan gitar akustik/elektrik Chuck Schuldiner memang terbaik!takda bunyi instrument lain dalam ni.hanya gitar Chuck je.antara instrumental terbest of the best pada aku.

Try la layan satu persatu,mana satu pilihan hati?

Friday, 28 December 2012

Radio Zaman Sekarang

Oleh : Lea LipstikMerah




setiap hari bekerja
kita selalunya memandu kenderaan
naik motor.naik kereta.bus atau teksi
mesti pasang radio untuk membunuh kebencian traffik jam

or zaman moden pasang mp3. orang naik moto sekarang pun dengar radio
dunia makin moden
ok. ni nak cerita pasal radio

sejak zaman2 belajar lagi.
radio di Malaysia dah tak macam dulu kala

ada 5 benda yang nak di kata.
makin lama makin menjadi.

1- Prank Call sana sini!

Radio melayu or english. or maybe chinese dan india pun ada kot benda ni. Walau pun segmen itu sekejap,tapi bayangkan la, sekelip mata kisah peribadi kita di perdengarkan. even censored2 pun. mesti ada 30 orang yang kenal siapa yang kena tu. betul tak? pagi2 buat orang marah. boleh stress
Apa diorang ni tak ambil ikhtibar kes prank call turn worst yang terjadi kat Australia tu ke? sampai bunuh diri nurse tu.! Memang seronok kenakan orang, tapi untuk apa?

2- Gossip Girl

Zaman sekarang Kiah Propa pun layak masuk tv. masuk radio. Masyarakat kita dah di momok dengan 1001 program gossip. Melodi.Galaksi.Meletop.Propaganza. dan macam2 lagi. cerita yang sama. Entah betul ke tidak. Ini bukan fungsi radio. Sudah2 la bergosip di radio. Dah la gosip jenis taknak bagi tahu siapa pelaku. NAK MAIN2 HINT LA. bagitau je la nama! Kan senang. ini nak suruh orang spekulasi sana sini.

3- Kelayakan DJ

DJ zaman sekarang mostly pelawak2. tak salah nak berlawak. tapi bila dah penuh dengan pelawak2.
Baik wujudkan Radio Warna 132, khas untuk DJ2 berstatus pelawak. Then ada pula yang siap jadi kaunselor dengar masalah orang di radio. Si pemanggil sanggup dedah cerita di radio. "janji gua masuk radio" . Layak ke DJ tu dengar masalah dan ulas? Setakat bintang realiti SPM pangkat 3 terus jadi counselor.

4 -Info Traffic
Ini lagi satu perkara yg x berapa munasabah. kalau dah pagi tu mestila semua traffic jam. semua la station2 ni nak berebut2 report pasal keadaan traffic. secara amnya radio boleh je conclude " SEMUA JALAN JAM PAGI2 SEBAB SEMUA ORG NAK MASUK KL NAK PEGI KEJE OR SEKOLAH! SEKIAN HARAP MAKLUM"

5 - Iklan
   
Ya. Memang iklan untuk jana pendapatan radio.Tapi dalam masa 15minit. 3 lagu je dapat dengar.
Yang lain? Iklan dan artis2 bagi motivasi dekat pendengar, jangan bercinta time sekolah la. padahal SPM pun cukup2 makan. jangan itu la .jangan ini la.Sudah2 la. Kurangkan Iklan. Baik wujudkan Radio Iklan.


sejak dari hari itu

saya dengar  Klasik Nasional
Iklan pun sekali sekala. iklan yang cukup klasik
lagu pun best2

tolong. kembalikan fungsi radio
kami mahu dengar Pujaan Sepuluh Nescafe. hahaha

setuju atau bangkang?

Pendapat Aku : Selain mengarut dan tah hapa2,tatabahasa yang di gunakan pun hancus.terus terang,aku lagi respek dj radio melayu Singapura,tatabahasa yang dj2 sana gunakan memang terbaik dan teratur.

Thursday, 27 December 2012

W.Axl Rose : WAR Book


Oleh kerana laptop aku buat hal lagi,berjaya jugak la aku menghabiskan baca buku W.Axl Rose ni..heheh.bagi sesapa yang suka layan glam rock era 80an dan 90an,selain dari band2 glam rock popular era 80an dulu seperti Motley Crue,Poison,WhiteLion,Skid Row dan seangkatan dengannya,mesti layan Guns N Roses kan?pernah di labelkan sebagai 'The Most Dangerous Band In The World'.memang tak dinafikan,populariti Guns N Roses memang lebih popular dari band2 glam rock yang aku sebut tadi,dan salah satu nya frontman dia yang paling popular ialah penyanyinya iaitu W.Axl Rose.
Walaupun buku ni bukanlah official,tapi hasil tulisan Mick Wall memang terbaiklah.cerita dalam buku ni pun memang secara detail kisah hidup Axl ni.ada sesetengah pengkritik muzik dan peminat memberikan gelaran 'W.Asshole Rose'.sebabnya?kerana perangai Axl yang'rockstar' tu.pengkritik muzik juga menyifatkan Axl ni sama macam Steven Tyler (Aerosmith)di zaman kegemilangan Aerosmith dulu.

                            G N'R era Appetite For Destruction


Buku ni menceritakan kisah Axl dari zaman beliau kanak2,hinggalah beliau berjaya dan menjadi rockstar tersohor.sewaktu di zaman kanak2,beliau selalu di dera secara seksual oleh ayah tirinya,yang mengakibatkan beliau trauma sehingga dewasa.dia jugak tak pernah jumpa dengan ayah kandungnya William Rose.sebab tu lah dia guna nama W.Axl Rose tu.W tu singkatan dari nama ayah beliau William.bila meningkat remaja,beliau yang satu sekolah dengan Steven Adler (drummer asal GNR)mula jadi kawan baik,di kalangan member2 beliau kat sekolah,bukan lah di panggil Axl,nama gelaran beliau waktu tu ialah Bill.beliau dan Steven selalu jugak jamming,dan Axl ni amat meminati Elton John dan penulis lirik bagi lagu2 Elton John iaitu Bernie Taupin. dua orang legend ni la yang menjadi sumber inspirasi beliau dalam penulisan lagu dan lirik dalam lagu2 Guns N Roses.beliau dan Steven akhirnya mengambil keputusan untuk berhijrah ke LA,demi untuk mencapai cita2 untuk menubuhkan band dan merakamkan lagu..

Di LA,selepas 2 band yang beliau join tak berapa kena ngan taste beliau (salah satunya band L.A.Guns)Axl mula berkenalan dengan Izzy(juga kawan lama beliau)Duff Mckagan dan juga Slash,dan tertubuhlah Guns N Roses ni..EP pertama mereka 'Live like A Suicide' yang mengandungi 4 lagu.2 lagu original GnR,dan dua lagi lagu cover berjaya menarik perhatian peminat dan pengkritik muzik pada masa tu.Lepas tu bila rilis je 'Appetite For Destruction' dengan single 'Welcome To The Jungle' dan kemudianya 'Sweet Child O'Mine',album tersebut terus berada di carta pertama Billboard selama beberapa minggu.nama GnR menjadi sebutan di seluruh pelusuk dunia,kerana album tu jugaklah,Axl mula berubah dan dah mula menunjukkan tanda 'rockstar' beliau tu..hehe..buku ni kebanyakkannya menceritakan dark side Axl je,yang sweet side tak berapa banyak.mungkin Mick Wall ni memang nak 'Get In The Ring' agaknya (lagu tu kan ada mention nama dia)
Gambar2 Axl.yang kena tangkap,dalam court,dan jugak masa dapat award kat MTV video music awards


Axl di tahun 2000an.gambar dia nak bergaduh ngan Tommy Hilfinger pun ada.Buckethead (gambar atas kiri) pun pernah jadi gitaris GnR sekejap.

Buku ni makin best baca bila dah masuk bab GnR dah makin femes.antaranya :
-Perangai rockstar Axl semakin menjadi2 apabila melakukan tour,bilik persalinan Axl mestilah hanya untuk beliau seorang dan di asingkan dari ahli band yang lain.begitu juga dengan pengangkutan,Axl nak tour bus dia sendiri,tanak campur dengan geng  GnR yang lain.segala2nya hendak di asingkan dari ahli band yang lain
-Ada psychical doktor sendiri,asisstant sendiri,ada 'tuan penasihat',yang akan mengikut Axl kemana saja ketika tour GnR berlangsung.(betul2 macam raja!)
-Axl selalu tiba lewat kat tempat konsert yang akan di langsungkan,paling lewat 3 jam,kerana kelewatan beliau juga lah yang buatkan ahli band lain tensen ngan beliau,dan kerap juga lah berlaku rusuhan boleh di katakan di setiap konsert Gnr,sebab utama selalunya Axl selalu membatalkan konsert di saat akhir,kadang2 penonton dah penuh dalam stadium,tiba2 konsert batal,alasannya Axl sakit tekak..hehe
-Konfontrasi beliau dengan beberapa selebriti,antaranya Vince Neil (Motley Crue).Vince siap cabar Axl ajak bertumbuk siap suruh Axl tetapkan kat mana tempat yang boleh diorang bertumbuk.Axl jugak tak suka pelakon Warren Betty,pasal wife Axl Stephanie pernah couple dengan Warren Betty tu siap tuju lagu 'Double Talkin Jive' kat Warren..hehe.dengan Kurt Cobain (Nirvana) ada jugak.Axl sebenarnya memang peminat tegar Nirvana,pernah jemput Nirvana untuk main kat brithday partynya,dan juga jadi opening untuk tour GnR/Metallica,tapi di tolak oleh Nirvana.tu ynag buat Axl bengang,siap kutuk Cobain ngan Nirvana,Kurt Cobain balas dengan mengatakan 'attitude rockstar Axl tu sebenarnya dah lapuk di telan zaman,dia pun dah benci dengan perangai rockstar Axl tu,bukan Axl sorang je yang macam tu,sebelum Axl pun ramai lagi yang sama perangai macam Axl.makin bengang la abang Rose kita tu..heheh.
-Axl jugak pernah bergaduh dengan pereka fesyen terkenal Tommy Hilfinger,masa tu diorang gaduh kat birthday party pelakon Rosario Dawson.puncanya kerana Axl meletakkan air awek Tommy ni kat tempat lain.(ada versi mengatakan Tommy ni memang sengaja cari pasal ngan Axl).selain daritu ada juga berlaku perang mulut antara Axl dengan ahli band Velvet Revolver (Slash,Duff,Matt Sorum dan Scott Wieland (Stone Tempel Pilots)
-Kes saman menyaman antara ahli2 GnR terhadap Axl antaranya Izzy Stradlin,Steven Adler,Gilby Clarke,Matt Sorum,Duff Mckagan dan juga Slash.kebanyakkannya pasal royalti lagu2 dari album2 GnR.

Antara gambar2 Axl sewaktu menyepikan diri selepas perpecahan GnR.siap tukar stail rambut tu.gambar kanan bawah tu beliau bersama 'Beta',pembantu rumah beliau.

Selepas Axl memecat kesemua anggota GnR,dan keruntuhan rumahtangganya,beliau terus menyepikan diri,dan melarikan diri dari media,hanya menghabiskan masa di rumah mewahnya di Malibu.beliau hanya di temani pembantu rumahnya yang bernama 'Beta' pembantu rumah ni la yang Axl anggap mak dia,pakar motivasi dia,dan pengurus peribadi dia,Axl selalu meminta nasihat dan meluahkan segala masalah dia terhadap pembantu rumah dia ni..
Lepas tu baru Axl buat comeback dan mengumumkan akan rilis album yang berjudul 'Chinese Democracy'(sehingga buku ni di tulis,album tu pun tak di riliskan lagi hingga beberapa kali Axl umumkan kat website GnR pasal tarikh album tu akan di riliskan)

Buku ni mungkin memang Mick Wall nak menghentam abang Rose ni,dan mungkin juga untuk memberi peringatan dan pengajaran kepada rockstar lain agar berpijak di bumi nyata bila dah terkenal dan femes.
So,pada peminat Guns N Roses dan juga bagi peminat abang Rose,boleh la dapatkan buku ni.buku ni aku beli kat Book Excess Amcorp Mall,tu yang murah..

Saturday, 22 December 2012

Cerita Sepanjang Minggu

"Dari Abu Hurairah RA: Dari Nabi Muhammad SAW, beliau bersabda: Kiamat tidak akan terjadi sebelum dibangkitkan dajjal-dajjal pendusta yang berjumlah sekitar tiga puluh, semuanya mengaku bahwa ia adalah utusan Allah."

Sejak seminggu yang lalu,kat Facebook,kat blog,dan macam2 website lagi yang bercerita tentang hari kiamat atau lebih di kenali dengan 'Armageddon' 'The End Of The World'.mereka yang aku rasa berakal,terpelajar,tiba2 jadi bodoh apabila di war2kan dengan cerita ni sejak penghujung tahun 2011 dan sepanjang tahun 2012 ni.ada antara mereka ni fobia,takut,ada antara mereka ni cuba membuat kajian bagaimana untuk mengelakkan kiamat ni berlaku.saintis2 di barat cuba sedaya upaya untuk mengelakkan berlakunya kiamat ni.di China,seorang lelaki telah membina bola gergasi mirip kepada bahtera Nabi Nuh a.s. demi untuk menyelamatkan diri dari kiamat kononnya..
Puncanya,hanyalah daripada teori dari barat yang mengatakan hari kiamat akan terjadi pada hari semalam 21/12/2012.dari mana teori ni di dapati?dari kalendar primitif kaum Mayan/Maya dan juga dari peramal masa depan,seorang lelaki dari Perancis berketurunan yahudi iaitu Nostradamus.ternyata ramalan mereka tidak tepat dan mereka sebenarnya bukanlah Allah SWT tuhan yang menguasai seluruh alam semesta ni.kadang2 aku pun pelik tengok perangai manusia yang terpelajar,bijak dan tinggi IQ nya tetapi pada masa yang sama tiba2 menjadi bodoh dengan perkara bidaah seperti ini.moga kita semua mendapat manfaat dengan apa yang berlaku pada hari ni..

                                          Mark Collie - In Time


So cerita yang kedua pulak pada minggu ni kisah tentang penderaan kanak2.minggu lepas,aku minum petang dengan member satu tempat keja aku,beliau ni tunjukkan la ada satu video yang rakan FB beliau tag kat dia,dia cakap dia tak sanggup nak tengok,aku tanya la video apa,terus dia suruh aku tengok sampai abis.berdurasi lebih kurang dalam 8 minit gitu.


Apa dosa budak tu sampai kena pukul teruk macam tu?kena tampar,kena pijak,kena lempang,kena lempar atas kerusi,kena pukul dengan senduk,kena pukul dengan bekas muruku,dan macam2 lagi lah.budak tu meraung2 minta belas kasihan tapi tak di pedulikannya.tapi bak kata Rajnikhanth,langit tak selalu cerah..dan akhirnya..

Beliau telah di tangkap dan di hadapkan ke mahkamah.ni yang aku baca dalam Metro 2 hari lepas,rupanya,selepas je video tu tersebar kat Youtube,tindakkan pantas pengguna intenet telah melaporkan salah laku ni kepada Polis.dan tindakkan pantas polis di Klang berjaya memberkas lelaki yang di dakwa memiliki 2 isteri bekerja sebagai mekanik.dan budak yang beliau dera tu ialah anak tiri beliau.budak tersebut kini di tempatkan di bawah penyeliaan Jabatan Kebajikan Masyrakat di Klang,dan lelaki tersebut tidak di benarkan ikat jamin,kerana di khuatiri akan mencederakan budak tersebut.baguslah kalau macam tu.tapi kalau ikut pada aku lah,hukuman yang patut di kenakan kat dia ialah apa yang dia dah buat kat budak tu,buat balik kat dia,tapi di buat secara beramai2 oleh lelaki yang badan tegap dan sasa.baru dia tau macam mana dia rasa apa yang dah dia buat kat budak tu kan."Cha,kepala batu besar juga ada duduk ka cha?"

Last sekali,
Cerita pasal pergaduhan yang di katakan pergaduhan antara 2 kumpulan kongsi gelap di utara semenanjung baru2 ni,yang boleh di katakan kecoh jugakla beberapa hari yang lalu kat intenet ni.aku pun heran apa yang diorang ni gaduhkan?nak tunjuk yang kau tu power?kuat?taiko?.pelik sungguh aku,apa yang korang dapat dengan menghuru hara kan keadaan macam tu sekali?juga sekumpulan manusia yang aku rasa bodoh jugak.
So,pada mereka ni aku nak cakap satu je lah,kalau dah rasa terer,power,taiko,senang cakap,memang ko ni bapak segala gengster lah kan,daripada korang dok buat kecoh gaduh2 macam tu,apa kata kalau korang semua ni pegi GAZA,bantu PALESTIN lawan ISRAEL kat sana tu,ada jugak manfaat nya.dan yang pasti pada aku hanya 2 je,sama ada diorang ni berani lawan Israel tu,ataupun kecut perut dan dengan 'telor' diorang sekali yang kecut! Bahalol punya orang!

*maaf,kalau terkasar bahasa..hahah..

Friday, 21 December 2012

Rise And Fall Of WCW


Yang ni sebenarnya versi sedut,puas jugak la aku cari dvd ni kat kedai,takda jual.setelah payah sangat nak jumpa,akhirnya versi sedut juga lah altenatif terakhir..heheh..
Aku gerenti semua geng2 blog ni dulu dari zaman kekanak riang mesti suka gustikan.hero2 gusti yang popular sekitar 80an dulu seperti Hulk Hogan,Andre The Giant (mendiang) Macho Man (mendiang) Sgt.Slaugther (watak beliau telah di adaptasikan dalam kartun popular era 80an iaitu G.I.Joe),Yokozuna (besar bagak dia ni,pun dah mati jugak)dan Undertaker (masih lagi aktif bergusti).kejayaan sukan hiburan ni yang telah di pelopori oleh World Wrestling Federation WWF (kini WWE) yang telah mendominasi sukan hiburan ni sejak era 80an lagi telah mewujudkan satu lagi syarikat yang juga dalam sukan hiburan yang merupakan pesaing WWF ketika itu iaitu WCW (World Championship Wrestling).

Dvd ni menceritakan dari awal hingga akhir bagaimana jatuh bangunnya WCW dan akhirnya WCW telah di beli oleh WWE.WCW pada mulanya di kenali sebagai NWA kepunyaan Jim Crocket Promotions yang telah di beli oleh Ted Turner (juga di kenali sebagai Time Warner)sehingga pada awal 90an, apabila WCW telah di terajui oleh Eric Bischoff,dan beliau telah melakukan perubahan dalam WCW.ramai bintang2 dari WWE telah berhijrah ke WCW dengan bayaran yang lumayan.antaranya Hulk Hogan.WCW mendapat rating tetinggi dalam siaran tv kabel di seluruh US selepas Hulk Hogan berada di WCW.ini telah menyebabkan rating di WWE jatuh menjunam.dengan perpindahan ahli2 gusti ternama ke WCW temasuk penulis kreatif untuk story line WWE iaitu Vince Russo juga telah berpindah ke WCW.pada ketika itu ramai penggusti WCW lebih di kenali berbanding di WWE seperti Bill Goldberg,Kevin Nash & Scott Hall (trio tag team terbaik di wcw)Booker T,Scott Steiner,Jeff Jarret,Bret The Hitman Hart,Ric Flair dan juga Sting.

                                   logo WCW sebelum di beli oleh WWE

WCW semakin terkenal dan makin mendapat rating tertinggi dengan wujudnya NWO (New World Order) yang di dominasi oleh Hulk Hogan,menampilkan penggusti2 ternama yang kononnya akan mengambil alih teraju WCW (yang sebenarnya hanya gimik untuk jalan cerita dalam wcw).ini menyebabkan WWE telah mewujudkan 'WWF Attitude' (tiada lagi cakap bertapis ketika rancangan ni ke udara,mencarut,caci maki semua dah ada dalam WWE)dan ikon WWE pada ketika itu ialah Stone Cold Steve Austin dengan trademark dia yang suka tunjuk jari tengah,suka minum beer,mencaci maki siapa je yang dia suka,tidak pedulikan undang2 hingga beliau bekonfontrasi dengan pemilik WWE Vince Mcmahon (yang sebenarnya juga jalan cerita untuk promosi tersebut).
WCW telah berada di ambang kehancuran apabila penggusti2 kelas B di promosi tersebut telah di ketepikan hak mereka,dan menyebabkan bintang2 gusti kelas B tersebut telah berhijrah ke WWE,dan di berikan acara utama oleh WWE seperti Chris Jericho yang menang World Heavywieght Champion yang beliau telah di ketepikan hak untuk sebarang kejuaraan merebut tali pinggang di WCW.
WCW juga telah mengalami kerugian yang banyak kerana membayar gaji bintang2 ternamanya yang kadang kala hanya sebulan sekali muncul dalam acara2 di WCW,masalah dalaman sesama penggusti yang belaku di sebalik tabir dan juga berlaku di dalam gelanggang.(sama macam kes Bret Hart ngan Shawn Michaels dulu)antara Hulk Hogan,Jeff Jarret dan Vince Russo.bole baca kat sini.
Masalah demi masalah dan juga rating siaran yang semakin menurun,yang menyebabkan kerugian berlipat ganda,akhirnya WCW telah di beli oleh WWE.segala akrib perlawanan,hakcipta,product WCW semuanya telah menjadi milik WWE.kini WWE lah yang telah menguasai sukan hiburan ni dan terkenal di seluruh dunia.

Dokumentari ni kira best jugak lah..kalau peminat baru memang taktau WCW ni pernah wujud dan pernah menjadi pesaing hebat WWE.ada jugak perlawanan klasik WCW yang terbaik seperti Ric Flair lawan Sting,Hulk Hogan  lawan Macho Man.pada siaran akhir WCW Monday Nitro 26 Mac 2001,perlawanan antara Ric Flair dan Hulk Hogan sebenarnya telah di request oleh Vince Mcmahon yang di katakan perlawanan klasik.
So,pada peminat wrestling,terutamanya peminat2 lama silalah layan tak kisah la yang versi sedut ke,nak beli dvd dia ke,memang di rekomended layan Rise And Fall Of WCW ni.

                                         Rise And Fall Of WCW Trailer


Monday, 17 December 2012

My Way (2011)


Memang aku benci KPop,memang aku benci Gangnam,tapi kalau filem2 dari Korea terutamanya yang berunsurkan sejarah seperti perang ke,memang aku suka..hehe..filem ni di katakan filem termahal Korea dengan kos 3 juta.tengok je lah tagline dia 'The most powerful war film since Saving Private Ryan'.tu memang tak di nafikan.babak perang dia memang terbaik,sama macam dalam filem Saving Private Ryan tu.

Filem ni bukan setakat perang je,tapi penuh dengan nilai2 kemanusiaan.kalau tengok tanpa 'subtitle' pun kita masih lagi boleh menhayati jalan ceritanya.mengisahkan tentang dua lelaki dari dua negara(Jepun dan Korea)diorang ni dari kecik lagi memang tak ngam,dan kedua2nya aktif dalam sukan lumba lari.sehinggakan pada suatu ketika si mamat jepun ni siap banned mamat Korea ni dari menyertai mana2 sukan lumba lari di Korea.sehinggalah bila diorang ni dewasa dan menyertai tentera ketika perang dunia ke 2,mamat jepun ni tak habis2 dengan hasad dengkinya kat mamat Korea nih..heheh..

Filem yang berdurasi 119 minit ni memang tak membosankan.babak perang dia memang terbaik,real,memang sama standard dengan filem2 perang Hollywood.sesapa yang tak pernah tengok movie ni,terutama pada incik bro Faizal Skudal yang minat sejarah perang,kena layan.wajib tonton.jangan bimbang,takda lagu Gangnam ataupun Kpop dalam soundtrack movie ni..heheh..


*3/5 Star.(dvd tu versi ampang pressing..heheh)

                                          My Way Trailer

Friday, 14 December 2012

Megadeth - Countdown To Extinction 20 Anniversary Boxset

Rasanya server blog ni ada biol sikit la..aku dah publish tadi tapi takda kat page..


Baru je beli kat Rock Corner minggu lepas..







Secara peribadi,dalam banyak2 album Megadeth,album yang paling aku suka ialah album Countdown ni.sebabnya ni adalah antara line up terbaik Megadeth.Dave Mustaine,Marty Friedman yang solo dia best2 kat dalam album ni,bunyi double pedal Nick Menza,dan bass David Ellefson.sempena 20 tahun album ni,Megadeth keluarkan edisi boxset pulak.apa yang ada dalam boxset ni :


Buka je boxset ni,keluar la 4 keping gambar berukuran poskad ni.gambar yang memang klasik,zaman metal awal 90an.album Countdown ni pun di riliskan pada tahun 1992.kata abang Mus,album ni jawapan dia pada Black Album (Metallica) yang rilis pada 1991 dulu.lagi pun dulu Megadeth ngan Metallica kan 'musuh tradisi'..heheh..


Booklet.cerita di sebalik pembikinan album Countdown ni.menarik jugak.versi yang ni takda lirik lagu.cuma gambar2 band members je yang ada..

Megadeth dengan line up klasiknya..gambar2 konsert diorang.

 Haa..tu dia abang Mus kita..ini macam baru rokkk..heheh

 dalam boxset ni jugak dapat poster gambar Vic Rattlehead tu.macam beli kaset zaman 80an pulak siap dapat poster..heheh..



Ada 2 discdalam boxset ni.cd yang 1st,album Countdown To Extinction,cd ke 2 pulak live Megadeth tahun 1992.Live At The Cow Palace San Francisco (kandang lembu?)cd yang pertama tu takyah la nak cerita,tracklist yang ada dalam live cd ni pun lagu semua best2.
1.Intro
2.Holy Wars..The Punishment Due
3.Skin O' My Teeth
4.Wake Up Dead
5.Hangar 18
6.Countdown To Extinction
7.Foreclosure Of A Dream
8.This Was My Life
9.Lucretia
10.Sweating Bullets
11.In My Darkest Hour
12.The Conjuring
13.Tornado Of Souls (konsert ni memang abang Mus kurang nak bebual ngan penonton,tapi lepas lagu ni abang mus marah penonton,pasal baling macam2 benda kat pentas..heheh..tu pasal la dia tunjuk jari tengah tu kot)
14.Ashes In Your Mouth
15.Symphony Of Destruction
16.Peace Sells
17.Anarchy In The UK


ni je lah yang ada dalam pakej boxset ni.apa pun album Megadeth yang ni memang terbaikk..

server blog atau line aku yang bermasalah ni?