Tuesday 17 November 2015

The Last Of Us Remastered ( PS4 )




Antara game terbaik keluaran Sony Computer Entertainment yang pernah memenangi pelbagai anugerah dalam berbagai kategori dalam anugerah permainan video dan konsol di Amerika dan England.game ini pertama kali di keluarkan di pelantar permainan konsol Playstation 3.oleh kerana ianya memenangi anugerah 'Game Of The Year' dan juga mendapat pujian melambung2 dari pelbagai akhbar dan majalah di seluruh dunia,pihak Sony telah meriliskan dan remastered semula game ini untuk pelantar konsol Playstation 4.

The Last Of Us merupakan game yang agak menarik.untuk menghabiskan keseluruhan permainan dalam game ini serta jalan ceritanya,hampir sebulan juga aku nak menghabiskan keseluruhan game ini.game ini mengisahkan tentang zombie apokalips,(jalan ceritanya sama seperti The Walking Dead,tapi lebih menarik) Joel dan Ellie merupakan antara yang terselamat ketika virus zombie meletus,mereka juga mempunyai misi,Joel kena pastikan Ellie selamat untuk sampai ke Salt Lake City,yang mana darah dalam tubuh Ellie boleh di jadikan vaksin untuk selamat dari gigitan dan jangkitan zombie.

Lain-lain yang best dalam game ni :

-Grafik memang superb.memang cantik gambaran post apocalyptic dengan view serta scene yang bertukar kadang kala suram,kadang langit cerah dan kadang2 mendung.

-Ekspresi muka bagi watak2 dalam game ini juga menarik,seolah2 macam real je,dengan enjin grafik terbaik dari Sony maka tak hairan la game ni boleh menang 'Game Of The Year'.

-Gameplay dan jalan cerita memang puas hati,sama macam kita menonton filem,tetapi pelakonnya kita kena gerak kan sendiri.setakat ini jalan cerita dalam game ini antara yang terbaik.

-Dengar khabar filem berdasarkan dari game ini juga akan di keluarkan tak lama lagi kemungkinan akan di arahkan oleh Sam Raimi (Evil Dead,Spiderman 1,2,3 Army Of Darkness)

-Bahagian kedua game ini kemungkinan akan di riliskan pada tahun hadapan juga.

Apa pun game ini antara game yang terbest yang pernah aku main.dengan jalan cerita yang menarik dan grafik yang mantap.memang melalaikan..heheh..


8 comments:

  1. Review yang sangat terbaik pasal ikhlas.
    - melalaikan,
    tu yang win tu. Hahaa

    ReplyDelete
  2. dah pencen main game...aku tunggu movie ajer la...

    ReplyDelete
  3. Teringin nak main PS balik,
    Dulu gemor main Tekken.

    ReplyDelete
  4. Saya tak boleh main game kacam ni, rasa nak demam.
    Game Tekken ajer ler. :-)

    ReplyDelete
  5. saya tak pandai main game yang menggunakan joystick mcm PS. game PC ok la hahaha tapi... saya dah tonton walkthrough dia. hahaha! Ada watak gay! daymmmm! terbaik! zombie yang original daripada fungus, last2 zombie jadi cendawan hahaha!

    ReplyDelete