Sambungan dari Ilusi Sebuah Mimpi dari Berteromber
Merupakan album terakhir dari Bloodshed yang telah di tukarkan nama kepada Blackshed setelah Rosdan (penyanyi asal Bloodshed) keluar dari band ini,di gantikan dengan penyanyi baru yang aku pun sendiri tak tau siapa namanya..heheh..masa album ni keluar dulu aku memang tak ambik tau sangat.sekali imbas tengok cover album ni macam ala2 album King Diamond pun ada.
Untuk album ini,imej rock kapak diorang dah takda.jadi rockers smart la pulak.berbeza dengan album 'Ilusi Sebuah Mimpi' dan 'Samarkand' stail muzik mereka pun dah berubah sedikit,tak macam kedua album yang di terbitkan pada 80an dahulu.mungkin ketiadaan Hamdan juga merupakan faktor lagu2 dalam album ini agak kurang menarik.
Dari segi soundnya ok lah,walaupun bersumberkan dari piring hitam.lagu yang paling popular selalu keluar di radio dulu ialah 'Menggenggam Bara' lagu ciptaan M.Nasir.cuma yang tak best album ni ialah lagu pertama yang bertajuk 'Fillo Bercandi' ialah lagu slow rock.intronya seakan2 lagu 'Hallowed Be Thy Name' dari Iron Maiden.track kedua 'Villa Misteri' jeritan suara vokalisnya macam kena paksa jerit untuk lagu yang bernada tinggi.lagu 'Bermuda' pulak intro nya sama macam lagu King Diamond,rasanya diorang ni mungkin minat King Diamond jugak kot?
Overall album ni ok la walaupun vokalis macam tak kena je nyanyi lagu2 rancak,cuma kena dengan lagu slow macam 'Menggenggam Bara' dan 'Fillo Bercandi' tu.lagu2 dalam album ini juga kebanyakkannya di cipta oleh Blackshed sendiri.pada aku album terbaik Bloodshed cuma 'Ilusi Sebuah Mimpi' dan 'Samarkand' tu je.
setuju...suara penyanyinya macam terseksa jer bunyinya bila nyanyi lagu heavy yang tinggi...
ReplyDeleteok ni aku skip selepas baca. haha
ReplyDeleteKenapa aku selama ni fikir Bloodshed tukar jadi Blackshed pasal nak elak kena gam ngan Malaysia nye Broadcasting body dulu?
ReplyDeleteBetul.tu pun salah satu punca napa diorang tuka nama band ni.dengar cerita mcm tu lah
DeleteBlackshed tukar sbb penyanyi kot...ntah la.hahaha apapon ku suka cover album ni dan album2 bloodshed yg lain...lagu2nye? Aku cuma pernah dgr harimau ngan bermuda je...lain2 tak kenal
ReplyDeleteBlackshed tukar sbb penyanyi kot...ntah la.hahaha apapon ku suka cover album ni dan album2 bloodshed yg lain...lagu2nye? Aku cuma pernah dgr harimau ngan bermuda je...lain2 tak kenal
ReplyDelete