Thursday, 12 November 2015

Zulkif - Misteri Api,Air & Angin Vinyl (1990)

Aku pernah sebut pasal album ni kat entri Hillary haritu..






Sabtu lepas ketika aku sibuk 'carigali' rekod kat kedai uncle Joe,tanpa di sangka2 boleh terjumpa album ni terselit di celah2 rekod sountrack.(aku rasa mesti ada orang yang sembunyikan kat situ sebab nak beli..heheh) dah memang rezeki,dapat dengan harga yang betul2 murah,(cuma rm40) dengan kondisi rekod yang cantik tanpa berlengah aku terus ambil dan bayar,hilang kisah aku nak beli sountrack piring hitam pada mulanya..heheh..






Zulkif merupakan pemain gitar kumpulan Headwind yang pernah popular pada era 80an dahulu.beliau juga merupakan producer dan juga sessionist untuk kerja2 rakaman di studio.kalau sesiapa masih ingat kumpulan Black Rose yang pernah popular dengan lagu 'Penantian' tu dulu,Zulkif lah penerbit bagi album Black Rose dan juga bermain gitar dalam album itu.solo yang menarik dalam lagu 'Penantian' itu lah hasil dari petikan gitar beliau.







Walaupun nama beliau kurang di kenali dan tak sehebat Man Kidal atau pun Hillary,Zulkif sebenarnya seorang gitaris yang hebat,kerja gitar beliau dengan gabungan rock n roll dan sedikit pengaruh jazz untuk album ini memang best,kerja gitar untuk album ni memang lain jika hendak di bandingkan dengan kerja gitar beliau untuk album Black Rose.sebab album ini memang mengikut citarasa beliau.selain menjadi penerbit untuk album ini,beliau juga menyanyikan sendiri setiap lagu dengan bantuan pemuzik dan penyanyi latar hebat seperti Hattan,Fairuz Hussein dan Shima.



condition rekod nasib baik ok takda calar





side A





Side B


Aku suka lagu yang beliau medleykan dalam album ini,agak heavy dari versi asal,lagu 'Rentak Ke Tujuh' juga menarik,bunyi gitar dan solo nya smooth je.pengaruh blues yang jelas dalam lagu intrumental 'Misteri Api,Air & Angin' ala2 macam Gary Moore pun best.

Kalau dulu pernah memiliki versi kasetnya,tak sangka pulak boleh dapat versi piring hitam ni.antara album gitar solo yang best pada era 90an selain Hillary.kalau album ini di reissue balik pun bagus juga.

7 comments:

  1. I have never seen this before.
    Happy for you.

    ReplyDelete
  2. aku ingat kecik2 dulu waktu headwind main HMI (hiburan minggu ini), zulkif solo gitar lagu setia (demi negara...) turun naik area penonton (fuh dah ada wireless ke time tu? atau tarik kabel panjang2)

    ReplyDelete
  3. Untung le murah...aku pernah junpa LP ni kat Penang dengan harga cekik darah...

    Btw...aku suka kerja gitar dia dalam album Blackrose

    ReplyDelete
  4. Nk kena terjah tu kdai uncle Joe...

    ReplyDelete
  5. Aku suka lagu SUARA OH SUARA...
    bukan dari album ni eh?

    Apapun kalau tengok Zulkiff perform memang best, aku rasa Umarul IKLIM follow style dia kalau perform

    ReplyDelete