Saturday, 14 November 2015
The Man From U.N.C.L.E (2015)
Antara movie yang sempat tengok baru2 ni..
The Man From U.N.C.L.E adalah filem bergenrekan spy comedy yang bedasarkan dari drama bersiri yang pernah di tayangkan pada tahun 60an.tv Malaysia juga pernah menyiarkan drama bersiri ini,ketika aku masih budak2 lagi.singkatan bagi U.N.C.L.E adalah "United Network Command For Law And Enforcement".drama bersiri dan watak2 dalam cerita ini di cipta oleh Ian Fleming,orang yang sama mencipta watak James Bond,patut la jalan ceritanya pun lebih kurang ala2 James Bond juga.
Filem ini mengisahkan Napoleon Solo (Henry Cavill)seorang perisik dan juga penyeluk saku profesional dari Amerika dan Illya Kuryakin (Armie Hammer) seorang perisik KGB Russia telah di tugaskan untuk menyiasat seorang Nazi yang mempunyai senjata nuklear,tugas mereka untuk menghapuskan doktor tersebut dan menghalang mereka untuk membangunkan senjata nuklear tersebut.berbagai kejadian yang agak lucu berlaku sepanjang mereka melakukan tugasan dan siasatan.agak menarik juga komedi spontan yang di lakonkan oleh Henry Cavill (Man Of Steel,Immortals) dan Armie Hammer (Lone Ranger,The Social Network)
Memang agak menarik juga jalan cerita dan lawak spontan yang mereka lakonkan,cuma aura James Bond tu ada sikit2 dalam filem ini.lawaknya pun lebih kurang macam filem 'Sherlock Holmes' lagi pun pengarah filem ini juga dari orang yang sama iaitu Guy Ritchie.
Kalau rasa nak layan movie yang berlatarkan era tahun 1960an,boleh layan filem ini.
*3/5
Labels:
Movies
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
menarik ni hehe
ReplyDeletebelum tengok lagi..
ReplyDeletepelakon nampak menarik..
Ya aku ingat zaman dulu ada hitam putih nye show... man from uncle
ReplyDeleteMasuk list untuk ditonton. Tq
ReplyDeleteAlaa trlepas movi ni..bru tahu ...
ReplyDelete