Friday, 27 November 2015

Harum Sundal Malam

Entri malam jumaat..(malam mengasah ilmu bak kata pendekar mustar)




Bunga harum sundal malam..kenapa ia di namakan sedemikian?kerana bunga ni hanya mekar dan berbau harum pada waktu malam.bunga harum sundal malam ni di percayai berasal dari Amerika tengah dan nama saintifik nya adalah "Polianthes Tuberosa".aku pun tak tau kenapa bunga ni di namakan sedemikian rupa.boleh di kaitkan dengan nama "sundal" pulak kan..bunga ni juga walaupun kecik,tapi bila malam ia akan mengeluarkan bau yang sangat kuat dan wangi.

Bunga ni memang popular di seluruh nusantara hinggakan penerbit filem Suhaimi Baba ada mengeluarkan movie yang bertajuk Pontianak Harum Sundal Malam.dan di ceritakan juga pada zaman dulu bunga ni selalu di gunakan untuk tujuan mistik dan untuk ilmu hitam.pertama kali aku dengar nama bunga ni aku jadi hairan,napa bunga ni di namakan Sundal Malam eh?aku pernah jumpa bunga ni masa aku stay kat satu resort kat Terengganu dulu.pekerja resort tu yang bagitau aku ni la bunga sundal malam.dia cakap kalau malam bunga ni mekar dan mengeluarkan bau yang harum.so,malam tu aku cuba cium bau bunga ni..memang wangi.bau dia je dapat di hidu dalam jarak lebih kurang 50 meter la..memang kuat bau dia,sampai kan meremang bulu roma aku bila hidu bau bunga ni..pasal aku teringat cerita Pontianak Harum Sundal malam tu..heheh..nasib baik la time tu aku tak keseorangan,kalau tak takut jugak aku..hehe.




Bunga ni menjadi semakin misteri dan seram bila aku dengar macam2 orang cakap pasal bunga ni mesti di kaitkan dengan hantu,pontianak,macam2 lagi la.heheh..macam2 mitos yang aku dengar tentang bunga ni,selain tu bunga ni pun ada jugak ceritanya dalam movie Hong Kong aku lupa tajuknya, tapi ada nama Whitetube Rosa pun nama bunga harum sundal malam ni jugak.

Baru2 ni aku ada terbaca satu forum kat internet tentang bunga ni akan di kormersialkan.dan ada juga peminat2 bunga (sudah tentu nya perempuan)yang sibuk mencari benih harum sundal malam ni untuk di tanam di rumah.bunga ni juga ada terdapat di bangunan2 pejabat dan juga lobi2 hotel kat Malaysia ni.mungkin kerana bau nya yang harum pada waktu malam untuk menyegarkan udara di sekitarnya kalau dari segi saintifiknya.walaupun nama nya bila dengar kadang boleh meremangkan bulu roma,tetapi sebenarnya bunga ni bagus kalau kita kaji dari segi saintifik.takyah lah nak fikirkan pasal tahyul,mitos tentang bunga ni..walau nama nya nampak macam "sundal" tetapi bunga ni dah menjadi lagenda di seluruh nusantara.so lepas ni tak payah la kita nak takut lagi dengan bunga ni..bila dengar je nama bunga ni,kita jadi takut dan seram..bunga ni tak berdosa dan takda kena mengena dengan hantu jembalang pun.buang semua fikiran tahyul dan karut tu.

Bunga melati indah bertaut,
Sundal malam harum menyengat;
Benarkah hati sudah terpaut,
Siang malam nama teringat.


p/s : kitar semula punya entri :p

9 comments:

  1. Aku baca posting ni aku dah me ggigil takut.
    ni bunga hantu wei...

    ReplyDelete
  2. baru aku tau ni bunga harum sundal malam....hahahaah selama x perasan..

    ReplyDelete
  3. aku cuma nak jawap pantun ajer...

    Pohon mawar tidak berbaja,
    Ditiup bayu layu terkulai;
    Kala mekar bunga dipuja,
    Bila layu tiada nilai.

    ReplyDelete
  4. baru aku tahu sundal malam tu bunga.. adoiii

    ReplyDelete
  5. kalau tanam kat ofis... kompom balik awal... bau aje teringat hantu...hahaha

    ReplyDelete
  6. Klu bunga tek ayam pula...xde pulak bau mcm taik ayam...lgk pelik...hehe

    ReplyDelete
  7. Kesian tumbuhan ni kena panggil sundal.. Huhu

    ReplyDelete