Sunday 1 November 2015

Ekamatra - Satu Tekanan Irama (1989) Reissue 2015

Lagi album reissue yang ada di pasaran..





Seingat aku abang aku pernah beli album ini dalam bentuk kaset pada tahun 1989,album ini agak 'meletup' juga la di tempat aku di Segamat Johor pada ketika itu,yelah,band ni kan dari Johor.macam Berteromber pernah kata,sekitar penghujung 80an memang agak sukar dah nak jumpa 'kaset pirate' atau pun dulu orang panggil 'kaset apache'.tapi kertas kasetnya kalau keluaran EMI memang menggunakan kertas yang berkualiti la..







Album pertama Ekamatra ini boleh di katakan album yang memperkenalkan pemain gitar era 90an antara pemain gitar terbaik di Malaysia iaitu Shahrul.kebanyakkan lagu dalam album ini juga hasil ciptaan beliau.walaupun ramai yang ingat lagu 'Pusara Di Lebuh Raya' 'Sentuhan Kecundang' dan 'Hanya Satu Persinggahan' (terus terang memang aku tak suka ketiga2 lagu ni) tapi sebenarnya album ini menampilkan kerja gitar yang bagus dari Shahrul,walaupun agak di bayangi oleh Malmsteen.




susunan lagu tak sama macam versi kaset



Lagu2 rancak dalam album ni memang terbaik,sesuatu yang boleh di katakan agak fresh pada ketika itu,aku suka lagu instrumental 'Ekamatra' lagu ciptaan Shahrul yang menampilkan solo beliau yang bergulung2 ala Malmsteen,lagu 'Dunia ke III' dan 'Fantasi Los Angeles' pun best.aku setuju dengan MataKucing yang sound gitar akustik dalam album ni memang keluar sebijik2.sedap bunyinya,intro lagu 'Simfoni Untuk Gadisku' dan 'Ego' dengan petikan akustik Shahrul memang terbaik.









Sound untuk reissue ni ok la puas hati,tiada tenggelam timbul,sebab tu bunyi akustik gitar dalam ni dan solo2 Shahrul untuk lagu yang rancak semuanya sedap di dengar.sesapa yang dulu2 suka kat Ekamatra ni boleh beli cd reissue ni..sekadar pelengkap koleksi.

p/s : sekali dengar 2-3 lagu ada macam ala2 Dream Theater

Mata Kucing pun ada review album ni :
http://mata-kucing.blogspot.my/2015/11/satu-tekanan-irama.html

7 comments:

  1. tak minat sangat...tapi aku beli jugak...haha...

    ReplyDelete
  2. banyak pilihan rilisan semula ni, jadi aku skip yang ni.

    ReplyDelete
  3. Aku suka Hanya Satu Persinggahan.
    Aku frust menonggeng lagu ni fade out sebelum korus abis.
    GERAMMMMMMMMMM!!!!!!!
    Apa pun zaman kaset dulu, memang laris album ni..

    ReplyDelete
  4. Ko ckp mcm dream theater baru teringat...hahaha lupa nk highlight kat review aku hihi

    ReplyDelete
  5. Ko ckp mcm dream theater baru teringat...hahaha lupa nk highlight kat review aku hihi

    ReplyDelete
  6. Ko ckp mcm dream theater baru teringat...hahaha lupa nk highlight kat review aku hihi

    ReplyDelete