Sunday 29 November 2015

Crossfire - Fatamorgana (1989) Reissue 2015

Antara album yang di tunggu2 untuk rilisan semula..




Pada ketika album ini di riliskan pada 1989,aku baru masuk sekolah menengah,oleh kerana dah mula berjinak2 dengan muzik heavy metal,dengan kemunculan album ini yang boleh di katakan album heavy metal pertama dalam bahasa melayu.antara album terbaik dalam sejarah rock Malaysia.kasetnya juga hampir lunyai akibat di pinjam oleh rakan2 sekelas secara bergilir2 untuk sessi merakam menggunakan kaset kosong atau di gelar 'dubbing kaset' pada ketika itu.heheh..











Penerbit bagi album ini ialah Allahyarham Samad Lefthanded.lagu2nya ada yang di cipta oleh Samad,anggota Crossfire dan juga satu lagu ciptaan Hamid Metalian.band member Crossfire ialah Assu,Fiq,Yas,Yus dan Aim (vokal,dia je yang aku ingat lain aku tak tau..heheh)
Lagu2 dalam album ni semuanya best2,memang berbeza la dengan band2 rock yang lain,semua lagu heavy,memang kena la vokal Aim dengan semua lagu dalam album ni,cuma ada dua je lagu slow dalam album ni iaitu 'Setelah Kau Tiada' dan 'Realiti Dan Fantasi' dua lagu ni dulu memang selalu keluar  kat radio.tapi kedua lagu tersebut tetap ada jeritan bernada tinggi,tetap mengekalkan identiti heavy metal dalam lagu nya.






Lagu kegemaran dalam album ini sejak dari dulu ialah lagu yang berunsurkan nasihat iaitu lagu 'Suatu Isyarat'.yang lain2 lagu yang heavy seperti 'Hidup Satu', 'Fatamorgana' dan 'Ambisi'.dari segi soundnya pulak memang puas hati lah,takda masalah,sound heavy metal 80an memang agak mudah hadam dan melekat di telinga aku..hehe.

Overall,kalau anda peminat rock/heavy metal melayu era 80an kena beli album ini.antara album heavy metal melayu terbaik.


7 comments:

  1. Yay... ni aku ada chance aku nak beli

    ReplyDelete
  2. huuhuhuh....bole tahan ni..antara yg menarik selepas junction petualang

    ReplyDelete
  3. Dah 2-3 tahun tak berkaraoke..entah boleh lagi ke idak bawak Realiti & Fantasi..huhuu...

    ReplyDelete
  4. dah cari kat victoria a.m... sold out katanya.. mesti bro beli sampai lima keping ni..hehehe

    adakah album2 Crossfire yg lain akan direissue juga?

    reissue cd Crossfire berada pada list paling tinggi. band heavy/thrash dari selatan tanahair yg legend. semua album sedap!

    ReplyDelete