Monday 23 November 2015

Batu Batu Perjuangan (1988) Reissue 2015

Haritu ada Kawan Kita cakap kurang cerita pasal produk tempatan.kalau untuk produk tempatan,aku ada labelkan kat sini :
http://xyruszone.blogspot.my/search/label/Rock%20Melayu


Ini antara produk tempatan yang telah di lupakan 27 tahun yang lalu..




Tak tau sangat pasal album ni sebenarnya,tapi pernah tengok la kaset nya dulu  masa tahun 1988,antara album kompilasi klasik dengan band2 rock klasik yang hanya tinggal sejarah.kompilasi ini juga yang masih aku ingat ianya di keluarkan bersama2 dengan kompilasi seperti 'Hikayat Rok', 'War Rock', 'Clash Of The Band' dan juga 'Pancakara Di Cakrawala', macam aku pernah cakap sebelum ni,tahun 1988 merupakan tahun emas bagi band dan peminat rock,kerana pada tahun itu merupakan era 'true rock' penghujung era 80an.











Untuk album kompilasi ini ada 5 buah kumpulan/band yang terlibat band2 tersebut ialah Sallam,Figures,Garhana,Firestarter dan Nuzzantara (vokalis nya ialah Bandi Amuk/Febians) dan dengar ceritanya kesemua band2 yang terlibat dalam album ini berasal dari Johor.(kalau salah tolong betulkan) setiap band akan menyanyikan dua lagu dalam album kompilasi ini.




senarai lagu dalam album ini


Sound dalam album ini aku suka.sound yang raw seolah2 macam 'jamming' je.sound rock era 80an yang true..heheh..kumpulan Garhana yang memainkan lagu 'Hati' soundnya tak ubah seperti Deep Purple/Rainbow era 70an memang klasik sound nya.
Kalau sesiapa nak tau sound rock dulu2 yang agak raw boleh layan album ni.terima kasih NSR kerana meriliskan kembali album ini,sound reissue ni pun memang puas hati.

Untuk cerita lebih terperinci pasal album ini boleh baca kat blog Berteromber :
http://berteromber.blogspot.my/2015/08/batu-batu-perjuangan.html

4 comments:

  1. ni masih dalam list menunngu aku utk disambar.. ntah bila baru boleh sambar ni..

    ReplyDelete
  2. seriously aku satu pun reissue langsung tak beli selain Search pintu sepi dan berpaling, dan tu dua pun tak pernah dengar lagik cd tu...
    beli just for fun and memory sake je
    tapi ada a few titles I would want to buy la

    ReplyDelete
  3. mmg bes sound album ni...mcm sound piring walaupun amik dri mastertape...sound2 era 70an

    ReplyDelete