Monday 3 August 2015

Dinamik - Revolusi Mental (1991) Reissue 2015

Album ini pun terjumpa secara tak sengaja juga.asalnya aku nak cari album Febians 1001 Malam,tapi takda.




Ketika album ini di riliskan,pada waktu itu aku dah sekolah menengah,lagu 'Antara Gadis' tu memang jadi kegilaan bebudak perempuan sekolah aku dulu,tapi biasa la dulu sekolah menengah tak dengar dah lagu rock jiwang2 macam ni,ada rakan sekelas yang bawak kaset ni pergi ke sekolah,teruk kena kutuk dan kena conteng inlay kaset beliau..heheh..maklum la konon dulu tak dengar lagu melayu,layan rock english (pada ketika itu juga album Metallica Black dan Wings Jerangkung Dalam Almari sedang hangat di perkatakan) beg sekolah aku pun dulu ada logo band thrash 'Overkill'.(konon rock tapi terjebak jugak dengar Linear..haha)






Aku tak berapa tau sangat pasal kumpulan Dinamik ni,tapi dari info yang aku baca kat internet,kumpulan ni berasal dari Pahang,cuma vokalisnya yang berasal dari Sarawak yang bernama Nai.sebelum menggunakan nama Dinamik nama band mereka ialah 'Eyes Killers'.pernah menjadi 'Juara Rock Tenggara 88' (sama macam Battle Of The Band dan Juara-Juara Rock)juga pernah merakamkan album kompilasi 'War Rock 3' bersama dengan kumpulan Spring,kumpulan Mentari dan kumpulan Cakrawala.


inlay yang berbau 'memori'




Ok,sama seperti album 'Medicine Titian',sound untuk album ini aku puas hati,semua secukup rasa.lagu track pertama 'Pesta Rock' yang memang betul berbunyi rock 80an walaupun album ni di terbitkan pada era 90an.solo nya agak menarik,ala2 solo Vito Bratta White Lion.tiga lagu 'slow rock' jiwang yang menjadi kegilaan awek2 pada ketika itu ialah 'Dilema Rindu', 'Bercanda Kesepian' dan 'Di Antara Gadis' (kalau dulu ada rakan2 sekelas aku yang menyanyi antara 3 lagu tu siap la kena kutuk kaw2 punya..heheh..kalau awek2 yang nyanyi aku takda la heran sangat)lagu 'Tahyul' juga agak menarik dan heavy,intro solo gitar berharmoni dan solo pada pertengahan lagu tu aku suka.lagu 'Syahid' intro riff berharmoni ala2 thrash metal (masa ni memang tengah demam thrash juga)band rock melayu era 80an dan 90an kalau buat lagu berunsurkan ketuhanan memang aku suka,banyak lagu2 yang berunsur ketuhanan dan kerohanian dari band2 rock dulu2 memang best.yang ni memang aku tabik.


list lagu


Walaupun aku pernah 'mencemuh' band ini dan rakan2 aku yang pernah dengar album ini dahulu,tapi sebenarnya album ini telah menjadi lipatan sejarah dalam rock Malaysia dan menjadi khanazah rock yang tak ternilai.

p/s : Sambil menaip sambil dengar lagu 'Dilema Rindu' hahah.. :p



6 comments:

  1. aku pun beli...walaupun dulu allergic...hahaha...

    ReplyDelete
  2. trend radio2 cuma akan pasang lagu "singles" sesebuah band rock yg biasanya lagu jiwang slow rock... amat jarang pasang lagu rancak/keras band tersebut. oleh sebab itu pendengar (seperti aku) tak tau yg band tersebut juga memang layan heavy kecuali ada beli kaset

    begitulah pandangan awal aku pada band2 rock "radio friendly" 80/90an seperti iklim, XPDC dan spring

    ReplyDelete
  3. Aku tak pernah dengar Dinamik sebagai satu album.
    Dinamik adalah band yang aku dengar kat radio aje balada2 cinta2 mereka.

    ReplyDelete
  4. berat hati ku nak beli hahahaha

    ReplyDelete
  5. Nai sekarang masih dalam muzik cuma dalam lingkungan industro muzik Iban di Sarawak saja la. Pernah buat reunion kejap diorang ni, masa tu show di daerah Mukah Sarawak. Terbaik!

    ReplyDelete
  6. Dorang terpaksa tunduk dengan syarikat rakaman.. so lagu2 leleh yg top...jadikan org ingat muzik dorang pon lembik

    ReplyDelete