Ketika album ini di riliskan,pada waktu itu aku dah sekolah menengah,lagu 'Antara Gadis' tu memang jadi kegilaan bebudak perempuan sekolah aku dulu,tapi biasa la dulu sekolah menengah tak dengar dah lagu rock jiwang2 macam ni,ada rakan sekelas yang bawak kaset ni pergi ke sekolah,teruk kena kutuk dan kena conteng inlay kaset beliau..heheh..maklum la konon dulu tak dengar lagu melayu,layan rock english (pada ketika itu juga album Metallica Black dan Wings Jerangkung Dalam Almari sedang hangat di perkatakan) beg sekolah aku pun dulu ada logo band thrash 'Overkill'.(konon rock tapi terjebak jugak dengar Linear..haha)
Aku tak berapa tau sangat pasal kumpulan Dinamik ni,tapi dari info yang aku baca kat internet,kumpulan ni berasal dari Pahang,cuma vokalisnya yang berasal dari Sarawak yang bernama Nai.sebelum menggunakan nama Dinamik nama band mereka ialah 'Eyes Killers'.pernah menjadi 'Juara Rock Tenggara 88' (sama macam Battle Of The Band dan Juara-Juara Rock)juga pernah merakamkan album kompilasi 'War Rock 3' bersama dengan kumpulan Spring,kumpulan Mentari dan kumpulan Cakrawala.
inlay yang berbau 'memori' |
list lagu |
Walaupun aku pernah 'mencemuh' band ini dan rakan2 aku yang pernah dengar album ini dahulu,tapi sebenarnya album ini telah menjadi lipatan sejarah dalam rock Malaysia dan menjadi khanazah rock yang tak ternilai.
p/s : Sambil menaip sambil dengar lagu 'Dilema Rindu' hahah.. :p
aku pun beli...walaupun dulu allergic...hahaha...
ReplyDeletetrend radio2 cuma akan pasang lagu "singles" sesebuah band rock yg biasanya lagu jiwang slow rock... amat jarang pasang lagu rancak/keras band tersebut. oleh sebab itu pendengar (seperti aku) tak tau yg band tersebut juga memang layan heavy kecuali ada beli kaset
ReplyDeletebegitulah pandangan awal aku pada band2 rock "radio friendly" 80/90an seperti iklim, XPDC dan spring
Aku tak pernah dengar Dinamik sebagai satu album.
ReplyDeleteDinamik adalah band yang aku dengar kat radio aje balada2 cinta2 mereka.
berat hati ku nak beli hahahaha
ReplyDeleteNai sekarang masih dalam muzik cuma dalam lingkungan industro muzik Iban di Sarawak saja la. Pernah buat reunion kejap diorang ni, masa tu show di daerah Mukah Sarawak. Terbaik!
ReplyDeleteDorang terpaksa tunduk dengan syarikat rakaman.. so lagu2 leleh yg top...jadikan org ingat muzik dorang pon lembik
ReplyDelete