Monday, 24 August 2015

Misteri s/t (1988) Reissue 2015

Masih lagi dengan viral/demam reissue,kali ini dengan sebuah album yang betul2 'misteri' sehingga sekarang..



Tahun 1988,memang era emas glam rock melayu dan english,kalau sesiapa masih ingat,tahun 1988 banyak album2 rock melayu yang hebat pernah di riliskan seperti 'Medicine - Titian' 'Junction - Arah'  'Belantara - Srikandi Di Sisi', 'Rusty Blade - Berat', 'War Rock Vol.1' 'Wizards - Pencarian' 'Urgent - Wajah Mistikal', 'Wings - Hukum Karma', 'May - Dilema' dan 'Loving Born - Kekalkan'. Tak ketinggalan album 'Misteri' ini..






Seperti band2 rock lain yang suka menyembunyikan identiti,nampaknya band ini betul2 kekal 'Misteri' sehingga sekarang,sama macam band 'Ghost'.tidak di ketahui siapakah ahli2 band ini.ada yang mengatakan ini merupakan band side projek M.Nasir dan Kopratasa sebabnya album ini di terbitkan oleh Siso (Kopratasa) dan juga J.S Kevin.Lagu2 dalam album ini juga kesemuanya di tulis oleh Siso dan J.S.Kevin.tapi penyanyinya memang aku tak tau siapa orangnya dari dulu sehinggalah sekarang.





Band ini pada aku bergenrekan 'eksperimental rock' (rock + new wave) senang cakap gabungan muzik Kopratasa yang terkenal dengan lagu puisi tu di campurkan dengan elemen rock.lirik2 nya memang agak puitis dan berseni.Tengok dari tajuk lagu pun dah tau.lagu2nya semua tiada lagu yang heavy,cuma berentak slow rock dan sedikit mid tempo.






Dari segi soundnya pada telinga aku setakat ni memang ok la.walaupun album ini syarikat rakaman lain yang terbitkan sebelum ni.(mungkin NSR dengar komplen aku kot?..heheh..) antara lagu yang pernah keluar radio pada tahun itu ialah lagu 'Cinta Berbagai Keanehan' ok la best lagu ni.(lagu2 rock sebelum era 90an memang agak unik) kumpulan ini cuba buat kelainan tapi mungkin pada ketika itu peminat muzik belum boleh menerima muzik yang bergenre begini dengan identiti atau ahli band semua di rahsiakan.walaupun dah 27 tahun berlalu,masih lagi menjadi 'Misteri' sehingga kini..

Kalau sesiapa ada info pasal band ini,boleh la komen kat bawah tu :p

12 comments:

  1. Ni dulu aku tahu pasal kat inlet kaset Hukum Karma kan ada iklan band ni.
    Reminds me of the Real Sifu nye album, tu pun misteri jugak

    ReplyDelete
  2. seingat aku masa album ni keluar siap ada peraduan untuk teka siapa dia anggota band ni...tapi aku tak tau apa jadi ngan peraduan tu....memang misteri sungguh...

    ReplyDelete
  3. wah2 cpt btol tau ape2 album yg d dreissue dpsaran...ni dh kire bgus...album ni jgk mmg aku nk try dgr dn band ni jgk aku tau dri inlet hukum karma...mmg nk sgt dgr lgunye cmne...dn mmg payah nk cri album ni dlu...nti nk wasap supplier order sebijik heheh

    ReplyDelete
  4. btl2 misteri, lps bace post ni baru tau ade band ni

    ReplyDelete
  5. lepas baca baru tahu ada ini band. huhuhu!

    ReplyDelete
  6. belum perna dgr lagu2band ni., sgt misteri

    ReplyDelete
  7. gue rasa gitaris album ni saudara Rosli Mohalim.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. dengar sound gitar macam opie bloodshed punya sound..x hairan la kalau dia main sbb band urgent m nasir punya experiment pon opie yg sessionist.

    ReplyDelete
  10. Saya kenal semua ahli2 kumpulan nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cer cite kalau dah tahu,35 tahun dah berlalu kot,tak yah nk berahsia lagi lah 😀😀😀

      Delete
  11. Ada kena mengena dgn Kumpulan Bahtera. Oleh sebab sedikit salah faham, JSK tak dapat meneruskan album dgn Bahtera, Akan tetapi hubungan rapat JSK dgn ahli kumpulan Bahtera yg lain, akhirnya telah menjadikan album misteri ini terakam juga. Dan nama ahli dlm album ini telah kekal misteri hingga skrg. Steady Bahtera.

    ReplyDelete