Tuesday, 18 August 2015

Suffercation - Day Of Darkness (1992) Reissue 2015

D'arsil pernah review album ni Kat Sini





Di katakan album ini merupakan satu2nya album pertama yang bergenrekan 'Death Metal' yang di riliskan seantero Asia Tenggara.kiranya album ini memang pencetus atau pemangkin muzik berat dengan vokal growl yang menyeramkan.selepas keluarnya album ini baru lah banyak band2 Death Metal seluruh Asia meriliskan album masing2.ketika album ini di riliskan pada 1992 dulu aku tak berapa nak dengar sangat sebab masa tu genre yang macam ni susah sikit nak masuk..lagi pun masa tu aku baru kenal Sepultura dan Morbid Angel yang memang popular pada ketika itu.







Suffercation juga pernah 'di cemuh' oleh bebudak underground kerana mengubah hala tuju muzik mereka pada penghujung era 90an dengan meriliskan beberapa album glam rock dengan lagu2 mendayu.(mungkin terpaksa mengikut kehendak pihak syarikat rakaman,lagi pun pada masa tu semua band jiwang dari huruf 'S' heheh..) kalau tak silap mereka pernah meriliskan 2 album yang bergenrekan glam rock.



Album ini hanya ada 3 line up,adik beradik yang genius dalam dunia Death Metal melayu iaitu Rob Razak dan Ly Razak juga dengan vokalis dia yang brutal suara nya iaitu Jeff Illias.mereka juga antara band underground terawal seangkatan dengan Punisher,Nemesis dan Sil Khannaz.




nama Krenmaut pun ada


jewel case patah




Walaupun ini rilisan semula dari NSR,tapi soundnya memang agak teruk sedikit.mungkin rip dari kaset terus,NSR betul2 menganaktiri kan rilisan ini,dengan inlay sekeping,lepas tu aku punya jewel case patah,itu yang buat aku sakit hati,walaupun band ini memainkan Death Metal,tapi ini adalah salah satu khazanah rock yang berharga.
Walaupun kedengaran agak sebu untuk sesetengah lagu,tapi bunyi 'double bass drum' Ly Razak memang padat dan sedap di dengar.

Untuk cerita selanjutnya pasal album ini boleh jenguk kat blog saudara Raimi kat sini :
http://faithcraftmobile.blogspot.com/2011/04/suffercation-day-of-darkness-re.html

6 comments:

  1. waktu skolah dulu, kawan2 aku sebut "super-ketion"

    yg tu krenmaut djaman fanzine fotostat 90an dulu kot

    ReplyDelete
  2. 'special thanx for our antichrist influencess'...hehe

    setiap kali sebut nama band ni aku teringat cemuhan Dr Bentara dalam zine krenmaut dulu...huhu

    tapi album ni memang best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi sayang sound cd official ni tak bagus!

      Delete
  3. ramai komplen sound teruk...aku pun tak beli lagi....tapi aku masih ada simpan kaset pop rock melayu dorang...

    ReplyDelete
  4. ramai kecewa sound nsr ni, ada yang kata rilisan blackwind yang mantap soundnya. dorang ni kira berentung lah, terus kena sain ngan label vsp buat album, ramai lagi band2 ug masa tu yang sudah ada lagu sendiri cuma tak dpt merakamnya, selepas kejayaan album ni, baru lah ada label yang berani merilis album2 klasik lepas tu.. hehehe

    ReplyDelete
  5. fuh!! album ni rilis ketika saya berumur 4 tahun. serius... album yang buas dan ganas! haha!

    ReplyDelete