Thursday, 6 August 2015

Jiranku Mossad

Amran termenung di sofa rumahnya.Masih tergiang - ngiang di cuping telinganya apa yang di perkatakan oleh jirannya sebentar tadi.Dia tidak menyangka jiran sebelah rumahnya,rumah teres setingkat yang terletak di pinggir bandaraya Kuala Lumpur itu telah menceritakan segala konspirasi yang selama ini beliau anggap hanyalah dongeng semata-mata, rupanya ia adalah benar belaka.Walaupun hampir separuh daripada cerita yang dia dengar tadi,telah pun di ketahui dari portal-portal internet atau dari 'tukang karut' dunia tanpa sempadan yang gemar menokok tambah bagi menyedapkan cerita yang tidak di ketahui sumbernya.

Perkenalan beliau dengan lelaki kulit putih yang hanya di kenali sebagai David itu tidak di sangka boleh jadi begini.David mula menjadi jiran Amran kira-kira setahun yang lalu.David memang peramah dan pandai ambil hati.Walaupun berlainan bangsa dan fahaman agama,tapi setiap kali azan berkumandang David akan selalu berpesan kepada Amran jangan lewatkan dan abaikan solat fardu.Amran juga memang tak suka jaga tepi kain orang,yang Amran tau David menyewa di rumah itu hanya seorang diri,tak pernah sekali pun Amran nampak ada kawan-kawan David atau pun orang lain yang datang ke rumah beliau.Sehinggalah Amran pergi ke rumah David tanpa di undang...








5 jam sebelum itu...


Amran tiba di perkarangan rumahnya dengan roti canai yang di bungkus istimewa untuk jirannya.Dia mengetuk pintu rumah David."David bukak lah pintu,aku ada beli roti canai kesukaan kau ni" teriak Amran.Namun tiada jawapan.Amran akhirnya menguak daun pintu rumah David yang tidak berkunci itu.Sebaik sahaja pintu di buka,alangkah terkejutnya Amran apabila melihat bendera negara Israel berkibar di dalam rumah tersebut.Di hadapannya terdapat 5 atau 6 komputer,beberapa komputer riba dan beberapa butir peluru hidup dan juga dua pistol Magnum 357 semi automatic berwarna emas.Amran terkejut dan mengigil ketakutan."Siapa sebenarnya mat saleh ni?penyamun ke apa? sebelum jadi apa-apa baik aku cabut!" Tapi niat Amran tak menjadi kerana tiba-tiba David muncul di depan nya."Sabar Amran,aku boleh terangkan segala-galanya,jangan takut" kata David.Bagaikan di paku,Amran tidak berganjak walau seinci pun.David terus menarik tangan Amran dan menyuruhnya duduk di sofa.David memberi Amran segelas air bagi menenangkan darah gemuruh Amran itu.

"Amran,maafkan aku selama ni aku berselindung dari kau,aku terpaksa merahsiakan perkerjaan aku ini demi untuk diri aku dan negara aku" kata David.Amran masih lagi diam membisu tangan beliau dah mula mengigil bila melihat kelongsong peluru,peluru hidup dan beberapa pasport antarabangsa di atas meja."Siapa kau yang sebenarnya David? Adakah kau ejen FBI? CIA?".Amran memberanikan diri bertanya. David mengeluh panjang."Sebenarnya Amran,aku tidak boleh masuk ke negara ini secara yang sah,sebab negara kau tiada hubungan diplomatik dengan negara aku.Malah,pasport antarabangsa negara kau juga dah di beritahu tidak boleh memasuki negara aku".Amran terkejut."Jadi maksud kau,kau adalah orang Israel bangsa yang di benci oleh umat islam seluruh dunia itu?" "Ya tepat sekali Amran.Nama sebenar aku ialah Raisel Zevnat,aku adalah salah seorang daripada ejen yahudi yang di kenali dan agak di geruni oleh kesemua agensi perisikan di dunia iaitu MOSSAD!"."Selama setahun aku di sini,pelbagai rahsia negara kau telah aku ketahui dan kesemua rahsia tersebut aku salurkan ke markas Mossad di Thailand sebelum di hantar ke negara aku."Aku juga mencipta pelbagai teori konspirasi ketika kes- kes besar yang berlaku di sini mendapat perhatian dunia.Kesemua tugasan yang aku terima memang mudah.Rata-rata penduduk di sini terlalu obses dengan teori konspirasi sedikit sebanyak menyenangkan kerja aku Amran".David mula memperlahankan suaranya."Aku harap kau dapat rahsiakan perkara ini Amran,aku percaya pada kau.Kalau kau pecahkan rahsia ini,hidup kau akan susah,kerana ada antara bangsa kau juga telah menjadi ejen sulit kami".David mula memberi amaran keras."Oh,tidak- tidak,aku tidak akan pecahkan rahsia ini,percayalah pada aku David".Maafkan aku kerana masuk ke dalam rumah ini tanpa kebenaran".

"Tok! Tok! Tok!"Pintu rumah Amran di ketuk.

Amran tersedar dari lamunannya yang mengingati kejadian tadi.Dia menguak pintu rumahnya.Kelihatan susuk tubuh Raisel Zevnat ataupun David kelihatan."Aduhhh..apa lagi la si yahudi mabuk ni nak?"fobia aku beluam habis lagi" kata Amran dalam hati.David datang dengan membawa air anggur kegemaran Amran."Boleh aku masuk?" kata David dengan nada memujuk."Silakan David" balas Amran sambil menutup kembali daun pintu rumahnya."kalau mengikut adat yahudi,bila seseorang datang memohon maaf sambil membawa air tuan rumah kena minum bersama tetamu bagi memberi pemohonan maaf...Aku minta maaf Amran,kau maafkan aku tak?" David berkata dengan nada bergurau."Takpalah David,kita lupakan semua itu,baiklah aku maafkan kau" Kata Amran sambil menuangkan air dalam gelas,mereka sama-sama meminumnya.

.....................

"Kenapa mata aku berpinar dan kepala rasa berat sangat ni". Amran mula memicit-micit kepalanya.Matanya memandang ke arah David yang nampak hanya berbalam -balam.Dia mendengar suara David ketawa."Maafkan aku Amran,pantang yahudi Mossad kalau rahsianya telah di ketahui oleh pihak musuh,maka dengan itu aku terpaksa hapuskan engkau Amran"."Kau pun sendiri tahukan yang orang yahudi ini memang tidak boleh di percayai,dan juga segala dakyahnya..Sekali lagi,maafkan aku Amran,bersemadi lah kau dengan aman..."

Esoknya berita di muka hadapan surat khabar Berita Hairan : "Pemuda berusia 36 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung"

Raisel Zevnat hilang tanpa di kesan sehingga kini..

7 comments:

  1. Ni cerita kan?
    ok la, tapi takde spy yang gantung bendera kat dalam rumah
    Berkibar lak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah..silap sepatutnya bukan bekibar.salah ayat.btw,mmg tajan penelitian
      Bole jadi editor dah ni..heheh

      Delete
    2. berkibar tu pasal dia pakai kipas berdiri....hahaha...

      btw, ok la ni...boleh hantar peraduan cerpen.

      Delete
  2. amran fans lejen.. haha
    apapun ada mesej dalam cerpen ni.. kipidap.

    ReplyDelete
  3. I really read your story..
    Bila ko mention Bangkok, aku terfikir why not Singapore? Are you trying to be kind? or is it because Bangkok is the PLACE.
    Some missions dorang memang kantoi dan ada dirakam di CCTV semua tapi some missions ialah pengajaran untuk kita

    ReplyDelete
  4. haha! kesian Amran. Huhuhuhu!! Best! Best!

    ReplyDelete