Friday, 21 August 2015

Ular & Marah



Suatu malam seekor ular menyelit masuk ke dalam gudang kayu. Secara tak sengaja, ia menyusur di atas gergaji. Tajamnya mata itu gergaji menyebabkan perut ular terluka.
Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya.
Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bagian mulutnya.

Marah dan sakit yang amat sangat, ular itu berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan 'musuh' tersebut. Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan tersebut menyebabkan lukanya teramat parah dan akhirnya ia pun mati di situ.
Di saat beremosi dan marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang lain.
Padahal kalaulah benar-benar kita sedar, sebenarnya yang akan terluka dan sakit adalah diri kita sendiri.

Maka benarlah sabda Nabi saw yang bermaksud, "Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah."
(HR Bukhari & Muslim)

p/s : Salam Jumaat...

10 comments:

  1. hebat ular tu... (menurut pandangan sesetengah orang kita sekarang ni)

    ReplyDelete
  2. At least Ular tu melayu. Gergaji tu pulak makan babi.
    (menurut kata sesetengah orang pulak).

    ReplyDelete
  3. jumpa ular dan *tut"...orang kata ketuk *tut" dulu.
    (menurut pandangan sesetengah yang lain pulak)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha lama aku tak dengar ayat ni... kali terakhir rasanya waktu aku student belasan tahun lepas

      Delete
    2. Sesetengah pendapat lain pulak, kalau ada senapang, dalam senapang ada peluru dua. Tembak dua kali..kasi confirm mati.
      Ular kira settle lain.

      Delete
  4. Hahaha..berapa banyak setengah daa..

    ReplyDelete
  5. A nice post dan dah take a life of its own posting ni. Terbaik.

    ReplyDelete
  6. Gagal kawal emosi, binasa diri sendiri.

    ReplyDelete
  7. Emosi terkondisi sebagai entiti berserakan.
    Gagal dikawal membinasa diri.

    ReplyDelete