Saturday 8 August 2015

Ali Setan 30 Tahun

Flashback Saturday minggu ini..di sebabkan aku telepas pandang,baru harini teringat nak cerita.




Filem arahan Tan Sri Jins Shamsudin ini mula di tayangkan pada 20 Jun 1985.bermakna 30 tahun yang lalu.apa yang masih aku ingat,abang2 aku yang bawak aku pergi menonton filem ini.tak hairan la filem ni menjadi box office.masa aku tengok dulu pun walaupun tiket wayang pada ketika tu baru rm 3.00,tapi wayang memang full house.dan apa yang aku ingat ada penonton yang ikut dialog2 yang di ucapkan.(aku rasa mesti kali kedua atau ketiga tengok tu)




Kerana filem ini juga lah ramai anak2 melayu pada ketika itu ingin belajar di Universiti Sains Malaysia yang terletak di Pulau Pinang itu.(ada juga di tunjukkan scene jambatan Pulau Pinang yang separuh siap)betapa hebatnya penangan filem ini yang menjadi idola budak2 melayu yang nak belajar hingga ke menara gading.(filem melayu sekarang ada macam tu?filem sampah je yang banyak)
Dialog2nya juga masih terkesan hingga ke hari ini terutama dialog pasal si Tipah tu..heheh..
Lakonan Ogy Ahmad Daud dan Azmil Mustapha juga merupakan gandingan yang serasi sehingga mereka berlakon sekali lagi dalam filem 'Suara Kekasih'.cuma bila filem Ali Setan 2 je aku dah tak follow pasal Asmidar tu dah di gantikan dengan orang lain.

Antara kenangan masa aku kecik2 dulu.untuk cerita lebih pasal Ali Setan 30 tahun ini boleh jenguk kat sini :
http://www.astroawani.com/berita-hiburan/alisetan30tahun-saya-nyaris-tidak-bawa-watak-asmidar-kerana-azura-ogy-63106


6 comments:

  1. lompat si katak lompat
    memang boleh la kalau tengok pilem ni lagi banyak scene boleh ingat balik dialog dia.

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing this bro... especially link tu...

    ni la setan paling popular di Malaysia hehe

    ReplyDelete
  3. al fadhil ustaz azmil mustapha sekarang ni...alhamdulillah

    ReplyDelete
  4. bakal/sedang/bekas student USM wajib tgk filem ni... tgk scene kampus minden djaman 80an dulu

    ReplyDelete
  5. ali setan perna tgk juga ni.

    ReplyDelete
  6. antara cerita melayu 80an yang best selain Mekanik...

    ReplyDelete