Monday 20 January 2014

Metallica - Through The Never Soundtrack (2013)

Cd pertama yang di beli untuk tahun 2014..



Okeh,kita semua tahu,demam Metallica dah melanda di sekitar Asia Tenggara pada tahun lepas.dan buat pertama kalinya juga Metallica perform kat Malaysia ni.untuk mengimbau kembali kisah demam Metallica yang pernah melanda dulu,boleh jengok kat blog2 ni :
-Pengalaman saudara Ijau yang pernah menyaksikan Metallica boleh tengok di Sini,Sini dan juga Sini.
-Cerita pada malam konsert Metallica di Stadium Negara oleh Metalbrainasylum boleh tengok Di Sini.
-Cerita konsert Metallica live di Singapura oleh Deaf Angel boleh jenguk Di Sini dan juga Sini

Ulasan menarik tentang Metallica dari bro Rammy Faithcraft Production baca Di sini dan juga entri hasad dengki  (heheh..) dari Berteromber boleh tengok Sini.


Takda yang istimewa pun cd ni,hanya di beli sekadar melengkapkan koleksi.walaupun dah jemu dengar lagu live yang sama setiap kali.. serupa macam dvd Quebec Magnetic yang penah aku cerita dulu Kat Sini.Album ni ialah soundtrack untuk filem 3D Metallica yang telah di tayangkan pada tahun lalu yang khabarnya akan di riliskan dalam format dvd hujung bulan januari ni.

senarai lagu2 dari setiap album.kecuali lagu2 dari album Load dan St.Anger yang takda
Yang paling aku geli bila Hetfield sebut 'bebehhh' dan 'famileehhh' mana2 live diorang sekarang mesti perkataan tu je yang di sebutnya..heheh..tak pasal2 jadi frasa yang selalu di gunakan oleh majalah Metal Hammer.dari segi sound untuk live ni,ok,cuma ketukan drum pakcik Ulrich kedengaran agak kureng untuk live kali ini.solo2 Kirk Hammett macam biasa,masih sedap di dengar,vokal Hetfield agak ok jugak,walau terkucil ketika lagu 'Ride The Lightning',Robert Trujillo,masih lagi di bayangi Cliff Burton dan Jason Newsted..




Untuk rilisan kali ini,nasib baik la bukan jenis inlay sekeping,walaupun takda apa kat inlay nya,tapi kira ok la berbanding dengan rilisan Death Magnetic untuk pasaran Malaysia sebelum ni yang inlay nya cuma sekeping je..
Yang aku dengar tanpa skip dalam cd ni ialah lagu Ride The Lightning,Cyanide,And Justice For All dan Hit The Lights.dan akhir sekali lagu versi rakaman semula Orion.(rakaman studio)aku lagi suka versi original dalam Master Of Puppets tu.macam aku cakap tadi,Robert ni masih lagi di bayangi Cliff Burton.ada sedikit perubahan solo Kirk Hammett tapi tak menjejaskan keseluruhan lagu.ok best,cuma versi ni lagi perlahan sedikit berbanding versi Master Of Puppets..yelah,diorang pun dah tua kan..heheh..
Apa pun,kalau anda memang peminat tegar atau yang poser macam aku,boleh la beli cd ni untuk melengkapkan koleksi.
Seperti kata bro Rammy Faithcraft Production kalau rasa XPDC tu lagi tua dari Metallica,anda mesti beli album ni..heheh..

                                         Metallica - Orion (re- recorded)

10 comments:

  1. tidak termasuk dlm senarai "must have" pada masa ini...

    ReplyDelete
  2. dah sedut muvienya... tinggal nak layan jee

    ReplyDelete
  3. Aku kagum Metallica terbaru gimik dorang ialah "by request".
    Dimana pembeli2 tiket kat mana2 show dorang untuk 2014 nanti boleh undi tiga lagu. Kita boleh tengok sendiri undian tersebut bertambah hari demi hari.

    Sekali fikir je kalau aku, aku undi No Remorse, Trapped Under Ice, mungkin satu lagu jarang main dari AJFA. Mungkin Bleeding Me, mungkin Jump In The Fire haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Request AJFA diorang main full album..album tu je diorang tak penah main full

      Delete
    2. request " tHe Frayed End Of Sanity " laa abg deaf. konfem terkial-kial metallica nak main...sebab time signature lagu tu mmg dahsyat tambah tambah part rhythm masa solo.hahaha.hancuss

      Delete
  4. dah sedut movienya 2 kali...tapi dua2 ada problem tak boleh bukak sampai abis....hampeh betul...mungkin dah kena sumpah 'bebehhh' dengan Hetfield...hehehe..

    ReplyDelete
  5. Kena tengok movie 3D ni, tapi utk cd OST pulak, kalo utk lengkapkan koleksi boleh la kot...

    ReplyDelete
  6. sound-wise, album live ni boleh tahan. Dari segi sound instrumen album ni lg sedap dr metallica Quebec Magnetic( QM ni terlampau di edit sgt sound nya)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..QM untuk menutup kemaluan pakcik lars jek..heheh

      Delete