Saturday 4 January 2014

Secretly Greatly (2013)


Memang sekarang ni aku dah jadi peminat filem Korea pulak..(bukan KPop tau)
Antara filem yang mendapat kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman Korea Selatan.filem yang di bintangi oleh 3 pelakon 'jambu' Korea yang paling terkenal pada ketika ini.
Filem Secretly Greatly ni bergenrekan action dan juga di selitkan unsur komedi.mengisahkan tentang 3 perisik tentera Korea Utara yang di arahkan merisik di Korea Selatan.mereka telah di latih sejak kecil di kem tentera Korea Utara.mereka bertiga ni terpaksa menyamar,salah seorangnya menyamar menjadi budak dungu dan pendek akal,seorang lagi menjadi penyanyi dan yang seorangnya lagi menjadi budak sekolah.
Akibat terlalu bosan dengan rutin mereka tanpa ada apa2 arahan dari pihak atasan Korea Utara,mereka akhirnya cuba menjalani kehidupan seperti biasa dan bergaul dengan masyrakat di tempat mereka merisik.nak di jadikan cerita,pihak berkuasa Korea Selatan telah mengetahui tentang aktiviti ejen2 perisik Korea Utara yang berada di Korea Selatan.lebih 30 perisik dari regimen 5446 Corps Korea Utara telah di kesan.ini menyebabkan pihak atasan dan ketua perisik Korea Utara telah mengarahkan misi 'secret and great' iaitu mengarahkan kesemua perisik tentera Korea Utara yang masih aktif membunuh diri supaya rahsia tentera dan aktiviti mereka tidak di ketahui oleh pihak berkuasa Korea Selatan.namun ketiga2 perisik ini mengingkar arahan ketua mereka,dan menyebabkan mereka di buru oleh pihak berkuasa Korea Selatan dan pihak tentera Korea Utara yang ingin membunuh mereka..apa yang berlaku selanjutnya kena la tengok filem ni..heheh..

Memang ini adalah antara filem Korea yang paling best aku layan.sangat2 di rekomen untuk peminat filem yang berunsurkan risikan dan sedikit komedi.filem ni memang tak membosankan.mesti tengok!..tak hairanlah ia nya menjadi filem pecah panggung di Korea..

*4/5

5 comments:

  1. mula2 aku baca post ni aku cam, apa sey pretty boys nye show ni!!
    Lepas tu baca synopsis terus cam ok cam best je... aku ada minat jugak pasal pergolakkan dua korea tu dan aku kagum ngan kehidupan di korea utara.
    nanti aku tengok eh kalau ada peluang hahaha...

    ReplyDelete
  2. adus geli la nak layan... hahhaha

    ReplyDelete
  3. aku macam deaf dan pc kokak la...nampak muka2 jambu ni macam geli sikit nak layan....hahahaha...

    ReplyDelete