Monday 6 January 2014

Iron Maiden - Death On The Road (2005)

Berjangkit dengan entri Berteromber Kat Sini



Ianya merupakan album live IM sewaktu mereka melakukan tour untuk album Dance Of Death yang telah di riliskan pada tahun 2003.tour untuk album ini pun mereka hanya lakukan di seluruh Eropah,untuk Asia mereka cuma bermain kat Jepun.pada aku,ini adalah pilihan kedua album live dari IM yang aku akan dengar berbanding Flight 666 yang menjadi pilihan utama.


setlist

Sama macam abang Berteromber,memang agak sukar nak hadam lagu2 dari album Dance Of Death sejak era 3 gitaris ni.tapi bila dah dengar versi live boleh melekat pulak dan jadi semakin suka bila dengar lagu2 dari DOD dalam versi live.Walau agak ada kelainan sedikit,tapi lagu2 yang di bawa untuk versi live dalam album ni terbaiklah.
trek kegemaran dalam album ni seperti Wildest Dreams,Dance Of Death,Rainmaker,Paschendale,No More Lies dan Journeyman.juga lagu dari era Blaze Bayley yang di nyanyikan kembali oleh Bruce dengan baik sekali iaitu Lord Of The Flies.lagu ni agak laju juga tempo nya berbanding versi Blaze dalam album X-Factor.
Lagu lagu lain dalam album ni aku rasa sama seperti rilisan live Maiden yang lepas dan agak jemu jugak bila dengar seperti lagu The Trooper,The Number Of The Beast,Hallowed Be Thy Name,Can i Play With Madness semua ni aku skip,hanya dengar lagu lagu dari album DOD je..


Overall,album memang best,kalau susah nak hadam album DOD,boleh layan live album ni dulu.walaupun Maiden ada sedikit mengalami transformasi dalam muzik mereka,tapi Maiden tetap Maiden..tak akan mengecewakan peminat2 beliau berbanding Metallica yang berubah menuju ke jalan yang sesat dengan Load,Reload dan St.Anger nya..heheh..
Akhir kata, tak KPop rock la kalau takda album ni..heheh..

"You tell me we can start the rain
  You tell me that we all can change
  You tell me we can find something to wash the tears away.."

6 comments:

  1. entri versi AADI pun dah ada, so takla kpop sgt kan?

    - journeyman versi live ada sikit solo akustik berbanding versi studio
    - aku rasa start album ni (atau rock in rio) solo #2 the trooper (murray) dah mula ke laut
    - selalu melepas versi DVD yg murah kat ebay, sedih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muka tak jambu so tak bole nak kpop..heheh

      Delete
  2. mula-mula tak suka sangat....tapi sejak2menjak dah hadam DOD...rasa best pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lord of the flies versi yg ni aku suka bebanding versi x factor

      Delete
  3. Aku suka album live ni...always the best!

    ReplyDelete
  4. Dance of death kat album ni terbaik.
    Bruce selsema waktu dorang main kat Dortmund masa tv german rakam show, dan lepas tu Maiden pakai untuk video rasmi dorang.
    Selang seli video rasmi tu penonton ialah Poland nye show.

    ReplyDelete