Wednesday, 1 January 2014

Goodbye 2013


Takda la nak cerita apa pasal 2013 yang dah lepas,cuma apa yang aku nak cakap :

-Teman yang boleh dipercayai, aku akan selalu rasa senang kerana teman sejati seperti kalian tidak mudah aku temui..

-Untuk yang pernah menyakiti aku,terima kasih kerana mengajar aku bagaimana untuk terus bersabar dan aku minta maaf jika selama ini aku selalu salah di mata kamu.

-Untuk yang pernah tolong aku,terima kasih kerana membantu ubah hidupku..

-Untuk yang telah menemaniku hidup sampai saat ni,terima kasih kerana aku masih merasakan bahagia denganmu.

-Untuk keluarga dan sanak saudara,terima kasih kerana talian persaudaraan kita tak pernah putus dan sentiasa bahagia.

-Untuk pengunjung blog yang rajin singgah di sini,terima kasih kerana sudi membaca blog aku yang mengarut ni.

-Untuk rakan2 blog,terima kasih juga sebab selalu datang bertandang di sini,kalian juga sumber inspirasi aku untuk terus menulis.moga persahabatan di dalam dunia penulisan maya ni kekal selamanya..

-Akhir sekali,syukur ke hadrat Allah SWT kerana di berikan peluang untuk aku bernafas sehingga ke hari ini,dan semoga kalian semua beroleh RahmatNya dan di murahkan rezeki..


SELAMAT TAHUN BARU 2014



4 comments:

  1. bersyukur tu yg penting tu. dan terus perbaiki. jangan nak mengaruk je.. hehe. selamat bro.

    ReplyDelete
  2. Segala yang terbaik untuk 2014...

    ReplyDelete
  3. Semoga masa akan datang lebih baik dari yang dah lepas. Insyallah.

    ReplyDelete
  4. Insyaallah... 2014 akan membawa kearah yang positif

    ReplyDelete