Saturday, 18 January 2014

Buku Perang Jementah


Betapa terharunya aku,kerana cerita tempat kelahiran aku di Segamat dan sejarah perang Jementah ni akhirnya di buku kan dan telah berada di pasaran pada Disember lalu..
Sebelum tu aku nak cerita sikit pasal Jementah.Jementah ialah pekan yang terletak di dalam daerah Segamat,Johor.lebih kurang 21 kilometer dari bandar Segamat.perjalanan untuk menuju ke pekan Jementah melalui jalan Segamat - Muar melalui mukim Gemereh (kampung aku).lebih kurang 10 meter dari pekan Jementah,terletaknya Universiti Teknologi Mara (Uitm) cawangan kampus Johor yang menjadikan Segamat sebagai tempat pusat pendidikan terpenting ke dua dalam negeri Johor selepas UTM Skudai.

Perang Jementah merupakan perang saudara pertama yang berlaku di negeri Johor pada 25 Oktober 1879.ianya terjadi apabila Sultan Ali yang memerintah Muar-Kesang mangkat di Umbai,Melaka pada 20 Jun 1877.sebelum mangkat,Sultan Ali mewasiatkan supaya Tengku Mahmod menggantikan beliau.Tengku Mahmod adalah anak Sultan Ali bersama isteri ketiga,yang merupakan orang kebanyakan.perlantikan melalui wasiat ini di tentang oleh Tengku Alam,putera sulung Sultan Ali dari isteri pertamanya.Tamatnya perang ni,menjadi salah satu faktor pembukaan Muar (Bandar Maharani).Kesang juga menjadi jajahan negeri Johor sehingga hari ini..


Perang saudara ini juga menjadi lipatan sejarah didalam Malaysia,pada sesiapa yang berminat tentang sejarah perang yang pernah berlaku di negara ini,ingin mengetahui susur galur kesultanan melayu boleh lah baca novel sejarah ni.juga jika anda anak jati Johor,yang pernah lahir kat Johor pun kena baca buku ni juga.hasil tulisan dan kajian dari penulis Abdul Latip Talib (beliau merupakan penulis sejarah terkenal,karya terbaru beliau ialah kisah  Napoleon Bonaparte yang telah masuk islam) memang terbaik.

#"ekk..?"



8 comments:

  1. Replies
    1. yup..ada buku kisah dia hasil tulisan abdul latip talib ni..belum rilis lagi

      Napoleon Bonapart membuat pengakuan seorang muslim itu semasa berada di Mesir atau 23 tahun sebelum meninggal dunia. Ucapannya itu disiarkan oleh surat khabar perancis. Ada yang mengandaikan kata-kata Napoleon itu hanya retorik bagi menarik sokongan umat Islam terutama kerajaan Uthmaniyah.

      Apa yang pasti selepas itu beliau diperangi oleh Inggeris, Belanda, Rusia dan Negara Negara kristian yang lain sehingga Napoleon dijatuhkan lalu dibuang ke sebuah pulau.

      Setelah kehilangan kuasa dan setelah dibuang dipulau itu Napoleon berusaha mendekatkan dirinya kepada Allah. Semasa di Mesir beliau sering menghadiri majlis agama, dengan pengetahuan agama yang sedikit itu Napoleon berusaha mendekatkan dirinya kepada Allah swt.

      Setelah 100 tahun dikebumikan, kerajaan Perancis memindahkan kubur Napoleon. Mereka dapati mayatnya masih utuh tidak reput. Lalu mereka pun membuat andaian Napoleon telah diberi racun arsinet kerana itu mayatnya tidak reput..

      boleh cekidot fb beliau
      https://www.facebook.com/pages/Abdul-Latip-Talib-Penulis-Novel-Sejarah/126803204023209

      Delete
  2. Replies
    1. bahasa johor bro..heheh..kalau borak ke nak tanya mesti ada 'ekk..' tu

      Delete
  3. Yang saya tau, Napolean seorang yang menderita OMG. Oversized Male Genetial. hehehe... 'kebesaran' alat sulitnya jugalah telah menjadi ilham untuk ayat boner ( olahan dari Bonaparte) utk merujuk kepada mereka yang sedang ereksi... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh..penah baca kat artikel bro rammy dulu.

      Delete
  4. Kat mana nak beli buku Perang Jementah tu ekk? Kat kedai buku ada jual ke?

    ReplyDelete