Wednesday, 27 February 2013

Metallica - Quebec Magnetic Dvd

Haritu pegi Kinokuniya,pusing2 kat dalam tu belek2 buku/komik takda yang menarik,lepas tu pegi Rock Corner,masuk kat situ pun takda apa yang menarik,usya2 LP pun takda yang baru,tengok kat bahagian cd nak cari Helloween baru pun tak sampai lagi,belek punya belek,last2,ni yang aku beli pasal dah taktau nak beli apa dah..


Dvd Quebec Magnetic yang aku beli akhirnya.rakaman konsert Metallica pada tahun 2009 di Colisee Pepsi Stadium,Quebec City.walaupun stadium ni takda la besar mana,tapi reka bentuk dia kira unik la,setting pentas Metallica kali ni takda guna skrin besar yang biasa letak kat kiri kanan pentas tu,diorang nak crowd tumpukan kat pentas je.yang ada cuma 4 keranda gergasi yang tergantung yang boleh turun naik mengikut mood lagu..

bahagian dalam dvd,Kirk & Robert

ada 2 disc,disc kedua ialah bonus tracks dan footage
Secara peribadi,aku memang dah bosan Metallica selalu main lagu yang sama macam 'Sad But True' Nothing Else Matters' 'Enter Sandman' 'Master Of Puppets' 'One' ngan 'Seek And Destroy' tu.patutnya lagu2 ni takyah la masuk dalam setlist lagi.aku rasa peminat Metallica pun dah jemu jugak dengar lagu2 ni semua.tapi lagu2 dari album Death Magnetic best la,diorang main lagi laju dari versi album.macam lagu 'Cyanide','The End Of The Line', 'Broken,Beat & Scarred' pun best.masa lagu 'The Judas Kiss' Kirk guna gitar Teuffel Birdfish yang nampak agak pelik sikit,kira kena la dengan lagu Judas Kiss tu.

Kirk dengan Teuffel Birdfishnya
Pelik eh reka bentuk gitar dia.nak tengok lagi dekat boleh cekidot Kat Sini

bahagian belakang,gaya riak abang Lars..heheh



Setlist dalam dvd ni,lagu 'Killing Time' versi kali ni memang best la,yang Quebec City Love Letters tu cuma cakap2 sepatah dua kata dari band members diorang puji crowd Quebec ni sporting,ada yang datang satu family dari mak,bapak sampai la ke anak datang tengok Metallica.ada yang dah otai,laki bini umur dah 60 lebih pun datang tengok Metallica,ada bapak dengan anak lelaki dia umur 10 tahun siap berduet lagi nyanyi lagu Turn The Page tu..haha..memang happening la tengok diorang malam tu..

Overall,ok la dvd ni,cuma macam aku cakap tadi lagu2 Metallica yang selalu dah bosan di dengar,suma lagu yang aku dah jemu dengar aku skip je.boleh beli kalau nak jadikan koleksi.aku lagi suka konsert masa era 'Live Shit' dulu.

                               

10 comments:

  1. Mana boleh compare dgn era Live Shit bro, itu masa muda remaja dan kegemilangan diorang haha...mcm best jer dvd ni, tolak kat aku plzzzz haha xdala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahan je bro,takda la best sangat..layan kat youtube pun ada quebec magnetic nye full concert

      Delete
  2. macam ko cakap...aku pun dah jemu dah nak nengok apa2 live metallica...mungkin kalau live yang depan mata tu lain cerita la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la dia..lagu2 yg sama tu yg buat org makin jemu

      Delete
  3. aku tertarik ngan dvd ni pasal aku baca dorang main dua malam, peminat pilih malam yang feberet,
    dah tu malam tu jadi dvd 1, lagi satu malam nye lagu2 lain jadi dvd 2.
    Tu je la....tapi aku nampak kat kedai 20 ketul je harga, tapi tak pegang pun haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo peminat tegar metallica memang kena beli..heheh

      Delete
  4. aku sdg 'menangguk' dvd live shit dan cunning stunts kat ebay... klu ada yg murah terus rembat

    ReplyDelete
  5. tunggu metallica 3D movie je la anampak gaya. preview kat youtube, agak tidak memberangsangkan . hahaha. memang byk lagu laju tapi lars punya drumming agak teruk . at least yg 3D movie ada banyak stage setup berbanding dvd quebec ni and the footage is quite new (end of 2012). masuk yg ni ,dah 4 DVD untuk show tahun 2009.(one nite in paris, mexico magnetic, fancan6,quebec magnetic)

    ReplyDelete