Wednesday 20 February 2013

Search - Langit Dan Bumi (1986)

Antara album rock melayu yang aku collect balik yang mengimbau kenangan zaman aku bebudak dulu..


Dulu,masa aku masih bebudak lagi yang aku tau masa tu band yang betul2 heavy ada 2 je,Iron Maiden dengan 'Somewhere In Time' nya,dengan album Langit Dan Bumi ni.apa yang buatkan aku minat Search pada masa tu pasal trek pertama dalam album ni,lagu 'Musnah' tu buat aku teruja..hehe..memang kalau sebut je band rock masa tu,secara automatik aku teringat Search,pasal lagu 'Musnah' tu,memang aku kategorikan heavy rock gile2 punyalah(bapak segala rok,bak kata brader2 era 80an dulu)heheh..


Album ni pun sebenarnya pengaruh dari abang2 aku jugak.masa tu dengar kat kaset versi Apache yang kotak plastik warna hitam tu (kaset lanun daa..)so fast forward selepas 20 tahun pun album ni pada aku album terbaik Search berbanding album pertama 'Cinta Buatan Malaysia' tu.boleh di katakan album ni 'the best rock album of all time' la.macam Amy pernah cakap dulu,Search bukan nak buat lagu 'killer song' je,mereka nak buat 'killer album'.dan aku rasa Langit Dan Bumi ni memang layak di gelar 'killer album'.sebabnya?tengok je la list lagu dalam album ni,siapa yang tak pernah dengar lagu 'Rozana' 'Meniti Titian Usang' 'Pasti',Bisa' dan 'Kau Pergi'? (intro akustik gitar Hillary dalam lagu ni sungguh mengasyikkan)
Dan lagu2 hard rock dalam album ni seperti 'Pasti','Tumbuk Rusuk' 'Mencari Sebuah Nama' dan 'Musnah'..sesapa yang tak penah dengar lagu2 dari album ni bukanlah mat rock yang sebenarnya..heheh..


Salah satu sebab album ni betul2 best pada aku sampai sekarang ialah line up klasik Search ni,kerja gitar Hillary dengan Din dalam album ni memang terbaik,riff dan solo berharmoni yang best,sound gitar era 80an ni dalam ni memang layan.juga kombinasi Yazid dan Nasir,hentakkan drum Yazid yang kemas dan padu,di tambah pulak dengan vokal Amy yang power dan mantap memang melengkapkan album ni yang terbaik sama dengan album Mentari Merah Di Ufuk Timur.

Kesimpulannya,selepas 20 tahun,album ni tetap menjadi pilihan aku dan kerap jugak la aku dengar bila ada waktu terluang.

*lagu feveret : Mencari Sebuah Nama(riff gitar dalam lagu ni best)

                                       Mencari Sebuah Nama




6 comments:

  1. tiga album terawal Search yang mesti kena dengar.... salah satunya album ni

    ReplyDelete
  2. Sama sependapat dgn lu bro, album ni antara yg terbaik Search pernah hasilkan. Tapi dlm byk2 lagu dlm album ni, lagu Bisa yg betul2 melekat dalam hati aku dari aku kecik sampai dah besar ni, part solo gitar dlm lagu tu memang best, lagu Bisa versi unplugged dulu pun ok jugak dan lebih tersusun dari yg versi album ni, pada pendapat aku la.

    ReplyDelete
  3. ni sepatutnya album terbaik SEARCH.
    tapi cover album fail lah... tapi ok jugak.. nampak klasik :)
    Meniti Titian Usang.. fuh gile! vokal Amy memang power! berhantu beb!

    ReplyDelete
  4. ..aku masih simpan keset nih dalam keta..anak2 aku pun suka dengar...

    ReplyDelete
  5. Mancari Sebuah Nama dan Pada Satu Kedudukan adalah antara lagu yang bebudak rock kampung aku selalu jamming kat kenduri kahwin...

    LDB memang banyak nostalgianya kat aku...memang album terbaik Search!

    ReplyDelete
  6. Search ni macam2 cerita, macam2 pendapat orang terhadap mereka, tapi aku tak perdulik,
    setiap kali Search main show, baik jb, kl, singapore
    aku akan do my best to go..
    Live dorang memang rock stars abis la pada aku ngan lagu2 apa pun cuma aku fedup asyik Isabella, cakap memang murah etc, ni patut drop.
    Anyway, langit dan bumi album memang best, tapi I always think Karisma and MMDUT is better.

    ReplyDelete