Monday 18 February 2013

Die Hard 5 (2013)

Yang sebenarnya tajuk dia 'A Good Day To Die Hard'..


Memang aku amat teruja sekali bila dengar sekuel Die Hard yang terbaru ni dah main kat wayang.tengok cerita ni pun kat Cathay City Square JB tempoh hari.tapi setelah layan pada 15 minit yang pertama,cerita ni agak mengecewakan aku.sangkaan aku filem ke 5 ni lagi hebat dari siri2 Die Hard yang dulu,tapi sangkaan aku meleset.ceritanya lebih kurang macam filem aksi gred B je..

Ceritanya mengisahkan John Mclane (Bruce Willis) telah pegi ke Russia untuk mencari anak lelaki beliau yang lama menghilang,di percayai telah berada dalam penjara di Russia,apabila sampai di Russia keadaan semakin menjadi rumit bila John Mclane ni baru tau yang anak dia ni ejen CIA rupanya.secara tak langsung beliau pun terjebak dalam konspirasi anak dia ni untuk menyelesaikan kes Uranium/nuklear kat Chernobyl.tak seperti filem Die Hard yang sebelum ni.filem ni hanya mengisahkan antara bapak ngan anak,dan si bapak ni tolong selesaikan kes si anak ni.Bruce Willis walaupun dah berusia agak pertengahan 50an,tapi aksi tangkas dia memang tak di nafikan memang menarik,melompat,berlari,terjun dan segala macam aksi beliau memang best la.
So pada mereka yang minat filem aksi.boleh la layan,cuma yang tak bestnya storyline dia,lebih kurang sama macam filem2 aksi keluaran Hollywood yang lain..mungkin sebab pengarah dia dah kekeringan idea kot?kalau nak lagi best layan filem 'Django' (Quentin Tarantino)heheh..

*Filem2 yang berkategori 18++ ni memang dah tak di tapis langsung sekarang eh,dialog pun tak censored langsung,sampaikan Bruce Willis sebut 'Yippe Kiyay Motherfucker' pun lepas..heheh



7 comments:

  1. hmmm mmg entri *spoiler* bg mereka yg blm tgk

    aku tgk hansel & gretel aritu pun ganas pecah2 kepala, carut2 F-word xbertapis... yg xditapis cuma "babak di tepi kolam" shj

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..takyah tengok pun takpe beb..mmg tak best

      Delete
  2. Django Unchained arahan Quenti Tarantino memang terbaik...nanti kalo ada masa aku buat review pasal movie tu...utk movie Die Hard ni, aku still prefer part 3 yg ada Samuel L Jackson tu...kalo x silap aku la haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg die hard 3 mmg best bro.betul Samuel L Jackson yg berlakon.sila review Django pls..heheh

      Delete
  3. ok...so rasanya takyah la aku sedut filem ni...heheh...

    Django Unchained tengah buat buat draf (misi filem terbaik Academy Awards)

    btw..gi City Square tak bagi tau...opis aku kat situ...kalau datang time hari kerja...roger2 ler...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak..masa tu pegi cuti raya cina bro.next time aku balik jb leh kita mengeteh skali eh

      Delete
  4. Die hard aku dah tak follow up pt 4 tu. Nak kena catch up

    ReplyDelete