Balik JB haritu,kemas2 bilik aku,susun balik LP yang lama2,tetiba teringat nak buat entri ni..kira mengimbau kenangan balik lah..
Masa band ni tengah top dulu pun aku kecik lagi,kira kanak2 rianglah kan,penghujung 70an dan 80an Quinary M ni memang top seluruh Malaya dan Singapura.
Info dari Wikipedia :
Quinary M (dahulunya dikenali sebagai The M) merupakan sebuah kumpulan muzik yang aktif di Malaysia pada tahun 1974 hingga 1981. Ahli kumpulan ini terdiri daripada lima adik-beradik iaitu Mahani, Mahayon, Maznah, Mazlan dan Mazuin. Mereka juga mempunyai peranan masing-masing untuk bermain muzik dan menyanyi.Kerjaya dan penglibatan muzik Quinary M secara serius bermula ketika Mazlan bergandingan bersama adiknya, Mazuin untuk menyertai sebuah rancangan televisyen terbitan RTM pada tahun 1974. Bagaimanapun, setahun selepas itu, mereka sekeluarga berpindah ke Moscow, Rusia kerana mengikut bapa iaitu Hamzah Ramli yang bertugas sebagai diplomat pada ketika itu. Semuanya mula berubah ketika di Moscow dan perjalanan seni mereka ini pula mula berkembang.[1]
Pada ketika itu, mereka sudah berpeluang untuk mengadakan persembahan di stesen televisyen Moscow atas usaha bapa mereka. Bapa mereka telah melihat bakat anak-anaknya dalam bidang muzik dan selepas itu, beliau menubuhkan The M memandangkan pangkal nama anak-anaknya yang bermula dengan huruf M. Tiga tahun selepas itu, mereka berpindah kembali ke Malaysia dan peluang ini terus diambil untuk memperkembangkan lagi bakat seni kumpulan ini. Sehubungan dengan itu, nama kumpulan juga ditukar menjadi Quinary M. Quinary M diambil daripada bahasa muzik yang membawa maksud perlimaan. Selain itu, Quinary M adalah kumpulan pertama seumpamanya di Malaysia yang menampilkan semua anggotanya mempunyai pertalian secara adik-beradik.
Mereka juga telah menyertai pertandingan Bakat 1978 dan berjaya melangkah ke peringkat akhir.[2] Kumpulan ini tidak lagi aktif setelah pemergian bapa mereka pada tahun 1981.[1] Kemudian, masing-masing telah membawa haluan sendiri terutamanya Mazlan dan Mazuin yang memilih untuk menjadi penyanyi solo. Di sepanjang perjalanan seni, mereka hanya sempat membuat tiga album studio iaitu Cinta Palsu (1979), Kasihku Bagaikan Debu (1980) dan Kini Kau Berubah (1981) melalui syarikat rakaman Iramanada Musical Industries Sdn. Bhd. (IMI).
Itu info yang aku baca kat wiki.lagu Cinta Palsu nyanyian Mazuin memang menjadi evergreen sampailah sekarang.kadang2 ada jugak aku dengar lagu tu kat Sinar.fm.
bahagian belakang lp
tajuk lagu.Cinta Palsu di trek pertama yang menjadi evergreen sampai sekarang
Sebelum tertubuhnya Quinary M ni,sebenarnya Mazuin dan abangnya Mazlan pernah merakamkan album duet sekitar awal 70an album yang bertajuk 'Ratapan Anak Tiri' dan 'Jangan lah Jangan'.apa yang menarik,kesemua adik beradik ni memang terer bermain alat muzik.Mazuin,selain menyanyi,beliau juga pandai bermain drum.
anggota Quinary M.Mahani (percusion)dan Mahyun (bass)
Maznah (gitar)
Mazlan (keyboardist)
Mazuin (vokal/drum)
Selepas hanya menghasilkan 3 album,Quinary M di bubarkan selepas ayahanda diorang ni iaitu Hamzah Ramli meninggal dunia.Mazuin meneruskan dengan kerjaya solo beliau sehinggalah beliau bersara dari dunia hiburan setelah berkahwin dengan Sultan Brunei.abangnya Mazlan,aktif dalam bidang penulisan lagu,lagu2 ciptaan beliau pernah di nyanyikan oleh Aman Shah,Sheila Majid,Anita Sarawak,kumpulan Feminin,Fairuz Hussien,Amy Mastura dan Dayang Nurfaizah.
piring hitam legam Quinary M.masih dalam keadaan baik tanpa habuk dan berkilat..heheh
LP side one,ada 6 lagu
side two.ada 6 lagu jugak
Band ni pun dah kira tahap legend jugak lah.sama dengan band The Runaways tu (yang pernah di anggotai oleh 2 rock star legend,Joan Jett dan Lita Ford).tapi band ni mengimbau kembali ingatan aku sewaktu aku menjadi kanak2 riang dulu..heheh..
80's Rules..!
Mazuin sebenarnya kahwin dgn adik sultan brunei,sori x ingat nama dia. Lepas tu aku dgr berita dari sana yg dia dah divorce dgn husband dia dan balik ke Malaysia skrg. Kalo dia buat comeback pun aku rasa masih laku kot...
Mazuin sebenarnya kahwin dgn adik sultan brunei,sori x ingat nama dia. Lepas tu aku dgr berita dari sana yg dia dah divorce dgn husband dia dan balik ke Malaysia skrg. Kalo dia buat comeback pun aku rasa masih laku kot...
ReplyDeleteHantaran rm 1 juta tu.bayangkan tahun 80an 1m tu 3 bijik rumah boleh beli..hehe
DeletePengiran Sufri kalau tak silap
Deletekecik2 dulu jatuh cinta ngan Mazuin...hahahah...
ReplyDeleteSame ler..heheh
DeleteMazuin masih kat London eh?
ReplyDeleteApa pun top 3 best looking drummer
1) Mazuin
2) Animal
3) Clive Burr
haha
Hahah..mazuin no.1 eh..hehe
Deletekalau diaorang buat reunion agaknya ada ke orang tengok?
ReplyDeleteMesti ada punya..ramai yg nak tengok wajah terkini mazuin tu
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete