Monday 19 November 2012

Def Leppard Live 94

Sebelum ni blog Berteromber pernah buat entri pasal album Adrenalize kat sini dan blog Deaf pun ada buat entri pasal album Slang kat sini,blog Faithcraft pun ada juga buat kat sini,.yang ni cd Def Leppard live yang aku beli pada penghujung tahun lepas kat Carefour Wangsa Maju sebenarnya aku dah album ni yang versi kaset di beli pada tahun 95 lepas dan album ni sebenarnya bukan lah official live album dari DL.ni adalah live bootleg yang sebenarnya..di sebabkan harganya murah,aku pun beli la satu.banyak lagi cd bootleg yang ada di jual kat kedai tu,di sebabkan setlist lagu dalam album ni menarik dan banyak lagu2 lama yang sama dengan versi kaset dulu yang boleh di katakan klasik.
Walaupun bukanlah official,tapi cara rakaman live ni pun dah ok.puas hati lah dengan sound live yang macam ni.bunyi drum,gitar,vokal semua kedengaran jelas.rasanya rakaman ni semasa tour 'Adrenalize' kot.list lagu pun kesemuanya lagu yang biasa aku dengar dan antaranya memang fav song.antara lagu2 yang ada dalam ni
CD 1.
1.Lets Get Rocked
2.Tear It Down
3.Woman
4.Another Hit And Run
5.Too Late For Love (aku suka lagu ni)
6.Hysteria
7.Make Love Like A Man
8.Foolin'
9.Animal

CD2.
1.Rocket
2.Two Steps Behind (memang best!)
3.Have You Ever Needed Someone So Bad
4.Black Betty/Armageddon It
5.Pour Some Sugar On Me
6.Rock Of Ages
7.Love Bites
8.Photograph

Satu je lagu diorang tertinggal,lagu Bringin On The Heartbreak,lagu tu best apa..pasal la diorang tanak bawak live eh.Mariah Carey pun pernah cover lagu tu.
Macam aku memang dah membesar dengan lagu2 DL era 80an dan juga awal 90an ni memang suka dengan sound DL yang dulu.bila masuk penghujung era 90an ke tahun 2000 DL pun dah ubah stail muzik,aku terus tak dengar dah.sama juga dengan Bon Jovi,selepas era 'These Days',terus aku tak follow dah.apa pun,pada aku cd live ni yang terbaik.
Lagi cerita pasal LP Hysteria boleh tengok Sini

8 comments:

  1. Wah! Cerita pasal DL sudah jadi viral sekarang...aku pulak memang xda idea nak bercerita pasal DL....sedih....

    ReplyDelete
  2. Hehe..sebenarnya aku pun takda idea bro,ni pun pasal mlm tadi layan cd DL tu..tu pasal ada idea nak memblog..hehe

    ReplyDelete
  3. selalu nampak cd2 bootleg ni...tapi tak pernah beli pasal takut sound tak sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 ada sound yg ok kadang ada yg tak ok.ada skali beli bootleg Pearl Jam tapi sound tenggelam..

      Delete
  4. Too Late For Love (aku suka lagu ni)

    samalah kita, pada aku lagu ni ada keseksiannya tersendiri

    ReplyDelete
  5. Ni sheffield nye show ke?
    Ada videotape official dia kot zaman vault.

    ReplyDelete