Wednesday 28 November 2012

Conviction (2010)

Selepas kejayaan filem 'Million Dollar Baby',bintang Hilary Swank seolah2 kurang menyinar.tetapi lakonannya dalam filem ni pada aku memang terbaik,walaupun aku agak kurang nak melayan filem yang bergenre 'heavy drama' ni,tetapi filem ni berjaya menarik aku melayan sampai ke akhir cerita..heheh..

Berdasarkan dari kisah benar,mengisahkan dua adik beradik yang amat rapat sejak dari kecil lagi iaitu Betty Ann Waters dan Kenny Waters.Kenny telah di tangkap kerana di tuduh melakukan pembunuhan kejam terhadap Kathrina Brow pada tahun 1980.pelbagai cara di lakukan oleh Betty demi untuk membuktikan yang abangnya Kenny tidak bersalah dan beliau hampir putus asa.abangnya,Kenny cuba untuk menenangkan Betty dan suruh Betty menerima hakikat yang beliau tidak ada bukti yang menunjukkan yang Kenny ni tak bersalah.setelah pelbagai cara di lakukan Betty untuk membebaskan abangnya tidak berhasil,beliau akhirnya mengambil keputusan untuk sambung belajar dalam jurusan undang2.semasa dalam sessi pembelajaran itu lah Betty di mula belajar tentang DNA (ni adalah kes pertama dalam US yang menggunakan kaedah DNA dan pertama kali juga kaedah DNA ni mula di guna pakai dan mula di perkenalkan di seluruh dunia)
Betty akhirnya berjaya membuktikan yang abangnya tidak bersalah.setelah 18 tahun berada di dalam penjara,akhirnya Kenny bebas dan di lepaskan daripada tuduhan membunuh pada bulan Jun 2001.

Filem ni banyak menggunakan flashback sebagai jalan ceritanya.dan filem ni juga menunjukkan kepada kita betapa kasih dan sayangnya seorang adik kepada abangnya.walaupun suami Betty tidak bersetuju Betty terlalu menyusahkan diri demi abangnya,walaupun beliau selalu tertekan,tapi demi abangnya beliau sanggup melakukan apa saja,filem ni turut di bintangi oleh Sam Rockwell (iron man 2,Charlie's Angel,Frost/Nixon,Cowboys & Aliens)sebagai Kenny.
Pada peminat filem bergenre 'heavy drama' dan berdasarkan dari kisah benar boleh lah layan movie ni..

                                             Conviction Trailer

1 comment:

  1. Hilary Swank lakonan dia bagus...tapi seleksi filem dia ada yang tak nak berapa bagus...tapi Conviction ni kira bagus jugak la...

    ReplyDelete