Friday 23 November 2012

Penangkal Ilmu Teluh (1979)

                                          pic kredit to jiwang.org


Sekitar penghujung 70 dan awal 80an,industri filem Indonesia memang betul2 berada di puncak,hinggakan auranya terasa hingga ke Malaysia.masa zaman sewa tape VHS dulu,filem2 ni memang menjadi pilihan oleh semua orang yang memiliki VHS player masa tu.antara filem Indonesia yang masih aku ingat seperti francais Jaka Sembung,Si Buta Dari Gua Hantu,dan siri2 filem seram Indonesia yang boleh di katakan legend jugak seperti francais Sundel Bolong ("sate 300 cucuk makan di sini pak")haha..sapa boleh lupa dialog ni kan..memang tak di nafikan,dulu filem2 seram dari Indon ni memang betul2 seram.tak macam filem seram Indonesia yang sekarang ni lebih nak menunjukkan tubuh2 gebu pelakonnya dan kadangkala ada yang berunsur lucah(jangan tak percaya Maria Ozawa,pelakon filem lucah dari Jepun pernah berlakon dalam filem seram Indonesia)aku rasa kalau tengok sorang2 pun bukan rasa seram,tapi aura 'geram' yang ada..hehe..

Ok,cerita pasal filem Penangkal Ilmu Teluh ni,ni antara filem terangker yang arwah ayah aku bawak aku pegi tengok wayang sekitar awal 80an dulu.(masa tu pun tiket wayang murah lagi baru rm 3.00)tengok waktu midnight pulak masa tu,yang menyebabkan aku tidur malam tu betul2 bawah ketiak arwah ayah aku..hehe..memang tak di nafikan keseraman nya,sampai nak tido pun terbayang2 kan hantu dalam movie tu..hehe..
Walaupun masa tu teknik CGI,atau pun special effect belum diguna pakai lagi dalam filem ni,ternyata aura nya,scene waktu tengah malam, scene saspen dia memang terbaiklah.antara pelakon yang terlibat dalam filem ni : Debby Cynthia Dewi, Muni Cader, Hendra Cipta, Yatti Surachman,dan Husin Lubis.memang antaranya kurang di kenali,tapi Debby Cynthia Dewi tu antara pelakon lagenda kat sana.
Ceritanya lebih kurang macam ni lah :
Darmi,isteri kedua Kosim yang dah pakai susuk agar nampak awet muda,dah berlaku curang dengan lelaki lain yang bernama Komar,seorang playboy kampung.bila Kosim mendapat tahu tentang kecurangan Darmi,beliau mula mengugut dan mengancam Darmi.Darmi telah meminta bantuan Komar dan mereka pergi berjumpa bomoh untuk menyantet Kosim,hasilnya Kosim jatuh sakit dan hanya terbaring di rumahnya.
Selepas tu pada lain ketika,Darmi telah memakan sate dan telerailah susuknya,dan rahsianya telah di ketahui Komar,dan Komar mula menjauhkan diri dari Darmi.Darmi menjadi marah apabila mengetahui Komar dah ada gadis lain bernama Wati.beliau pergi berjumpa bomohnya untuk memulihkan susuknya,dan sekaligus menyuruh bomoh tersebut menyantet Komar dan Wati.maka terjadi lah perang santet antara dukun.masalah ini selesai setelah muncul nya Kiai Ibrahim dengan ilmu batinnya mengalahkan dukun dan Darmi yang dah jadi mayat bergentayangan yang mati akibat perang santet tersebut.

Ceritanya biasa2 je.tapi babak2 seram tu masih lagi terasa keseramnya waktu aku tengok kat Youtube tadi.hehe..apa pun,kalau rasa nak layan movie seram Indon era 70 - 80an,boleh layan movie ni..kalau Suzanna (ikon lagenda filem seram Indonesia)berlakon dalam filem ni mesti lagi best..
                                    Penangkal Ilmu Teluh Part 11 (youtube)
 

14 comments:

  1. Maria Ozawa, Rin Sakuragi, Sola Aoi, next?
    citer hantu indon dulu2 memang "evil" & klasik.
    70s f**king rules!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep..betul tu bro..aik?lu hafal nama2 porn star jepun eh..heheh

      Delete
    2. bila miyabi nak blakon kat malaysia plak? haha

      Delete
  2. tak pasti samaada citer hantu dulu2 sememangnya menyeramkan ataupun kerana masa tu kita budak2 pasal baru2 ni aku nengok Sundel Bolong takder la seram mana pun...heheh..

    tapi memang masa budak2 dulu nengok cerita ni sampai nak gi bilik air pun suruh mak teman...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh..tu la bila dah besar ni dah tak rasa seram dah.tapi better filem seram indon yg dulu dari sekarang..sekarang punya hampeh!

      Delete
  3. aku rasa cuma kurang je la melayu skarang main benda2 gini.
    aku rasa belum terhapus lagi melayu dengki atau sakit hati main benda2 gini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau santau2 ni memang sampai sekarang ada bro deaf..

      Delete
  4. Perghh kalo heroin cerita seram indon dulu2 yg paling aku minat ialah Suzanna,yg berlakon Sundel Bolong dgn Nyi Bloro Kidul tu...kalo filem malaysia zaman 80an yg berkolaborasi dgn indon yg paling aku suka ialah "Misteri Rumah Tua" lakonan Noorkumalasari...memang angker! Kalau lah novel/cerita Bercakap dgn Jin - Tamar Jalis difilemkan,agaknya gempak kot....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergh..lu memori brapa GB bro?hehe..ingat lagi lu citer misteri rumah tua tu eh

      Delete
    2. haha gua kalo cerita hal movie, ada kapasiti 1 terabite dalam kepala hotak aku ni hahaha...scene dlm filem Misteri Rumah Tua yang gua x dpt lupakan sampai sekarang ialah masa Noorkumalasari beranak guna mulut! damn, itu betul2 gore!

      Delete
    3. Betul tu bro..scene tu yg paling gore.teringat aku zaman tape video vhs dulu..memang mengimbau kenangan la..nak cari la vcd dia,mesti ada jual lagi kan

      Delete
  5. adui..tak follow aku cerita seram/hantu...sampai sekarang kalau member ajak aku takkan pergi...sebab pernah tengok cerita hantu indon tahun 70an ( pocong tapi tajuk lupa ) sampai termimpi mimpi......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba2 la layan bro..best..tapi jgn tengok cerita seram yang sekarang ni tak best

      Delete