Friday, 16 November 2012

Skyfall & Piring 666

Oleh kerana 2 kali layan movie ni,apa yang boleh di ceritakan untuk francais yang dah 50 tahun ni ialah :
-James Bond era 'M' berakhir.dengan kematian tragik M di akhir cerita,selepas ni era MI6 yang terbaru dengan ketua MI6 yang di gantikan Gareth Mallory(lakonan Ralph Fiennes) juga di panggil 'M'.
-Tiada gadget canggih dalam filem ni,yang ada hanyalah pistol buatan tangan khas untuk JB dan GPS.ejen 'Q' juga telah di gantikan dengan ejen baru seorang remaja juga bernama 'Q'.ejen Moneypenny juga di gantikan dengan yang baru juga menggunakan nama yang sama.
-Tajuk 'Skyfall' itu juga.pada mulanya aku ingatkan ia sejenis bio chemical weapon atau pun sejenis kod rahsia,rupanya Skyfall tu nama tempat di mana Bond di besarkan sewaktu kecil.kira macam rumah anak2 yatim lah.dan Skyfall juga membawa maksud yang tersirat,dan pengarah filem ni ingin memberitahu Bond juga manusia biasa,walaupun beliau tangkas beraksi,dan berjaya menewaskan pengganas,penjenayah dan sebagainya,sebagai manusia,beliau juga sama seperti kita,susah,senang,stress,dan ada masanya mudah putus asa.segalanya bermula selepas Bond di tembak kerana kesilapan Eve Moneypenny.

Jalan cerita dalam movie ni pun rasanya sama seperti filem2 Bond yang lepas.tentang bekas ejen MI6 yang berpaling tadah dan menjadi cyberterrorist bernama Raoul Silva.beliau ingin membunuh M kerana merasakan M memperalatkan beliau sewaktu di MI6. untuk melindungi M,Bond telah membawa M bersembunyi di Skyfall,tempat di mana Bond di pelihara masa kecil dahulu.malangnya,Raoul awal2 telah mengetahui nya dan berjaya menyerang tempat tersebut.walaupun di akhir cerita orang jahat memang selalu kalah,tetapi kejutan yang berlaku dalam filem ni ialah M telah mati di tangan bekas ejennya sendiri..
Pada aku jalan cerita ni kira ok je lah.lebih kurang sama macam filem2 James Bond yang lepas,Sean Connery(ex-Bond dalam filem Dr.No) menyifatkan filem ni antara filem Bond yang terbaik.terpulang pada anda.ikut citarasa masing2 lah kan.nak lagi best,tonton filem Jefri Zain..hehe..

Semalam aku sesaja singgah kat Rock Corner KLCC,usya2 LP baru cadangnya nak cari lp Iron Maiden yang reissue punya,tapi agaknya dah memang my lucky day semalam jumpa la jugak akhirnya setelah lama mengidam..hehe..
Kalau beli LP kat Rock Corner,memang dapat la beg ni.kalau beli cd ke dvd tak pasti pulak aku dapat ke tak beg ni..
Ni ler LP yang aku dapat semalam..
Ni la yang aku beli semalam setelah mengidam sejak tahun 2009 yang lalu..hehe..Flight 666 LP.tapi sayang pulak rasa nya nak bukak,lagi pun blog Krenmaut dan blog Deaf pun pernah review LP ni kan.boleh check out kat sini dan juga sini
Tinggal 1 je lagi yang takda,original dvd.yang ada versi 'Holiday Plaza' pressing.hehe..takpa la,pelan2 kayuh,kalau ada aku beli yang ori punya..

11 comments:

  1. Model kapal terbang tu memang sungguh buat hati gua jeles beb! Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..sabar bro..ada rezeki nanti lu pun akan dapat jugak kalau nak..hehe

      Delete
  2. lawa ye beg tu.
    LP ni cantik packaging dalam dia dan picture discs dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lawa bro deaf.kira beg serba guna jugak tu.sebab packaging cantik tu yg syg nak bukak.turntable pun dah rosak.tersimpan je kat rumah jb..

      Delete
  3. berapa ketul ni xyrus?

    aku tak pernah g rock corner klcc tu, ingatkan dengan kematian Tower record dah berkubur kedai cd kat KLCC ni, pehhh nampak dah lama benor tak pegi sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rm 152.00 bro.yg ni mmg untuk malaysian market.tu pasal murah sikit,ada jugak jumpa lp AMOLD picture disc tapi harga lagi mahal.

      Delete
    2. DVD 666 ni macam aku ada perasan di amcorp mall (victoria music) ke aku confuse dengan dvd En Vivo!...hmm kalau ko ke sana try le cekitout...

      Delete
    3. Oo..okeh.thanks for the info bro

      Delete
  4. Very nice....aku Skyfall lum tengok...flight 666 pun takder.... :(

    ReplyDelete