Monday, 16 July 2012

X-Files :Kematian Presiden Abraham Lincoln

Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Abraham baru sahaja melangkah keluar dari pejabatnya di Rumah Putih. sampai di bilik tidur dia terus merebahkan diri di katil.belum pun mata terlelap. tiba2 Abraham tersentak mendengar bunyi bising di tingkat bawah rumahnya.diamati bunyi itu... sayup2 terdengar suara perempuan menangis.dia bingkas bangun terus ke tingkat bawah. sampai di ruang tamu, suara tangisan itu semakin jelas tetapi tiada sesiapa di situ. Abraham berjalan dari 1 bilik ke bilik lain. namun tiada siapa yg ditemuinya.dia membuka setiap pintu bilik. sehinggalah sampai ke bilik pejabatnya, East Room. Abraham terkejut melihat bilik itu telah berubah. meja tulis, kerusi dan almarinya telah hilang. yg dilihatnya hanyalah sebuah keranda yg diletak di tgh2 bilik.
4 orang askar berdiri di setiap penjuru keranda. kemudian dia ternampak orang ramai berbaris panjang. menunggu giliran utk memberikan penghormatan terakhir.Abraham mendekati salah seorang askar yg berkawal.
"siapa yg mati?"
"presiden. beliau mati ditembak oleh pembunuh upahan" jawab askar itu.Abraham tersentak dari tidur apabila pintu biliknya di ketuk. dia meraba2 janggutnya dan mencubit lengannya."ooo... mimpi rupanya aku" katanya lalu bangun membuka pintu.
Semasa menelefon kawan karibnya Ward Hill Lamon, Abraham menceritakan mimpinya. setiap perkataan yg di sebut oleh presiden dicatat satu persatu.
5 hari selepas itu - 15 april 1865, Abraham Lincoln ditembak mati oleh John Wilkes Boothe ketika sedang menonton di sebuah panggung.
Jenazahnya ditempatkan di East Room utk memberi kesempatan kepada rakyat yg mahu memberikan penghormatan terakhir.

p:/s : presiden Amerika yang baik2 mesti mati kena bunuh kan?Bush ngan Clinton tu takda pulak yang nak bunuh.

No comments:

Post a Comment