Aku malam tadi bersahur hanya dengan satay je.makan satay dekat Greenwood,Gombak.boleh tahan jugak la sedap.masuk ni dah kali kedua aku makan kat situ.bila tiba je bulan ramadhan ni,mesti kita teringat makanan yang sedap2 yang agak susah kita nak jumpa pada bulan biasa kan?nama2 kuih yang pelik mesti kita akan jumpa,contohnya kuih tepung pelita,kuih akok,puding caramel,kuih tahi itik,(pasal kuih ni dapat nama macam ni pun aku tak tau)..haha.jala emas,dan kuih lompat tikam(member aku ckp nak kena lompat sambil tikam kuih tu baru dapat makan)..haha.
Macam aku,aku lebih suka kuih yang simple je,macam popia goreng,roti jala dan murtabak.cuma masa aku tinggal kat jb dulu,setiap hari aku suka beli air ni,air ni memang popular kat JB dan sekarang kat kl ni pun aku tengok dah ada orang jual,tapi tak se'power'dari tempat asalnya di johor..hehe..air yang aku maksudkan ialah AIR KATIRA.best woo air ni..sesapa yang pernah rasa air ni mesti tau betapa sedapnya air ni kalau minum time berbuka puasa..memang terbaiklah.pada yang tak pernah tengok dan rasa air katira tu macam mana.ni gambar dia..
Tengok gambar je pun dah terliur..hehe.air katira ni merupakan air yang wajib bagi orang johor time berbuka puasa.yang buat sedap tu ialah bahan2 campuran yang ada kat dalam tu,ada cendol,ada cincau,selasih,bali,kembang semangkuk(bunga kot?)bahan perwarna dan ada juga yang letak kurma yang di hiris halus kat dalam air katira ni.kalau nak try memang dah ada jual kat sekitar kl ni,tapi pastikan penjual tu memang orang johor..hehe..kalau orang kl yang buat,memang tak sedap lah(jgn marah aaa..org kl)hehe..kalau harganya pula mungkin berbeza2 kot.masa kat jb dulu aku beli sebungkus dalam rm2.00 je.boleh cuba cari petang nanti kalau ada jual..dan selamat berbuka puasa untuk anda semua..
Ok,cerita yang kedua pulak.ni mengimbau kembali zaman kanak2 aku.siri kartun yang pernah hit pada tahun 80an dulu.ni lah kartun nya..
Thundercats 2011,ni adalah remake version,dari siri Thundercats tahun 80an dulu.mengekalkan jalan cerita yang sama,cuma karakter dan stail nya lebih berbentuk anime.(mcm kartun animasi jepun).pada mula nya aku ingatkan siri Thundercats yang dulu di keluarkan kembali dalam dvd,tetapi ni ada lah remake version..tapi ok lah.dapat jugak aku mengimbau kembali zaman kanak2 aku dengan kawan2 sekampung aku,dengan sepupu aku semua.ni adalah musim pertama siri nya,sama dengan siri yang asal pada tahun 80an dulu.
Ada 3 disc kesemuanya yang melengkapkan siri musim pertama ni.mengisahkan bagaimana bermulanya empayar Thundercats,dan jatuhnya empayar Thundercats apa bila 'Mum Ra',musuh tradisi Thundercats muncul kembali dan mula memusnahkan empayar Thundercats.yang tinggal anggota Thundercats hanyalah Lion-o,(pewaris dan anak raja Thundercats)Tygra,Chetara,Pantro,Wily Kit dan Wily Kat dan Snarf,seekor kucing bijak yang pandai menolong Thundercats.
Thundercats 2011
Secara peribadi,aku lebih suka Thundercats era 80an dulu,kerana custome Thundercats yang baru ni agak tak berapa cun.rupa Lion-o yang macam Gooku dalam Dragon Ball pulak.tetapi kerana Thundercats yang baru ni masih mengekalkan jalan cerita yang sama macam tahun 80an dulu,membuatkan aku tetap nak layan siri ni sampai ke akhir.
Kalau dulu,sepupu aku siap rekod siri2 ni bila di mainkan di tv pada waktu tu.mana siri2 Thundercats yang aku pernah telepas dulu,aku akan layan semua tape2 video yang dah beliau rekod.tiap2 minggu.lama jugak demam Thundercats ni dulu melanda kanak2 sekitar 80an dulu..hehe..
Korang yang sebaya dengan aku mesti tak boleh lupa kartun ni kan?kalau nak layan new Thundercats ni,boleh la beli dvd series Thundercats 2011 ni.
No comments:
Post a Comment