Iron Maiden buat jelajah tour lagi,kali ni Amerika utara pulak di "jajah".bertemakan "Maiden England" tour yang sama yang pernah band ni buat pada tahun 1988 dulu sempena album "Seventh Son Of a Seventh Son",antara album terbaik Maiden pada tahun tu.konsep yang sama di gunakan untuk tour jelajah Amerika Utara ni selama 34 hari yang telah bermula pada 22 jun yang lalu.untung la peminat tegar Maiden kat US,dapat tengok live maiden memainkan kembali trek2 nostalgia dari album SSOASS tersebut.Maiden juga mengumumkan peminat2 sekitar Asia Tenggara ni boleh menyaksikan konsert nostalgia ni pada tahun hadapan iaitu tahun 2013.(kalau datang KL kan bagus,senang aku tak payah lagi aku nak gi Singapore,lagi pun yang konsert kat Singapore dulu pun aku melepas walau pun dah dapat tiket)dalam konsert ni jugak maiden akan memainkan kesemua lagu2 dari dvd yang sama pernah di terbitkan dahulu dengan tajuk yang sama.antara setlist yang dah mereka mainkan masa pembukaan konsert pada 22 jun lalu ialah,
-Moonchild
-Can i Play With Madness
-The Prisoner
-2 Minutes To Midnight
-Afraid To Shoot Strangers
-The Trooper
-The Number Of The Beast
-Phantom Of The Opera
-Run To The Hills
-Wasted Years
-Seventh Son Of a Seventh Son
-Clairvoyant
-Fear Of The Dark
-Iron Maiden
-Aces High
-The Evil That Man Do
-Running Free
Setlist semuanya lagu2 nostalgia,masa aku sekolah rendah dan menegah lak tu.memang tak bole lupa la,masa zaman2 rock kapak dulu pun semua lagu2 ni mempengaruhi band2 rock kapak kat Malaysia ni suatu ketika dulu,semua nak jadi macam Iron Maiden,malah,ada antara lagu2 iron maiden yang mereka ciplak bulat2,lepas tu di versi melayukan lagu tersebut..hehe.
dan lagi satu,setting pentas untuk konsert ni,memang lawa giler laah..dengan sistem lampu yang cantikdengan latar belakang gambar mascot Eddie dari album maiden yang lepas2,memang terbaik lah.
latar belakang pentas mascot eddie dari album SSOASS
lightning yang cantik dan latar belakang yang cantik
Phantom Of The Opera
Aces High.lawa giler laa latar belakang tu
Peminat2 kat Asia ni?hmm..geget jari je laaa..layan gamba pun jadi lahhh..
P/s : semua gambar2 ni aku cilok kat website Iron Maiden..
No comments:
Post a Comment