Sunday 8 July 2012

The Amazing Spiderman (2012)

Atas ajakkan seorang rakan kerja aku,kena la jugak aku layan movie ni petang tadi.masa sebelum masuk panggung tadi pun naluri aku mengatakan yang Spiderman versi yang ni agak 'kureng' sikit,kerana jalan ceritanya hampir sama dengan filem Spiderman yang terdahulu.cuma filem Spiderman yang versi baru ni di filemkan dengan menggunakan teknik 3D.ternyata sangkaan aku betul,filem Spiderman yang ni agak mengecewakan aku,sepatutnya buatlah kesinambungan dengan tajuk "Spiderman 4".dengan jalan cerita yang baru,dengan pasukan produksi yang sama sebelum ni,kecuali pengarahnya Sam Raimi (yang pernah popular dengan francise movie Evil Dead 1,2,3 dan Army Of Darkness).filem ni telah di "reboot" semula dengan memfokuskan Peter Parker/Spiderman ni di zaman kanak2nya dan di awal remaja.pada mulanya ingin menonton movie ni dalam 3D,oleh kerana waktu tayangan untuk 3D tu lambat,aku memilih untuk menonton dalam 2D sahaja.
Kisah The Amazing Spiderman ni bermula bapak peter parker iaitu Richard Parker seorang saintis telah menjalankan kajian tentang genetik manusia dan haiwan,pada suatu ketika,richard dan isteri nya telah keluar dengan satu tugasan rahsia,dan peter ni telah di jaga oleh pakcik dan makciknya,sehinggalah tiba2 mereka telah menghilangkan diri.sehingga dewasa,peter telah di jaga oleh pakcik dan makciknya sehinggalah pada suatu hari,peter telah terjumpa satu dokumen rahsia ayahnya,dan telah berjumpa dengan rakan kongsi ayahnya iaitu Dr.Curt Connors.oleh kerana kebijaksanaan peter ni dalam bidang sains,beliau telah memberikan formula peninggalan ayah nya kepada Dr.Connors ni untuk di jalankan kajian tentang genetik binatang tersebut.ujikaji tersebut telah di cuba sendiri oleh Dr.Connors ni yang mana akhirnya membawa padah terhadap beliau.dan beliau telah menjadi lizard,atau biawak raksasa yang ganas dan telah menghuru harakan bandar New York.dan ini memaksa Spiderman untuk menumpaskan lizard dan membebaskan penduduk bandaraya New York  daripada ancaman Dr.Connors.
Keseluruhan movie ni pun kira boleh tahan je lah..secara jujurnya aku lebih suka karya Spiderman yang terdahulu arahan dari Sam Raimi tu..Sam Raimi bijak mengatur jalan cerita dan stail penceritaannya takda lah bosan sangat.
Info Spiderman :
-Peter Parker menjadi Spiderman kerana telah di gigit oleh labah2 ginetik ketika melawat pusat sains Oscorp (tempat kajian ginetik kepunyaan Dr.Connors dan bapa Peter iaitu Richard.
-kostum Spiderman juga kali ni di ubah lagi dengan logo labah2 yang agak besar di depan dan belakang kostum tersebut.
-Spiderman memang banyak musuh yang terjadi dari hasil genetik,kalau mengikut pada komik, Spiderman telah menghadapi ancaman musuh yang paling ketara sekali yang di gelarkan "The Sinister Six".musuh beliau terdiri dari Dr.Octopuss,Vulture,Electro.Sandman,Myterio dan Kraven The Hunter.
-Watak Frank Castle/The Punisher pertama kali  telah di perkenalkan dalam komik Spiderman terbitan  tahun 1964.
-Spiderman juga pernah menganggotai team superhero The Avengers.oleh kerana masalah hak cipta dari produksi filem Spiderman yang terdahulu,watak Spiderman dalam filem The Avengers yang telah di tayangkan baru2 ni terpaksa di tangguhkan dulu.kemungkinan besar dalam Avengers part 2 kot?

Aku bagi 2 bintang untuk movie ni..kalau ada sapa2 yang baca blog aku ni dan nak tau kepastian nya bestke tak,boleh  try tonton kt panggung yang berdekatan..hehe
                                  Trailer the amazing spiderman





No comments:

Post a Comment