Abbey Road Studio
The Beatles di Abbey Road Studio
Abbey Road Studio ni mula di tubuhkan pada november 1931 oleh Gramophone Company yang sekarang di kenali sebagai EMI music UK.sejak dari 1960 an lagi,pelbagai band telah merakamkan abum mereka di studio ni selain dari The Beatles,ada jugak band rock terkenal seperti Pink Floyd,Cliff Richard,Duran Duran,The Shadows,Rush,Oasis dan berbagai band dan artis solo telah merakamkan album atau single mereka di sini.pada waktu tu,Abbey Road ni boleh di katakan studio yang paling canggih dari segi peralatan rakamannya.sehinggalah ke hari ni,Abbey Road Studio ni telah di upgradekan dan antara studio rakaman paling mahal di dunia..
Terdapat 2 bahagian dalam studio ni.ada studio one dan studio two.pada 18 julai hingga 11 september 1983,pihak studio Abbey Road telah membuka studio two ni untuk tatapan umum.studio two ni selalu di gunakan oleh band The Beatles untuk rakaman album dan orang luar di larang sama sekali untuk melihat studio ni pada waktu tu.orang ramai boleh melihat bilik rakaman,alatan2 muzik yang telah di gunakan oleh The Beatles,dan juga bagaimana produksi untuk setiap album The Beatles di lakukan.
Pada 19 mac 1989,Allahyarham Dato Sudirman Haji Arshad telah di nobatkan sebagai penghibur no.1 Asia di 'Asian Popular Music Awards' yang telah berlangsung di Royal Albert Hall London.single nyanyian Allahyarham yang bertajuk "One Thousand Million Smiles" telah di rakamkan di Abbey Road Studio ni juga.dan singles tersebut telah di pasarkan di Eropah dan Asia.beliau lah satu2nya anak melayu yang dapat merakamkan suara di studio bersejarah ni..
Awal era 90an,Abbey Road Studio telah membuka pintunya pada pelbagai jenis muzik dan genre,dari pop,jazz,rock hinggalah ke heavy metal.pelbagai kumpulan seperti Red Hot Chili Peppers berpeluang merakamkan lagu dan singles mereka di sini.sekitar tahun 2006,pihak Abbey Road telah melancarkan satu program tv yang bertajuk "Live From Abbey Road".persembahan muzik dan dokumentari tentang muzik selama satu jam.(program ni aku ada tengok kat Astro)menampilkan pelbagai genre muzik,setiap episod menampilkan 3 jenis band,artis dari jenis muzik yang berbeza.persembahan live dari artis dan band terkenal tanpa penonton ni(memang tu format program ni) mendapat rating paling tertinggi untuk siaran tv di seluruh dunia.Abbey Road Studio juga telah menjemput lagenda heavy metal England iaitu Iron Maiden untuk melakukan persembahan live mereka di studio lagenda ni.
Kalau tak kerana Allahyarham Dato Sudirman Haji Arshad pernah merakamkan singles beliau kat studio ni,memang aku malas nak buat entri pasal Abbey Road Studio ni..hehe.
No comments:
Post a Comment